Archive for 21 July 2010

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi berkata, hasrat perpaduan bangsa melayu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.

Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.

‘‘Kita juga tidak mempunyai banyak masa. Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan (masing-masing), bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata.

‘‘Laksana kaum Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun akhirnya dengan tali Allah (Islam) yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi ‘satu’ di bawah kanopi Islam,’’ katanya.

Dia menyatakan demikian dalam blognya dalam artikel yang bertajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’ hari ini.

Apa yang dikatakan oleh Nasrudin bakal menjadi racun kepada Mahfuz dan juga Salahuddin yang beria-ia menolak kerjasama diantara kedua parti.

Tak dapat dipastikan sama ada kenyataan Nasrudin ini dibuat secara sedar ataupun sewaktu dia tengah mamai kerana ia amat bertentangan sekali dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin tua PAS.

Cuma diharapkan, kenyataan Nasrudin ini mewakili golongan muda didalam parti tersebut yang tak terpengaruh dengan politik dendam Nik Aziz terhadap UMNO selama ini.

p/s: Mesti Nasrudin kena hentam kaw-kaw punya selepas ni dengan para totok Nik Aziz, Mahfuz dan juga Salahuddin akibat sokong kerajaang perpaduang. Hahaha.

Advertisements

curi pasir di Valdor, Bt Kawan oleh kroni pemimpin PKR

PKR Selangor & PKR PP , 2 x5 kaki songlap pasir
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan penglibatan pemimpin kanan kerajaan negeri ‘melindungi’ kegiatan perlombongan pasir secara haram di kawasan seluas 1.6 hektar di Jalan Tasek, Valdor dekat Batu Kawan di sini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan berkata, pihaknya menerima aduan dan maklumat berhubung unsur penyalahgunaan kuasa melibatkan pemimpin kerajaan negeri yang didakwa turut mendapat habuan hasil daripada aktiviti tersebut.

Menurutnya, terdapat keraguan walaupun kerajaan negeri sudah menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aktiviti melombong pasir di kawasan itu selepas ia didedahkan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Goh Choon Aik baru-baru ini.

Tambah beliau, aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan ini pernah didedahkan dan kerajaan negeri berjanji untuk menyiasat tetapi akhirnya tiada tindakan diambil.

Kali ini sekali lagi ia didedahkan dan kerajaan negeri nak siasat lagi, sedangkan MPSP sudah sahkan ia beroperasi secara haram.

Semua ini menimbulkan keraguan malah ada maklumat mengenai hubungan pemilik syarikat dengan pemimpin kanan kerajaan negeri termasuk dalam membiayai aktiviti politik mereka. SPRM kena siasat perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Aik yang juga pemimpin PKR di Batu Kawan sebelum ini mendedahkan aktiviti melombong pasir secara haram di kawasan itu tetapi dinafikan Exco Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina kemudian melaporkan ketegangan yang timbul ekoran isu itu antara Choon Aik dan Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun daripada PKR. Ketegangan itu semakin memuncak apabila Choon Aik dilaporkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR tetapi masih menjadi ahli biasa selain kekal sebagai ahli MPSP.

Sejurus peletakan jawatan Choon Aik, kepimpinan PKR negeri dikejutkan dengan penyebaran e-mel yang mendedahkan Choo Kiang dan Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman mempunyai hubungan istimewa dengan pemilik syarikat pasir terbabit.

E-mel itu antara lain mendakwa kedua-dua pemimpin kanan kerajaan negeri terlibat menerima sumbangan wang ringgit yang dimasukkan terus ke akaun mereka.

Pengirim e-mel berkenaan juga mendakwa, pemilik syarikat pasir mendapat ‘perlindungan’ walaupun tahun lalu berdepan dengan siasatan berhubung perlombongan pasir haram oleh jawatankuasa dipengerusikan oleh Choo Kiang. E-mel itu mendakwa pemegang saham syarikat pasir berkenaan yang baru dikurniakan gelaran ‘Datuk’, pernah dilihat bersama-sama Choo Kiang melancong ke Macau dan Genting Highlands.

Pengirim e-mel itu yang dipercayai orang dalam PKR sendiri mendakwa, pemilik syarikat pasir itu juga memberi sumbangan besar kepada pejabat Timbalan Ketua Menteri I termasuk bagi penganjuran majlis makan malam yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari lalu.

Choo Kiang bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan imejnya manakala Mansor belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan itu. Syarikat terbabit, Food Cent Sdn. Bhd., sebelum ini menegaskan, aktiviti perlombongan di kawasan itu dijalankan secara sah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Choon Aik dan tiga lagi ahli MPSP.

Difahamkan, kerajaan negeri baru-baru ini mengarahkan kerja-kerja melombong pasir di kawasan itu dihentikan sementara menunggu siasatan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Choo Kiang.

Cheng Guan bagaimanapun mempersoalkan ketelusan siasatan itu memandangkan jawatankuasa penyiasat dipengerusikan oleh Choo Kiang yang dikaitkan ada hubungan baik dengan pemilik syarikat pasir tersebut.

“Mana prinsip ketelusan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri selama ini? Bagaimana Choo Kiang boleh mengetuai siasatan sedangkan dia didakwa ada hubungan dengan pemilik syarikat terbabit.

“Soalnya sekarang adalah MPSP mengatakan kegiatan lombong pasir di kawasan itu dijalankan tanpa permit tetapi Exco pula kata ada permit, jadi dalam hal ini rakyat mahu percaya kepada siapa,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan siasatan MPSP mendapati syarikat pasir terbabit tidak mendapat kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan pasir di kawasan berkenaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 70 (A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976.

Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

KHALIL IDHAM LIM

Inilah dia orang yang bertanggung jawab memfitnah dan menuduh Sahibul Samaah Mufti Perak Datuk Harussani berbohong !

Idham Lim merupakan seorang Mualaf yang diangkat menjadi ADUN Titi Serong oleh kebanyakan masyarakat melayu di Perak, kini umpama duri dalam daging kepada penyatuan bangsa MELAYU di seluruh negara.

Sebagai seorang berbangsa cina yang memeluk agama Islam, Idham Lim dilihat masih lagi dangkal pemikiran dengan apa yang dimaksudkan dengan perpaduan ummah. Idham Lim juga masih belum faham sepenuhnya tuntutan perpaduan yang digariskan didalam Islam.

Apabila Idham Lim menuduh seorang Mufti seperti Datuk Harussani berbohong, apakah dia berasakan dirinya lebih hebat daripada Mufti Perak tersebut? Apakah Idham Lim juga berasakan dia lebih pandai dari seorang Mufti yang dilantik secara SAH didalam sesebuah negeri?

Sifat kiasu didalam diri Idham Lim nyata masih lagi tebal dan masih belum mampu dikikis dengan hanya memeluk Islam. Mungkin sebab itulah dia begitu dengki kepada usaha penyatuan melayu didalam negara diantara UMNO dan PAS.

Sifat rasisnya juga masih lagi membara seolah-olah penyatuan melayu itu menjadi perkara HARAM buatnya.

Ini semua telah Idham Lim buktikan apabila dia sanggup memfitnah seorang Mufti tanpa bukti dan juga seolah-olah benci kepada kerjasama dikalangan bangsa melayu.