Archive for 22 July 2010

KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS menyeru kepada rakyat negara ini agar menyertai mereka sebagai parti Islam terbesar di negara ini yang memperjuangkan Islam dan membawa mesej Islam sejak ditubuhkan sebelum merdeka pada tahun 1951 lagi.

– Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat.

Apabila Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan PAS merupakan parti Islam terbesar dalam negara, secara tak langsung Ketua Penerangan PAS ini menggambarkan bahawa UMNO ialah bukan Islam! Ayat kasarnya ialah UMNO parti KAFIR !

Dengan dakwaan terbaru Idris Ahmad ini, apakah dia mahu mempertikaikan keimanan dan juga keIslaman seluruh ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih kurang 3 juta itu? Apakah Idris Ahmad telah diberi Mukjizat dapat menilai keIslaman seseorang itu oleh Wali Selipar Nik Aziz?

Jumlah ahli-ahli PAS hanyalah lebih 1 juta tak termasuk syaitan-syaitan yang mereka jadikan sahabat. Ini adalah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO yang berbangsa Melayu dan ISLAM.

Jadi, apa rasional untuk ahli politik kaldai DAP seperti Idris Ahmad ini mengatakan bahawa PAS itu layak diiktiraf sebagai parti Islam Terbesar? Motif Idris Ahmad tak lain hanya semata-mata mahu mengatakan bahawa UMNO itu adalah KAFIR dan tak layak digelar Islam !

Inilah yang Dato Shafie Apdal maksudkan dengan menyatakan bahawa PAS adalah parti SESAT. Pemimpin-pemimpin politik PAS sewenang-wenangnya menuduh orang muslim lain sebagai bukan Islam demi kepentingan politik haprak mereka.

Kenyataan Idris Ahmad ini membuktikan bahawa penyelewengan aqidah telah berleluasa didalam PAS. Mereka semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar demi tamakkan kuasa serta kedudukan didalam politik.

Inilah akibatnya apabila Al Quran dan hadis tidak lagi dijadikan sandaran, sebaliknya ularmak-ularmak kangkong PAS lebih rela berkiblatkan kafir DAP didalam perjuangan !

Advertisements

Ng Wei Aik selaku Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri P.Pinang (DAPSY) hari ini telah mendesak Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (SDO) Nik Ali Nik Yunus meminta maaf kepada Lim Guan Eng kerana disifatkan biadap.

DAPSY juga mencabar Nik Ali supaya meletak jawatannya sebagai penjawat awam dengan serta merta dan menyertai politik jika Nik Ali mahu terus mengecam Ketua Menteri P.Pinang itu.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah digesa oleh DAPSY supaya menjalankan siasatan terhadap Nik Ali yang mereka dakwa telah menyalah gunakan kuasanya untuk menahan peruntukan tahunan berjumlah RM 1 Juta yang sepatutnya diagih-agihkan kepada wakil-wakil Pakatan Haram di P.Pinang.

Semua ini jelas menujukkan betapa kuatnya usaha Lim Guan Eng serta semua gerombolan DAP untuk menyingkirkan Nik Ali dari pentadbiran negeri P.Pinang. Kerana apa…? Semuanya kerana Nik Ali adalah seorang pegawai Melayu yang tak menurut segala kehendak dan rentak kemungkaran mereka.

Dan puak zionis ini marah sekali apabila Nik Ali dikatakan menyekat duit yang nak disonglap mereka.

Lim Guan Eng dan DAP juga amat tak senang apabila Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Zainal Abidin Osman telah secara terbuka mempertahankan Nik Ali apabila penjawat awam itu diserang oleh pihak Zionis DAP.

Dan dengan mudah puak chauvinist DAP ini menuduh bahawa Nik Ali telah menjadi boneka kepada UMNO bagi membawa masalah kepada kerajaan negeri pimpinan Ultra Kiasu Lim Guan Eng.

