Archive for 5 July 2010


PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu,” katanya.

Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat,” tegasnya.

Nampaknya PAS mula meroyan bila dituduh Parti Ajaran Sesat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal . Malah kepala geng penghasut PAS di FELDA , Mazlan Aliman kasi panas lagi dengan mempersoalkan adakan ahli PAS seramai sejuta dianggap sesat dianggap sesat dan mencabar untuk berdebat dengan pemimpin UMNO ini .

Kenyataan Mazlan kaki penghasut FELDA ini tidak ubah seperti anjing menyalak bukit sahaja . Adakah beliau sudah lupa dulu PAS pernah keluarkan fatwa menyatakan UMNO KAFIR ?? Nik Aziz pernah menyatakan UMNO Syirik , UMNO Celaka , UMNO sekular ,blogger celaka ..

Adakah pemimpin UMNO buat laporan polis seperti Mazlan samdol ini ?? Kalau samdol ini cakap sejuta ahli PAS dikatakan sesat, bagaimana pulak dengan 3 juta ahli UMNO yang dituduh Kafir , sekular, syirik,sesat ?? Sehingga sekarang PAS tidak pernah minta maaf dan manarik balik pun dakwaan yang dilemparkan oleh mereka .

Kalau samdol ini cakap orang Pas tidak boleh terima sama sekali tuduhan itu , ahli UMNO seramai 3 juta pun tidak boleh terima fatwa2 pemimpin PAS yang menuduh UMNO kafir dan syirik !!

Ini bukti PAS SESAT !!


AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku

PAS ternyatan sesat dan menyesatkan !!
Advertisements

BATU PAHAT: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup melakukan apa saja, termasuk bersekongkol dengan rejim Zionis untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar akan menghalalkan segala-galanya dan melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita peribadinya.Berikutan itu, Muhyiddin berkata, segala tindak tanduk Ketua Pembangkang itu patut memberi iktibar dan memberi gambaran kepada rakyat, khususnya orang Melayu siapa Anwar sebenarnya.

Apa muslihat pemimpin PKR, dia tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mempengaruhi pengundi supaya sokong dia jadi Perdana Menteri.

“Saya pernah cakap ini (perbuatan Anwar) adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan bangsa… menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Orang Melayu kena sedar apa yang dilakukan Anwar, perbuatannya meretakkan perpaduan orang Melayu… masalahnya ialah masa depan orang Melayu, katanya”

Berita Harian

Anwar Ibrahim kini umpama pelacur politik yang ke hulu ke hilir menawarkan khidmatnya kepada sesiapa sahaja yang mampu memenuhi keperluan dirinya. Anwar sanggup menyembah di kaki para Yahudi demi kepentingan peribadi.

Anwar juga tak malu menggadaikan maruah negara dengan bersekongkol dengan pihak Yahudi yang bertanggungjawab melakukan kekejaman di Iraq dan juga Palestin. Semua ini dilakukan semata-mata kerana wang dan kuasa.

Selain dari pengkhianat bangsa, Anwar juga adalah si kitol moden yang menggugat keselamatan negaranya. Dia menjadi boneka Yahudi dengan harapan agar impiannya untuk bertahta di Putrajaya terlaksana.

Inilah Anwar Ibrahim, manusia sesumpah yang bercabang lidah dan juga mempunyai pelbagai wajah. Apa bezanya dia dengan bapak setan yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia? Jawapannya…, 100% sama diantara kedua-duanya !

Masuk UMNO jadi SYIRIK !!!

Posted: 5 July 2010 in PAS

Inilah Nik Aziz…., individu yang Anwar Ibrahim gelarkan sebagai ulamak terompah tak lama dulu. Tapi kini, wali terompah ini telah bergabung tenaga dengan Anwar untuk memecahbelahkan umat Islam di Tanah Melayu demi kepentingan politik peribadi masing-masing.

Kerana Nik Aziz lah melayu berpecah. Dan kerana Nik Aziz lah Islam dipandang rendah serta dipermainkan oleh kafir DAP untuk meraih simpati politik zionis mereka.

Nik Aziz dengan sewenang-wenangnya mempergunakan Islam untuk memburukkan lawan politiknya. Dia sanggup memanipulasi segala ilmu agama yang dipelajarinya semata-mata untuk menjadi juara didalam berpolitik. Dia juga rela menjadi alat kafir DAP dan melayu sekular PKR demi membalas dendamnya terhadap UMNO dan kerajaan.

Entah apa dendam yang bersarang di dada Nik Aziz sehingga dia berkata sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun jika itu yang diperlukan bagi menumbangkan UMNO dan kerajaan. Begitu juga dengan fatwa-fatwa songsang yang dikeluarkan kepada pengikut-pengikutnya yang sudah pasti akan diterima bulat-bulat apa yang diperkatakannya tanpa sebarang bantahan.

Fatwa-fatwa Nik Aziz inilah yang menjadi punca sebenar bangsa melayu berpecah di P.Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan juga Kelantan. Ayah bermasam muka dengan anak, abang tak bertegur sapa dengan adik dan pulau-memulau semakin berleluasa didalam masyarakat disebabkan ada yang termakan dengan hasutan wali terompah ini.

Mungkin Nik Aziz puas melihat api perpecahan yang semakin marak didalam masyarakat. Dan mungkin juga Nik Aziz gembira melihat bangsa melayu ditindas serta dipijak-pijak hak dan maruahnya oleh kaum pendatang. Yang penting, amarahnya kepada UMNO dapat dilampiaskan dan angan-angan untuk berkuasa dapat dipenuhkan.

Itulah wali terompah Nik Aziz. Jika Anwar Ibrahim digelar sebagai pengkhianat bangsa, Mursyidul Am PAS ini layak digelar sebagai perosak ukhwah dan agama. Mungkin apabila dia sudah tiada nanti.., barulah aman suasana politik negara rasanya.