Archive for 8 July 2010

KUALA LUMPUR 7 Julai – Tindakan pembangkang serta sebuah akhbar berbahasa Inggeris mempolitikkan isu pembinaan Istana Negara tanpa melaporkan fakta sebenar bertujuan menanam kebencian masyarakat terhadap institusi Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha terancang itu jelas terbukti apabila pembangkang mula menggelarkan istana yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan negara sebagai ‘istana air mata’.

“Saya fikir mereka sedang menuju ke arah mewujudkan budaya kebencian kepada institusi Melayu yang secara tradisinya telah wujud sekian lama bagi memayungi rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Secara tidak langsung ia bertujuan mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu. Melalui kebencian ini mereka berharap rakyat bukan Melayu akan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN),”

Utusan

Cubaan terbaru pembangkang melalui media elektronik mereka, yang jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan institusi beraja di negara ini, jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya memang berniat jahat.

Inilah doktrin yang cuba disebarkan oleh DAP dan juga kafir di dalam negara ini bagi memecahbelahkan bangsa melayu dan juga menimbulkan rasa benci bukan melayu terhadap institusi Raja-Raja serta kepada bangsa melayu itu sendiri.

Istana Negara adalah lambang kedaulatan Sultan Melayu dan juga tempat bersemayam DYMM Yang Di Pertuan Agong. Tindakan pembangkang melabelkan pembinaan baru Istana Negara sebagai “Istana Airmata” jelas membuktikan bahawa mereka langsung tak hormat kepada Raja Melayu yang menjadi penaung kerajaan.

Jika di negara Thailand, sesiapa yang cuba menghina Raja mereka akan dihukum dengan hukuman berat. Malah warga asing yang “celupar” tentang Raja Thai juga pernah dihukum tanpa sebarang kompromi.

Apakah di negara Malaysia ini bangsa melayu begitu lemah hinggakan tak mampu untuk mempertahankan imej dan kedaulatan institusi Raja-Raja? Ini bukan lagi perkara provokasi biasa oleh Pakatan Pembangkang, tetapi kini mereka telah berani mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu !

Diharap, pihak KDN dapat bertindak lebih tegas terhadap pembangkang dan akhbar mereka yang telah menghina institusi raja-raja melayu. Janganlah KDN bersikap ambil mudah didalam isu ini. Jangan biarkan mereka bertindak sewenang-wenangnya di Tanah Melayu ini.

Jika bangsa melayu sendiri tidak berusaha menjaga kedaulatan Raja Melayu serta institusinya, siapa lagi yang nak diharapkan?

Advertisements

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan ketika bersama pembangkang dalam strategi menumbangkan kerajaan BN.

“Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” katanya menjawab pertanyaan ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

“Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

“Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

“Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

AgendaDaily

Satu Malaysia dah tahu bahawa Anwar memang seorang pembohong terulung. Jika 10 ayat yang keluar dari mulut Anwar, kemungkinan betul cuma satu ayat sahaja. Lagi sembilan bolehlah dibakul sampahkan kerana ia pasti pembohongan semata-mata.

Sebagaimana kata Zulkifli Noordin, siapa yang tak ingat pasal isu racun Arsenik dan juga suntikan HIV ketika Anwar dalam penjara Sg Buloh? Kalau ikutkan teori, dah lama Anwar hanya tinggal kenangan di Tanah Melayu ini.

Tetapi Anwar ternyata “kuat” tentang hal diracun Arsenik dan juga disuntik HIV yang didakwanya komplot Tun Mahathir untuk membunuhnya. Bukan tubuh badan Anwar yang kuat, tetapi bohong Anwar yang ternyata KUAT untuk mengaburi mata rakyat tentang kemungkaran yang dilakukannya.

Lihat sahaja bagaimana Kampung Buah Pala lenyap di bumi P.Pinang hanya semata-mata kerana penduduknya percaya kepada janji bohong Anwar Ibrahim. Ini membuktikan kekuatan pembohongan Anwar hinggakan sebuah kampung pun boleh lenyap dengan hanya kata-kata bohongnya.

Syabas kepada saudara Zul Kulim kerana sedar tentang betapa kuatnya pembohongan Anwar. Tetapi kita seharusnya bersimpati kepada ramai lagi umat melayu yang masih leka dibuai tipu daya serta alunan janji-janji bohong Ketua Pembangkang Anwar. Semoga segelintir bangsa melayu didalam PKR dan PAS tersedar dan juga kembali ke jalan yang benar.