Archive for 15 July 2010

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keputusan kabinet menaikkan harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE.

Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan.

Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

Advertisements

Nampaknya, kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Haram Selangor semakin tertekan akibat dari pelbagai pendedahan dibuat oleh media mengenai kerakusan mereka menyonglap pasir di Selangor.

Laporan sebuah akhbar semalam telah menyatakan bahawa berpuluh-puluh lori pasir keluar dari lombong di Kampung Olak Lempit tanpa mengendahkan rungutan orang ramai yang khuatir terhadap kesan perlombongan tersebut pada alam sekitar.

Akibat dari tekanan ini, lanun-lanun pasir ini telah bertindak dengan lebih ganas apabla mereka mengupah kumpulan samseng bagi menghalang dan menggangu pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap lori pasir yang beroperasi di sekitar kawasan lombong pasir Selangor.

Anak syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang selama ini begitu rakus melombong pasir di Kampung Olak Lempit dan juga kawasan sekitar lombong pasir di Paya Indah Wetland, dipercayai terlibat didalam kegiatan mengupah kumpulan samseng tersebut.

Kegiatan samseng ini dibuktikan apabila sebuah kenderaan yang dinaiki oleh empat orang penguatkuasa telah dikepung oleh 10 kereta samseng-samseng tersebut bagi menghalang operasi Jabatan Penguatkusa Jalan (JPJ) ke atas lori-lori pasir tersebut.

Samseng-samseng upahan ini telah mengepung kenderaan JPJ tersebut selam satu jam dan hanya beredar setelah sebuah kereta peronda tiba di kawasan tersebut.

Lihatlah sendiri betapa ganasnya lanun-lanun yang di bela oleh Pakatan Haram di Selangor ini. Mereka bukan sahaja merompak hasil bumi Selangor, tetapi mereka juga berani dan sanggup menentang pihak berkuasa yang datang berhadapan dengan mereka.

Inilah senario yang terjadi apabila kerajaan Pakatan Haram memerintah negeri. Cuba bayangkan pula bagaimana pula jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara?

Mereka bersekongkol dengan samseng dan juga berkomplot dengan lanun-lanun darat bagi menyonglap harta kekayaan negeri dengan begitu rakus sekali.

Apakah pentadbiran ala samseng dan berorientasi lanun sebegini yang rakyat Malaysia mahukan? Tepuk dada, tanyalah hati !

Mr Bean nak jadi pakar sakit jiwa.

Posted: 15 July 2010 in PAS

Mr Bean PAS, Mahfuz Omar bersuara lagi. Kali ini dia menampilkan lawak jenaka yang bertajuk “Saya nak jadi doktor sakit jiwa“.

Naib Presiden PAS ini menyifatkan bahawa UMNO telah sakit jiwa dan sakit otak di dalam isu perpaduan dengan PAS. Dan Mahfuz bersedia menawarkan pakar sakit jiwa secara percuma untuk UMNO bagi memulihkan sakit yang dialaminya.

Didalam hal ini, Mahfuz sebenarnya telah silap di dalam mengeluarkan kenyataan. Yang sakit jiwa dan juga sakit otak sekarang ini bukannya UMNO, tetapi yang semakin sewel dan sasau sekarang ini adalah Pakatan Haram di Selangor.

Eloklah jika Mahfuz ada kenalan yang boleh mengubati sakit jiwa kerana di ketika ini, yang tengah sengsara ialah si Khalid Gagap dan juga Tuan punaisihat Selangor iaitu Anwar AlJuburi.

Mahfuz juga boleh tolong tengok-tengokkan Dr Lolo yang tengah lalok akibat dari terlampau tension dengan isu pasir. Laloknya Dr Lolo semakin parah hingga terbawa-bawa ke dalam Dewan Rakyat. Takkan Mahfuz nak biarkan saja Muslimat PAS jadi meroyan macam tu?

Dan Mahfuz juga tak perlu nak sibuk-sibuk “mengubati” UMNO tetapi Mahfuz seharusnya fikirkan nasib wakil-wakil PAS di P.Pinang yang semakin biol akibat terkena nasi kangkang khalifah Lim Guan Eng.

Tak kesiankah Mahfuz selaku Naib Presiden PAS apabila Salleh Man dan juga wakil PAS lainnya di P.Pinang diperbodohkan oleh khalifah cina ini sampaikan ditendang punggung pun mereka tak marah?

Jadi, daripada Mahfuz meracau-racau tak tentu hala tentang isu perpaduan UMNO dan PAS, elok rasanya Mahfuz memikirkan dulu tentang Pakatan Haram yang semakin nak karam.

Mesti ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang akan sakit jiwa dan juga sakit otak akibat dari tak dapat menerima kekalahan.

Masa itu, Mahfuz bolehlah tunjuk terer mengubati mereka. Itu pun kalau Mahfuz masih lagi waras. Jangan-jangan, Mahfuz @ Mr Bean yang terlebih dulu sawan gila babi akibat dari tak dapat menerima kenyataan !