Archive for 7 July 2010

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru di sini agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.

—————————————————————–

“Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN),” katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak

MalaysianInsider

Kenyataan Anwar ni tak ubah seperti kata pepatah, “kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”.

Anwar sibuk memperkatakan mengenai nasib Kampung Baru di Kuala Lumpur, tetapi dia buat tak tahu tentang nasib Kampung Jalan Asam, Kampung Binjai dan juga Kampung Tengah di P.Pinang yang bakal dirampas oleh kerajaan zionis DAP pimpinan Lim Guan Eng.

Nasib tanah wakaf, kampung melayu dan juga wang zakat di P.Pinang semakin kelam di bawah pentadbiran khalifah PAS Lim Guan Eng. Apakah Anwar sengaja membiarkan DAP bermaharajalela di P.Pinang di atas sebab-sebab tertentu?

Anwar adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Selain itu, dia juga menjadi Perdana Menteri tak rasmi kepada seluruh ahli Pakatan Rakyat. Jadi, jangan kata yang dia tak mampu untuk bersuara demi rakyat serta bangsa melayu di negerinya sendiri.

Sikap Anwar yang memejamkan mata diatas apa yang berlaku di P.Pinang ini amatlah meragukan. Mungkin ada perjanjian secara gelap termeterai diantara Anwar dengan DAP sebelum PRU12 lalu. Mungkinkah rakyat dan negeri P.Pinang di kambing hitamkan demi cita-cita politik Anwar?

Mungkinkah juga isi perjanjian itu adalah dengan menggadaikan negeri P.Pinang kepada DAP sebagai ganti kepada sokongan tak berbelah bahagi puak zionis itu untuk Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan juga bakal Perdana Menteri?

Segalanya mungkin jika ia melibatkan manusia sesumpah bernama Anwar Ibrahim !

Advertisements

Seorang rakan yang bekerja di pejabat agama Pulau Pinang melaporkan, sejumlah besar borang permohonan telah diterima sepanjang dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang dengan ketuanya, ‘Umar Abdul Aziz ibni PAS’. Penambahan jumlah borang tersebut meningkat lebih 300% sebelum kejatuhan BN di Pulau Pinang.

Borang-borang permohonan yang bertimbun itu datangnya daripada asnaf ke-9 yang diwujudkan atas ‘PERINTAH PR’. Golongan bukan Islam dilaporkan cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan bahagian di dalam pembahagian zakat.

Ada hantu di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan zakat dan baitulmal sebagai modal politik mereka. Sama seperti kalimah Dzat Wajibalwujud yang cuba disamaratakan penggunaannya kepada bukan Islam, zakat dan baitulmal juga nampaknya tidak berbeza.

Bukti tertera pada timbunan borang dari kalangan bukan Islam untuk mendapatkan duit zakat. Dan dengar ceritanya, baitulmal menjadi tempat yang paling direbuti oleh MELAYU-MELAYU PKR, PAS dan UMNO bagi tujuan menfaraidkan kutipan yang ada.

Nampaknya menang PR bukan mengikut reformasi yang mereka katakan, sebaliknya yang direformasikan adalah pengaliran duit golongan yang berhak terima kepada golongan yang menang pilihanraya… Macam juga di Kedah, apabila duit zakat diagih-agihkan kepada MMK sebagai duit hari raya dengan penuh meriah, bukannya kepada 8 asnaf yang telah ditentukan oleh Allah Taala…

The Flying Kick

YDP Majlis Agama Islam negeri Elyas Zakaria perlu bertanggung jawab didalam hal ini. Mengapa didalam keadaan begitu ramai umat Islam yang memerlukan bantuan di negeri P.Pinang, kaum kafir juga yang diberi keutamaan untuk menerima hasil zakat negeri?

Timbalan YDP MAIPP yang terkenal dengan isu songlap dana pilihanraya sewaktu PRK Permatang Pasir, Salleh Man juga perlu bertanggung jawab. Begitu juga dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim ataupun lebih dikenali dengan panggilan Malik Itik. Tak ketinggalan ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

Apa yang melayu-melayu ini sedang buat didalam pentadbiran negeri? Apakah mereka hanya tidur lena ataupun mereka diamkan segala penyelewengan berkaitan hak bangsa melayu kerana takut kepada Lim Guan Eng dan DAP? Ataupun, mereka diam kerana telur mereka sedang digenggam oleh kumpulan zionis tersebut?