Archive for 16 July 2010

Nik Aziz gila pitih.

Posted: 16 July 2010 in PAS

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana “soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding.”

“Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama,” katanya.

MalaysiaKini

.

Ini bukti bahawa Nik Aziz bukan berpolitik cara Islam tetapi hanya mengejar kepentingan wang ringgit dan juga kedudukan politik semata-mata.

Nabi berpolitik pada zaman dahulu demi untuk menyatu padukan masyarakat arab. Nabi juga amat menekankan perpaduan didalam perjuangan baginda. Tetapi, Nik Aziz yang katanya menjadi ketua parti Islam tulen, terang-terang menolak kerjasama dan juga perpaduan umat Islam.

Di dalam hal perbincangan perpaduan bangsa melayu dan umat Islam dengan UMNO di negara ini, Nik Aziz menolak mentah-mentah kerana baginya PAS lebih “mulia” dan tak layak berbincang dengan UMNO.

Bagaimanapun, didalam bab duit ringgit, ahli politik nyanyuk PAS ini begitu teruja dan tak menolak pula berkerjasama dengan UMNO yang dikatakannya sebagai parti tak membawa ke syurga.

Ini satu lagi bukti bahawa PAS sanggup berkerjasama dengan DAP hanya semata-mata hendakkan kedudukan dan juga kemewahan, bukannya demi perjuangan serta dakwah Islam yang selama ini mereka gembar-gemburkan.

Nampak tak sikap berpura-pura dan juga pembohongan yang dilakukan oleh Nik Aziz selama ini? Pemimpin-pemimpin PAS selama ini hanya bertuhankan wang ringgit dan juga mengejar nama sahaja sambil menjual nama Islam.

Patutlah selama ini mereka begitu rakus mengutip duit orang-orang kampung yang berpendapatan rendah di kampung-kampung melalui ceramah maki hamun. Rupa-rupanya, duit yang menjadi matlamat mereka.

Apabila DS Najib turunkan subsidi 5 sen ke atas minyak, pengikut-pengikut PAS dan Pakatan Haram bising bagai nak rak. Tetapi yang pemimpin PAS kutip 5-6 ringgit duit rakyat tiap-tiap malam dalam ceramah, tak bersuara pun pengikut-pengikut mereka.

Mungkin kerana DS Najib turunkan subsidi minyak dan gula, tak nampak faedah apa-apa bagi mereka, tetapi kalau bagi duit 5-6 ringgit masa ceramah, itu sudah kira JIHAD dan dapat tiket free ke syurga kata Tok Garu mereka !

Advertisements

Bila DS Najib umumkan kenaikan harga minyak petrol, gas memasak dan juga gula, ramai yang marah-marah. Dalam kalut-kalut, terdengar perbualan tiga orang sahabat yang juga marah-marah tentang pemotongan subsidi oleh kerajaan.

Wak Labu marah kerana minyak petrol naik 5 sen walhal dia pergi kerja hari-hari naik pengangkutan awam. Dan kalau di isi minyak motor cabuknya pun, full tank baru ada tambahan lebih kurang 15 sen. Kalau isi penuh, seminggu tak payah boh dah. Tapi tak kira…, dia nak marah juga pasal tengok Ah Pek marah.

Ah Pek pula marah sebab gas memasak naik harga. Walaupun Ah Pek jarang masak di rumah dan tukar tong gas 2 bulan sekali, Ah Pek kata kalau gas naik harga, harga makanan akan naik juga. Sebab tu lah dia marah sangat sampaikan PRU depan, dia akan undi parti cap Roket katanya. Walhal, dari dia muda, memang parti cap Roketlah yang dia pangkah, bukannya kati.

Bila tengok Wak Labu dengan Ah Pek marah, Samy pun ikut marah juga. Dia pula pilih marah sebab gula naik. “Ini kasi banyak rugi sama worang pasal itu guwla ada naik sampai 25 sen”, kata Samy dengan bengis. “Tapi, saya ada sikit juga untung sebab saya sudah kena itu kincing manis. Manis punya barang langsung tarak boley makan”, sambung Samy sambil senyum dan marah bercampur baur.

Nampaknya, semua ada alasan mereka sendiri untuk marah di atas kenaikan barang. Namun, mereka bertiga hairan apabila melihat Pak Nuar yang tersenyum sahaja bagaikan tak hairan dengan isu panas kerajaan potong subsidi. Lantas mereka bertanya kepada Pak Nuar, apakah dia tak berasa marah?

Pak Nuar selamba jawab sambil control macho, “Aku nak marah buat apa, yang patut marah ialah yang undi kerajaan selama ni. Aku undi Pakatan, dan aku yakin Pakatan tak akan abaikan pengikut depa”, lancar Pak Nuar berkata-kata.

“Ni hangpa tengok, semalam aku ada dapat sms dari member aku di Selangor. Dia kata kerajaan negeri akan tampung kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan pusat dengan duit pasir yang depa korek selama ni. Dah la ayaq selama ni depa dapat free, la ni harga minyak naik pun depa tak rasa sebab kerajaan negeri tolong,” sambung Pak Nuar dengan penuh semangat.

“Betul-betul…..,Tu yang di Selangor, di Kelantan pun aku dengar kerajaan Tok Guru nak bagi bantuan jugak,” kata Wak Labu. “Dengar kata kerajaan negeri cap bulan nak bagi bantuan melalui baucer dan tajaan. Apa nak heran, duit balak berkapuk-kapuk dalam simpanan negeri. Sebab tu lah senang-senang saja mereka boleh bagi,” kata Wak Labu lagi.

“Memang butut, wa pun atak dingar wa punyia sedale di Penang cakap itu Khalifa Lim mau kasi tambah luit belanje sama olang-olang tue. Olang cakap aa, dia sulah manyak untung bikin itu lumah mewah atas meleyu sama inlia punyia kampung. Dulu ala kasi satu latus, sikalang wa dingar lia olang sula mau up kasi sampai lima latus satu bulan ooo. Itu olang biase yang talak tue punyia pun atak lapat jugak. Satu olang satu latus itu maciam la wa atak dingar,” beria-ia Ah Pek sambung cakap Wak Labu.

“Woooo, itu macam kalu, samala sama itu negeri Kedah,” kata Samy. “Saya punya uncle sana duduk ada cakap juga itu Ostad Zizan mau cover itu naik punya barang harga. Dia worang cakap pun ada sikit sama macam itu Kelantan. Jual balak sana dalam negeri ada banyak untung. Campur sama itu orang putih mari bikin kilang punya duit, sekarang itu bulan punya parti sudah banyak kaya la macha. Itu pasal la boleh bantu sama itu rakyat, kihkihkih..,” sambung Samy sambil ketawa terkekeh-kekeh.

“Pasal tu kita kena undi Pakatan,” kata Pak Nuar. “Kita kena bagi jadi Satu Malaysia Pakatan tadbir. Barulah kita boleh senang. Jeles betoi aku dengan member kita kat negeri Selangor, Penang, Kelantan dengan Kedah tu, kita yang dok kat Perlis ni, apa pun takdak. Memang teruk betoi kerajaan Kati ni.” kata Pak Nuar sambil menumbuk-numbuk bahu Samy.

Lantas keempat-empat mereka menjerit serentak…..,

“Hidup Pakatan !!! Kita mesti Pilehhhh !!!!

Kah kah kah.