Archive for 12 July 2010

Hebat sungguh penangan ‘kencing’ Anwar kepada seluruh pengikut-pengikut PAS dan Pakatan Haram. Hanya dengan kencing saja Anwar dapat mempengaruhi seluruh pemikiran ahli-ahli PAS hinggakan kini mereka langsung tak dapat membezakan diantara mana yang benar dan juga mana yang palsu.

Datanglah bagaimanapun pendedahan ataupun fakta yang menunjukkan bahawa Anwar itu bukan sebaik yang mereka sangka, tetapi mereka menolak bulat-bulat dan menganggap semua itu hanyalah rekaan dan juga fitnah semata-mata.

Dan yang paling hebat, pengikut-pengikut PAS ini boleh pula menyalahkan semua ini kepada kerajaan UMNO dan juga Barisan Nasional. Takkanlah penulis blog di U.S menuduh Anwar agen CIA pun diupah oleh UMNO. Lainlah macam blogger Raja Petra yang memang menjadi anjing belaan Pakatan Haram di U.K.

Ada pula blogger-blogger PAS menulis bahawa Anwar itu umpama Presiden Iran Mahmoud Ahmednijad. Dan tak mungkin Anwar jadi talibarut CIA kerana dia seorang Islam dan juga bersama-sama berjuang untuk Islam dengan PAS !

Errr…., PAS tu perjuangkan Islam ke? Bukankah PAS tu berjuang kerana disuruh oleh DAP? Sudah tukar ke?

Dan, ada pula pengikut PAS mengatakan bahawa Anwar kini ditakuti barat sepertimana yang ditulis oleh Washington Post supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim. Ini kata para pengikut PAS, bukti menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim itu pejuang Islam yang sebenar !

Hebat-hebattt ! Sampai begitu sekali hebatnya penangan kencing Anwar. Jika ada khabar angin mengatakan Holy Water itu hebat hingga tak membolehkan umat Islam mengucap kalimah syahadah jika meminumnya, nampaknya kencing Anwar lebih hebat lagi dari itu kerana mampu menjadikan minda sesiapa yang kena percikannya setaraf dengan kaldai !

Anwar yang kini yang terdedah dengan segala kemungkaran dilakukannya, masih boleh dijilat serta disanjung begitu rupa oleh pengikut-pengikut Pakatan Haram. Ini memang suatu perkara yang amat luar biasa.

Apakah pengikut-pengikut PAS serta Pakatan Haram ini tak mampu berfikir ataupun memang sejak azali lagi mereka-mereka ini sudah lemah didalam mentafsirkan perkara-perkara benar ?

Advertisements

Anwar bakal kena ISA ?

Posted: 12 July 2010 in Uncategorized

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

“Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Hishammuddin berkata beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata.

Katanya wakil-wakil rakyat pembangkang juga telah menyedari agenda peribadi Anwar sehingga memaksa mereka keluar daripada parti itu.

KL Today

Anwar Ibrahim sepatutnya tidak dibebaskan dari penjara Sg Buloh oleh Tun Abdullah. Anwar Ibrahim juga sepatutnya diharamkan terus daripada mencampuri politik dalam negara. Itu lebih baik kerana dengan adanya Anwar Ibrahim selepas dia dipecat dari UMNO, dia telah bertukar menjadi pengkhianat nombor satu negara.

Demi angan-angan untuk berkuasa, Anwar sanggup menjual negara. Demi impian untuk bertahta di Putrajaya, Anwar sanggup menggadaikan bangsanya. Demi kepentingan dirinya juga, dia sanggup untuk melacurkan agamanya bersama-sama PAS.

Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada masyarakat hanya kerana undi. Anwar sanggup bermuka-muka kepada rakyat hanya kerana matlamat sendiri. Dan Anwar juga sanggup menjadi pemutarbelit nombor satu hanya semata-mata demi kerusi Perdana Menteri.

Inilah ‘belang’ Anwar Ibrahim yang sebenar. Individu pelbagai wajah dan mempunyai seribu tipu helah didalam permainan politik kotornya di negara ini.