Archive for July, 2010

Dalam sebuah buku baru tahun 2010 bertajuk ‘Conversations with Lee Kuan Yew‘, tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa pemalas yang kurang berkemampuan (mukasurat 53).

Kata Lee Kuan Yew : ‘We could not have held the society together if we had not made adjustments as to the system that gives the Malays, ALTHOUGH THEY ARE NOT AS HARDWORKING AND CAPABLE AS THE OTHER RACES, a fair share of the cake’ (page.53).

Inilah pemahaman rasis Lee Kuan Yew dari Singapura terhadap bangsa melayu yang sedang diteruskan oleh suku sakatnya melalui parti DAP didalam negara Malaysia.

Sebab itulah kalau dilihat cara pemerintahan Lim Guan Eng di P.Pinang, corak pemerintahannya adalah sama dengan yang diamalkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura. Dan ramai yang tidak tahu bahawa hubungan Lim Guan Eng dan Lee Kuan Yew amat akrab hinggakan dia sering berulang alik dari P.Pinang ke Singapura setiap bulan.

Hakikatnya parti DAP adalah lanjutan dari PAP di Singapura yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew melihat dasar mengutamakan Melayu / Bumiputera mendatangkan masalah kepada persaingan yang sihat dan ekonomi akan terjejas.

Lantaran itu PAP telah mengasaskan slogan ‘Malaysian Malaysia’ iaitu dasar sama rata untuk semua penduduk. Jangan lupa bahawa Lee Kuan Yew berpendapat bahawa bangsa melayu adalah orang luar juga dan bukan penduduk asli di Malaysia dan melayu juga adalah bangsa pendatang !

PAP ditubuhkan pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Begitulah juga dengan parti DAP yang masih mengamalkan Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew cuma ditukar nama kepada Middle Malaysia oleh pimpinan DAP bagi mengabui mata orang melayu seperti PAS dan PKR.

Bagi DAP kejayaan menawan Pulau Pinang pastinya tidak akan dipersia-siakan dan peluang ini dimanfaatkan dengan melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan bantuan luar bagi terus berkuasa dan mengukuhkan pengaruh kaum cina di Malaysia !

Kampung Pokok Assam

Didalam isu penduduk kampung melayu yang diusir oleh pemaju sewaktu didalam pemerintahan DAP, tak perlulah Lim Guan Eng putarbelitkan fakta dengan mencabar UMNO untuk mendedahkan individu melayu yang dihalau oleh kerajaan negeri.

ADUN PULAU BETONG, YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad juga tak perlu disalahkan kerana sifat prihatin beliau yang mengambil berat tentang permasalahan penduduk-penduduk kampung di P.Pinang.

Sudah terbukti malah jelas sekali penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah dan juga Kampung Binjai yang rata-ratanya dihuni 98% penduduk melayu diusir keluar dari perkampungan mereka oleh pemaju yang menjalankan projek perumahan dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Tiada siapa pun yang berkata bahawa kerajaan negeri yang menghalau penduduk di kampung-kampung tersebut, tetapi yang dinyatakan ialah pengusiran ini DILAKUKAN SEMASA DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG !

Jadi, jika mahu mencari individu melayu yang diusir secara terang-terangan oleh kerajaan negeri, memanglah sukar kerana kelicikan DAP dan Lim Guan Eng. Tetapi kalau mahu mencari bangsa melayu yang diusir dari perkampungan mereka sendiri SEWAKTU PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG, beratus malahan boleh mencecah ribuan individu yang dapat ditunjukkan !

Apabila isu pengusiran penduduk kampung melayu ini ditimbulkan ke pengetahuan umum, Lim Guan Eng dan DAP negeri melompat mengatakan ianya bukan salah mereka dan juga menunding jari kepada kerajaan terdahulu serta menyalahkan penduduk kampung itu sendiri.

Lim Guan Eng dan juga DAP perlu ingat, apa gunanya mereka diangkat menjadi kerajaan negeri dan diberikan kuasa mentadbir jika Lim Guan Eng dan DAP tak mampu membela semua nasib serta kebajikan rakyat yang bermastautin didalam negeri tersebut?

Memang dulu ada terjadi pengambil alihan tanah kampung sewaktu kerajaan BN memerintah negeri P.Pinang, namun mengapa ia tidak heboh seperti yang berlaku di zaman pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng?

Bukan ianya tak heboh sebab tidak dimainkan oleh media massa ketika itu, tetapi ini semua kerana pada masa itu P.Pinang diperintah oleh kerajaan yang cekap dan mengambil berat tentang hal kebajikan rakyat.


Setiap pengambil alihan tanah kampung yang mahu digunakan untuk pembangunan negeri, DIPASTIKAN masyarakat kampung tersebut mendapat pampasan serta kadar ganti yang adil dan berpatutan.

Setiap tanah kampung yang terlibat didalam projek pembangunan kerajaan negeri sewaktu pemerintahan BN di P.Pinang, akan menerima pampasan berupa wang DAN juga satu tapak ganti ataupun sebuah rumah.

Ini berbeza di zaman kerajaan negeri DAP dan juga Lim Guan Eng yang pemaju pembangunan hanya memberi pampasan WANG SAHAJA tanpa memikirkan kemana para penduduk kampung akan berteduh selepas itu !

