Archive for 24 July 2010

Hotel Corus Paradise, Port Dickson

PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

“Retreat” itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya, kalau dah dapat…. pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber”retreat”. Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidakpun kat London atau Paris….!!!

Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni di bilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.

Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.

“Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya di peringkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.

“Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja,” katanya yang berasal dari Perak.

Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana…!!!

Sumber dari Mohd Sofi Yassin

p/s: Apakah ini ada kaitan dengan hasil lumayan “projek korek mengorek” di Selangor? Hanya Khalid gagap saja boleh menjawabnya.

Advertisements

Kelmarin, gambar yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng BERBOHONG apabila menuduh Nik Ali (SDO) P.Pinang tak menyediakan tempat duduk untuknya sewaktu Majlis Pelancaran Projek Keretapi Bukit Bendera telah didedahkan kepada umum di beberapa blog dan juga media massa.

Ketua Menteri P.Pinang ini terus menikus dan menyembunyikan diri apabila pembongkaran dibuat terhadap perangai jahatnya terhadap penjawat awam. Dia yang sebelum ini begitu berani ala-ala gangster menyerang Nik Ali, kini ibarat kehilangan suara apabila perangai samsengnya diketahui umum.

Apa yang mampu dilakukan oleh Ketua Menteri pengecut ini hanyalah dengan menghantar pencacai upahan untuk bercakap bagi pihaknya.

Semalam, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Ng Wei Aik, didalam kenyataan medianya telah memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh Nik Ali pula berbohong mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tiada tempat duduk disediakan pada majlis pelancaran tersebut.

Ng Wei Aik juga menggelar Nik Ali sebagai seorang Little Napoleon yang KURANG AJAR kerana berperang dengan Lim Guan Eng. Cina kiasu ini juga mempertikaikan mengapa tindakan Nik Ali disokong sepenuhnya oleh pihak KSN, Menteri-menteri UMNO dan juga Perdana Menteri sendiri.

Dia juga mengugut pihak kerajaan pusat supaya mengambil tindakan tegas kepada Nik Ali jika tidak mahu kakitangan-kakitangan awam yang lain MEMBERONTAK terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Nampak tak betapa biadapnya DAP dan seluruh kroni-kroninya. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan matlamat mereka tercapai termasuklah berbohong, memfitnah dan juga mengugut kerajaan pusat.

Inilah corak pemerintahan DIKTATOR berorientasikan KOMUNIS yang cuba diterapkan oleh Lim Guan Eng dan DAP di negeri P.Pinang.

Dan inilah juga kepimpinan yang amat disanjung-sanjung oleh seluruh pengikut PAS serta PKR di seluruh negara kononnya kepimpinan gaya Khalifah Umar r.a.

Sudahlah mereka BERBOHONG, dan apabila tembelang mereka terbongkar, sanggup pula mereka memutarbelitkan fakta dan juga bertindak mengugut pihak kerajaan pusat pula.