Archive for 2 July 2010

Selepas Kampung Jalan Asam di Jelutong yang bakal diranapkan oleh Zionis DAP dalam tempoh masa 3 bulan, kini difahamkan Kampung Binjai di Bayan Lepas pula bakal menerima nasib yang sama dengan Kampung Jalan Asam dan juga Kampung Buah Pala.

Lebih dari 50 buah rumah dikampung tersebut bakal dirobohkan oleh pemaju bagi mendirikan lot banglo mewah 3 tingat dan juga rumah berkembar 3 tingkat. Difahamkan bahawa hampir keseluruhan penduduk kampung ini adalah merupakan penyokong UMNO/BN dan hanya 4-5 keluarga sahaja yang menjadi penyokong tegar Pakatan.

Projek perumahan mewah ini sebenarnya telah dihalang oleh wakil UMNO Bayan Lepas dahulu diatas alasan bahawa projek ini akan mendatang kesesakan yang teruk dijalan utama Bayan Lepas-Balik Pulau semasa waktu puncak.

Diatas desakan tersebut, kelulusan Projek Perumahan di kawasan daerah Barat Daya telah dibekukan setelah kerajaan negeri terdahulu menimbangkan alasan yang diberikan. Ini hampir serupa keadaannya dengan Kampung Buah Pala yang diberi kelonggaran oleh kerajaan BN P.Pinang sebelum ini.

Namun, kerajaan Zionis DAP yang dikepalai oleh Lim Guan Eng langsung tak pedulikan rintihan rakyat. Mereka hanya tahu merampas tanah kampung dan hanya mengutamakan keuntungan poket sendiri. Sebab itulah Kampung Buah Pala yang aman dibawah kerajaan BN dirobohkan oleh DAP selepas mereka memerintah negeri.

Kampung Jalan Asam bakal menyusul mengikuti nasib Kampung Buah Pala dan Kampung Binjai yang selamat sewaktu kerajaan negeri diteraju oleh BN, kini bakal hanya tinggal kenangan. Penduduk Kampung Binjai yang hampir keseluruhannya dari bangsa Melayu pasti tak akan dapat menikmati rumah mewah yang akan didirikan ditanah kampung mereka kerana harganya sahaja sudah mencecah setengah juta sebuah.

Inilah wajah-wajah sebenar pemerintahan Lim Guan Eng dan kerajaan Zionis DAP. Jika dahulu mereka selalu menuduh UMNO/BN zalim dan merompak harta rakyat, kini terbukti bahawa merekalah yang sebenarnya menjadi penyamun besar didalam negeri.

Selama dua tahun mereka memerintah, habis segala kampung dirampas, tanah-tanah wakaf dirompak dan juga tanah-tanah bukit diratakan bagi menyonglap setiap kekayaan negeri. Hampir keseluruhan ceruk tanah di negeri P.Pinang tak terlepas dari tangan-tangan rakus kerajaan Zionis DAP yang begitu dahagakan “darah rakyat”.

Inilah bentuk penjajahan zaman moden yang dijalankan Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang. Semakin hari, hak melayu dan juga harta rakyat negeri dirompak dan dimusnahkan.

ADUN Bayan Lepas iaitu YB Syed Amerruddin Dato’ Syed Ahmad (UMNO) kini difahamkan sedang berusaha untuk medapatkan bantuan dari kerajaan pusat bagi menghalang perobohan Kampung Binjai oleh kerajaan negeri DAP.

Diharapkan YB Syed Amerruddin akan dapat mencari jalan untuk mengekalkan penduduk dikawasan ini.

Advertisements

Jika Khalifah Umar r.a membasmi dan mencegah kemungkaran, Khalifah Lim Guan Eng yang diangkat oleh PAS di P.Pinang menyemai budaya songsang dan juga membiakkan penularan gejala mungkar di negeri ini.

Selain dari percambahan rumah-rumah urut dan juga kelab-kelab malam yang menyediakan perkhidmatan “ayam hidup” di P.Pinang, kini penjualan arak yang berleluasa di negeri ini juga akan menambahkan lagi masalah sosial kepada masyarakat.

Generasi muda P.Pinang kini terdedah dengan gejala pengambilan arak tanpa had apabila minuman keras ini dijual secara terbuka dan juga tanpa kawalan yang ketat dari kerajaan negeri DAP. Ini terbukti apabila kawasan riadah seperti Batu Feringghi yang menjadi tumpuan anak muda bersantai, dipenuhi dengan sisa-sisa botol arak bergelimpangan.

Dan jika diselusuri sepanjang kawasan berkenaan, banyak lagi botol arak boleh dijumpai. Elok sahaja Lim Guan Eng menukarkan nama Pantai Batu Feringghi menjadi Pantai Batu Carlsberg ataupun Pantai Tiger Beer kerana ia lebih sesuai memandangkan keadaan kawasan tersebut yang semakin dipenuhi botol-botol arak.

Inilah hasil didikan Lim Guan Eng yang dikatakan mahu mengikut gaya kepimpinan Khalifah Umar. Lim Guan Eng bukan sahaja menggunakan nama Khalifah Umar r.a untuk menipu melayu PAS dan PKR, malah Lim Guan Eng sebenarnya telah menjatuhkan imej Khalifah Islam tersebut.

Dengan segala pusat maksiat dan kemungkaran yang dibiar berleluasa oleh kerajaan DAP di P.Pinang, generasi muda negeri ini akan semakin hancur akibat masalah sosial yang diternakkan oleh Lim Guan Eng.

Disaat rakyat negeri dikhayalkan dengan pelbagai jenis pusat maksiat dan juga gejala sosial, regim zionis DAP ini sibuk mengaut harta kekayaan negeri untuk poket sendiri. Tanah kampung dijajah, tanah wakaf di rampas dan gerai-gerai peniaga kecil melayu dirobohkan.

Matlamat mereka hanya satu iaitu mahu menjadikan negeri ini sebagai Singapura kedua dan juga untuk mengusir melayu seperti Singapura yang sedia ada di selatan negara.

Selagi hasrat puak zionis ini belum tercapai, selagi itulah mereka akan secara berterusan menindas serta menekan kehidupan rakyat P.Pinang.