Sikap Lim Guan Eng dan DAPSY ini sebenarnya merupakan satu konspirasi bagi menjatuhkan Nik Ali dari mencampuri hal ehwal dalaman negeri. Lim Guan Eng juga telah menyalah gunakan kuasa sewenang-wenangnya tanpa langsung mengambil kira kepentingan rakyat di P.Pinang.

Jika Lim Guan Eng tak berpuas hati dengan Nik Ali, sepatutnya dia mematuhi prosedur yang betul dan menyalurkan aduannya kepada pihak-pihak yang berkenaan, bukannya memaki hamun serta merendah-rendahkan peribadi penjawat awan tersebut.

Perbuatan Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang ini menunjukkan bahawa mereka tak mempunyai kredibiliti dan tak mempunyai kualiti sebagai pemimpin. Mereka juga tak layak untuk mentadbir negeri dengan sifat diktator serta perkauman yang ada pada mereka !

Malam kelmarin, semua lebai-lebai PAS serta ulamak kangkung parti bulan di Markaz PAS Pengkalan Pagoh terNGA-NGA hingga menitik air liur akibat dari terlampau asyik mendengarkan ceramah “Ustad” Nga Kor Ming.

Malah ketika Ustad Nga berkata, ” DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar”, ramailah diantara totok yang hadir terpegun hingga berdiri bulu roma mereka dan ada juga yang histeria melaung-laungkan takbir.

Begitulah keadaannya di ceramah ustad Nga yang juga dihadiri oleh Nizar tri-star dan seorang AJK PAS Pusat.

Seorang pengikut “hardcore” PAS yang membuat liputan di ceramah tersebut telah menyifatkan bahawa kata-kata ustad Nga telah berjaya memukau seluruh hadirin yang hadir pada malam itu. Ustad Nga dikatakan berjaya menyampaikan ceramah penuh semangat dan kata-kata yang diucapkannya amat menarik hati para pengikut PAS.

Malah, kepetahan ustad Nga bercakap tentang isu-isu semasa amatlah hebat dan juga Islamik hingga telah menenggelamkan tumpuan terhadap Nizar tri-star yang masih perasan dirinya sebagai seorang Menteri Besar sebenar pilihan rakyat Perak.

Melihatkan senario ini, jika Pakatan Haram mampu merampas kembali Perak pada PRU akan datang, Ustad Nga bakal diangkat menjadi Khalifah baru dari DAP setaraf dengan Khalifah Lim di P.Pinang.

Ini kerana, jika mengikut KPI serta pemahaman otak udang PAS, sesiapa dari kalangan kafir DAP yang mampu mengungkapkan kata-kata “Amar Makruf Nahi Mungkar”, pasti dia akan secara automatik diberi gelaran Khalifah. Lim Guan Eng telah membuktikannya di P.Pinang.

Bagi “tiang-tiang lampu berserban” didalam PAS, tak perlu masuk Islam untuk jadi Khalifah. Tak perlu juga masuk jawi serta bersyahadah untuk diangkat setaraf ustad. Syaratnya hanya perlu jadi geng PAS dan juga perlu aktif hentam pemimpin Islam lain dalam UMNO dan juga kerajaan.

Dan yang paling penting, PAS dan seluruh pengikutnya akan berikan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada Khalifah dari DAP ini. Jika perlu, jiwa berserta dengan raga sekali sanggup mereka persembahkan demi membuktikan ketaatan mereka kepada khalifah bermata sepet ini.

Untung betul cina kafir harbi DAP. UMNO yang dah SAH Islam pun tak dapat apa seperti apa yang parti bulan ini bagi kepada mereka.

Melihatkan telatah pengikut PAS yang asyik mahsyuk menyanjung kafir DAP ini, terbukti betul lah kata pepatah mat saleh, “dont judge the book by its cover”.

Kalau di translate kan ke bahasa Melayu, lebih kurang akan jadi bunyi begini…, “jangan dinilai akal totok PAS melalui serban besarnya, kerana yang besar itu tak mencerminkan ukuran sebenar akal yang ada didalamnya”.