Lim Guan Eng sepatutnya tak boleh menyalahkan UMNO ataupun media massa kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung melayu di P.Pinang. Lim Guan Eng dan juga DAP patutnya berasa malu kerana tak mampu menjaga kepentingan serta kebajikan setiap penduduk negeri tanpa memilih “bulu”.

Lim Guan Eng dan DAP telah menunjukkan sikap angkuh dan langsung tiada perikemanusiaan apabila memilih untuk mencabar UMNO membuktikan kesilapan kerajaan negeri disaat Lim Guan Eng dan DAP lebih perlu mengutamakan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang di usir oleh pemaju di P.Pinang !

Apakah semasa pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng, pemaju pembangunan bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa boleh dikawal oleh kerajaan negeri ?

Jika begitulah caranya polisi pentadbiran Lim Guan Eng, terbukti bahawa kerajaan negeri yang ditadbir DAP di P.Pinang sekarang ini bukanlah sebuah kerajaan yang baik,cekap dan juga boleh rakyat bergantung harapan !

Segala janji Lim Guan Eng dan DAP untuk mengutamakan kepentingan rakyat semasa PRU12 lalu ternyata BOHONG dan juga hanya JANJI KOSONG untuk meraih undi semata-mata !

Wujud lagi rupanya individu yang bernama Nizar Jamaluddin ni. Selepas kalah didalam pertikaian dengan DS Zambry didalam kes perebutan jawatan Menteri Besar, ramai yang menyangkakan Nizar dah meroyan dan dihantar ke Tanjung Rambutan.

Walaupun tak dihantar kemana-mana pusat sakit jiwa, Nizar tetap meroyan disetiap majlis atau ceramah yang dihadirinya. Amat menghairankan kerana masih ada lagi pengikut PAS yang sanggup menjemput kaldai DAP ini berucap.

Lihat sajalah ucapannya ketika dijemput merasmikan Mesyuarat Agung tahunan Pas Terengganu yang ke 35. Nizar meroyan mengatakan idea Kerajaan Perpaduan adalah hasil kerja APCO dan Yahudi !

Apakah Nizar tak tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan adalah datang dari Presiden PAS sendiri iaitu Hadi Awang? Apakah Nizar mahu mengatakan Hadi Awang sebagai ejen APCO dan juga Yahudi?

Ini yang menyebabkan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu menghantar surat bantahan kepada Nizar supaya menarik balik ucapannya dan memohon maaf.

Memang mangkuk tingkat betul Nizar Jamaluddin ni. Amat memalukan betul PAS kerana mempunyai Ahli Jawatankuasa Pusat yang tiga suku seperti Nizar ini !

Semasa mengambil alih pemerintahan negeri P.Pinang, DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang.

Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP.

Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid. Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.

Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.

Sepatutnya tanah wakaf di “transfer” keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?

Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu “security” kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.

Fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?

Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?

Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah. Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !

Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua “benefit” ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1’600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng.

KOTA BHARU, 28 Julai: Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

HarakahDaily

Kenyataan terbaru Nik Aziz ini bermaksud bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ciri-ciri yang sama dengan baginda Nabi saw. Kenyataan Nik Aziz ini juga bermaksud bahawa Anwar ini manusia hebat dan harus disanjung kerana menyamai Rasulullah didalam hal ketegasan diri.

Kenyataan Nik Aziz tentang Anwar ini telah membuktikan bahawa Nik Aziz memang merupakan seorang munafik politik yang hanya bercakap demi kepentingan serta hawa nafsunya sahaja.

Tindakan Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah ini juga telah menunjukkan betapa rosaknya akidah pemikirannya didalam mencari kemenangan. Ketaksuban Nik Aziz terhadap hal berpolitik membuatkan dia tak mampu lagi untuk membezakan antara yang benar dan juga yang salah.

Apakah individu sehina dan sejijik Anwar Ibrahim layak diangkat tarafnya menyamai ciri-ciri yang ada pada baginda Rasul? Anwar menjadikan BOHONG sebagai amalan politiknya, Anwar juga menjadikan PUTAR BELIT sebagai ibadah hariannya dan Anwar juga menjadikan ucapan janji palsu sebagai rutin hariannya.

Memang Nik Aziz sudah hilang akal dan juga tak waras jika sanggup mengatakan bahawa Anwar menunjukkan ciri-ciri menyamai Rasulullah saw. Nik Aziz sudah tidak lagi relevan jika Anwar yang penuh dengan noda dan dosa itu sanggup diangkat ke taraf menyamai Nabi hanya demi sebuah perjuangan politik kotor.

Malang bagi semua pengikut PAS kerana masih mengekalkan seorang tua nyanyuk dan tak waras berfikir seperti ini sebagai Mursyidul Am mereka.

Rugilah pengikut totok PAS kerana masih sanggup ber wala’ kan seorang tua yang sanggup merendahkan taraf Rasulullah untuk disamakan dengan seorang individu yang dikaitkan dengan kes liwat seperti Anwar Ibrahim !

Dan amat memalukan sekali bagi pengikut PAS kerana mereka masih dipimpin oleh seorang yang semakin hilang akidah pemikirannya akibat dari desakan nafsu untuk berpolitik sehingga tak mampu untuk membezakan yang mana halal dan juga yang mana ditegah oleh agama.

Kali ini bukan hanya Nik Aziz perlu bertaubat…, tetapi seluruh pengikut serta penyokong PAS yang menganggap diri mereka masih berimamkan Muhammad Rasulullah SAW itu harus bertaubat !!!