Archive for 6 July 2010

DS Shafie Apdal bakal pecah perut ?

Posted: 6 July 2010 in PAS

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

—————————————————-

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya “emosi dan mentah dalam hal ehwal agama” tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” katanya.

HarakahDaily

Inilah kerja ularmak-ularmak PAS. Mereka bukannya tahu bagaimana nak memakmurkan Islam didalam negara tetapi mereka hanya tahu merapu asyik nak memohon bala kepada sesiapa sahaja yang tak bersetuju dengan mereka.

Dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS ini, tak mustahil Syeikh Yusuf Qardhawi juga akan mereka doakan dengan doa pecah perut serta dimohon turunkan bala oleh Allah swt jika Syeikh tersebut menegur amalan khurafat yang dilakukan oleh PAS selama ini.

Daripada mereka asyik nak mohon diturunkan bala kepada umat Islam lain, alangkah bagusnya jika “tiang-tiang lampu berserban” dalam PAS ini memohon doa penerang hati serta hidayah buat diri mereka yang semakin menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Buat apalah sibuk-sibuk nak musnahkan orang lain yang berkata benar, Idris Ahmad serta seluruh ahli PAS sepatutnya cermin-cerminkan diri serta menginsafi semua perilaku mungkar mereka. Mohon keampunan banyak-banyak kepada Allah swt selagi umur masih ada dan berharap Allah mengampunkan salah laku mereka.

Itukan lebih baik !

Advertisements

“Penasihat PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau akan mewariskan kuasanya kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, malah menyatakan bahawa anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah adalah pewarisnya. Ini menunjukkan pergelutan kuasa parti ini telah sampai ke tahap di mana pemimpinnya perlu menyatakan apa yang terpendam dalam hati secara terus.”


“Akhirnya, kayu ukur antara baik dengan jahat dalam parti ditentukan mengikut kesukaan seseorang, atau kepatuhan seseorang terhadapnya. Demokrasi dalam PKR semakin menyusut, semakin menyerupai ‘Kelab Sahabat Anwar’.”


Sin Chew Daily

Bila Anwar Ibrahim menyebut pada satu sidang media di Parlimen bahawa Nurul Izzah adalah pewarisnya dalam PKR dan bukannya Zaid Ibrahim, ramai yang menganggapnya sebagai satu jenaka ringan.

Namun jika dilihat apa yang tersirat disebalik maksud kata-kata Anwar, kita akan menjumpai sikap kronisme dan juga nepotisme yang tebal dalam diri Anwar Ibrahim.

Sin Chew Daily telah berjaya menangkap dengan jelas maksud perkataan Anwar itu dan mengolahnya dengan baik di dalam Akhbar mereka. Tak hairanlah jika Sin Chew Daily menjadi akhbar cina yang paling laris jualannya di negara ini.

Siapa tak kenal Anwar? Ramai yang mengetahui amalan kronisme dan juga nepotisme didalam gaya pemerintahannya sewaktu berada di dalam kerajaan dahulu. Daripada bapanya, hinggalah hampir keseluruhan adik beradiknya mempunyai milikan saham terbesar di pelbagai syarikat di dalam negara.

Kawan-kawan Anwar juga kaya raya dan hidup mewah hanya kerana mengampu Anwar. Rahim Ghouse sebagai contoh, dia menjadi kaya hanya kerana bersahabat baik dengan Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kini dikhabarkan bahawa Rahim Ghouse hidup mewah di Filiphina dengan hanya menjadi orang tengah Anwar di sana.

Rahim Ghouse juga dikhabarkan adalah orang yang bertanggungjawab menyalurkan dana untuk Anwar dari luar negara.

Rahim Ghouse dahulu adalah bekas pengarah Abrar Group sebelum dia melarikan diri ke Indonesia sejurus selepas Anwar ditangkap. Ketika melarikan diri, Rahim Ghouse memegang jawatan Pengarah di 45 buah syarikat atas “recommendation” dan kapasiti Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Sebab itulah dia melarikan diri kerana takut kesalahannya diketahui ketika Anwar ditangkap pada tahun 98.

Ini adalah diantara syarikat-syarikat dimana Rahim Ghouse menjadi Pengarah semasa Anwar ditangkap.

Access Equity Sdn Bhd Director
NBCT Rail Sdn Bhd Director
Sambungan Transit Antara Sdn Bhd Director
Abrar Health Services Sdn Bhd Director
Abrar Construction Sdn Bhd – Director
Abrar Corporate Resource Sdn Bhd – Director
Abrar Brokerage Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Infrastructure Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Financial Holdings (Overseas) Sdn Bhd -Director
Abrar Frontier Management Sdn Bhd – Director
Abrar Financial Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Development Ventures Sdn Bhd – Director
Abrar Technologies Sdn Bhd – Director
Abrar Corporation Berhad – Director
Abrar Group International – Director
Abrar-Kuwait Holdings Sdn Bhd – Director
Abrar Vision Sdn Bhd – Director
Benar Antara Sdn Bhd – Director
BA Engineering Sdn Bhd – Director
BPM International Sdn Bhd – Director
Science-Tech Solutions Sdn Bhd – Director
Nadi Puspa (M) Sdn Bhd – Director
I.I Management Consultancy Sdn Bhd – Director
Camery Deluxe Sdn Bhd – Director
A.G.I Nominees Sdn Bhd – Director
Chalpeak (M) Sdn Bhd -Director
Meteoric Ventures Sdn Bhd Director
Vital Accord Sdn Bhd Director
KFH Ijarah House (M) Sdn Bhd Director
Honan Plantations Sdn Bhd Director
Meadow Point Sdn Bhd Director
Accurate Networks & Systems Integration Berhad Director
Express Rail Link Sdn Bhd Director
North East Meridian Sdn Bhd Director
Mun Loong-Hankyu Jaya Director
Keltimber Sdn Bhd Director
Global Broadcast Networks Sdn Bhd Director
ICM Studies Sdn Bhd Director
GBN Equipment Sdn Bhd Director
ISR Consultant Sdn Bhd Director
Wisma Embun Sdn Bhd Director
Aktimas Veneer Sdn Bhd Director
Rampai Jalir Sdn Bhd Director
ISR Communications Sdn Bhd Director

Ini baru Rahim Ghouse seorang, bagaimana pula dengan sahabat-sahabat Anwar yang lain? Ini merupakan bukti bahawa Anwarlah yang menjadikan kronisme dan juga nepotisme sebagai amalan politiknya sehingga kini. Tapi dia sering pula menuduh UMNO yang mengamalkan kronisme didalam pentadbiran.

Jadi, tak heranlah jika Anwar mahukan Nurul Izzah menjadi pewarisnya mengambil alih PKR. Selama ini parti itu hanya terdiri dari kawan-kawan Anwar, anak beranak Anwar, kaki ampu Anwar dan pencacai Anwar sahaja.

Zaid Ibrahim juga lambat laun akan menjadi seperti Datuk Nalla, Senator Ezam, Zahrain dan juga Zul Kulim yang dipergunakan oleh Anwar untuk mengejar cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sehingga itu, Zaid pasti akan diperkudakan habis-habisan oleh Anwar untuk melakukan agenda zionisnya. Akhirnya, Zaid akan dibuang dan ditinggalkan seperti sampah yang tak berharga.

Itulah sikap sebenar Anwar Ibrahim, manusia pelbagai wajah dan juga bercabang-cabang lidah !