Archive for 26 July 2010

Nurul Izzah yakin PAS tolak UMNO.

Posted: 26 July 2010 in PKR

Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga anak kepada De-Facto PKR Anwar Ibrahim, percaya bahawa pemimpin-pemimpin PAS akan setia dengan Pakatan Haram.

Nurul Izzah juga percaya pemimpin-pemimpin PAS akan menolak sebarang kerjasama ataupun perpaduan dengan UMNO. Ini berikutan jaminan yang seringkali diberikan oleh Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin ketika pertemuannya dengan beberapa pimpinan tertinggi PKR.

Kenyataan Nurul Izzah ini sekaligus membuktikan bahawa PAS tidak mampu membuat ketetapan sendiri untuk partinya didalam kerjasama diantara bangsa melayu dan Islam dalam negara.

PAS yang sebelum ini juga terpaksa akur dengan desakan tidak menyebut tentang negara Islam dan juga tentang hukum Hudud diatas permintaan DAP, kini ternyata sekali lagi terpaksa “tunduk” didalam isu kerjasama perpaduan diantara bangsa melayu dalam negara.

Terbukti sudah bahawa PAS hanya jaguh kelas ketiga didalam Pakatan Haram yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim apabila “anak hingusan” seperti Nurul Izzah ini juga mampu bercakap tentang arah yang PAS patut tujui.

Pemimpin-pemimpin politik didalam PAS hanya ibarat boneka kepada PKR dan DAP dan menjadi pencacai menjalankan kerja-kerja kotor kedua-dua parti tersebut.

Walaupun jika diikutkan kelebihan pengalaman yang dimiliki oleh parti PAS, ianya tak ubah hanya umpama Harimau yang tua tak bergigi didalam Pakatan Haram.

Ini diparahkan lagi dengan penyakit nyanyuk yang semakin teruk dialami oleh harimau tua ini menjadikannya bahan jenaka kepada masyarakat negara.

Inilah nasib PAS. Hanya kerana sekelumit kuasa dan juga kedudukan, ulamak-ulamaknya sanggup menjatuhkan maruah mereka dengan membuang serban serta menyingkapkan jubah untuk menari mengikut rentak kafir harbi DAP dan alunan muzik sekular PKR.

Jika Nurul Izzah sendiri mampu merendahkan kredibiliti PAS dengan mengarah itu dan ini untuk parti tersebut, apakah lagi yang mampu diharapkan oleh parti yang kononnya hebat ini?

Advertisements

Biarpun Kelantan tak mendapat wang ehsan petroleum dari kerajaan pusat kerana telaga minyak yang terletak jauh dari kawasan yang diwartakan, negeri tersebut sebenarnya masih lagi kaya dengan sumber balak dan juga sumber galian seperti emas.

Ramai yang tidak tahu bahawa Kelantan mempunyai lombong emas yang selama ini diusahakan oleh sebuah Syarikat dari negara China sejak 6 tahun yang sudah.

Jika sebelum ini semua hasil galian emas Kelantan ini dibawa keluar oleh syarikat ini untuk diproses, kini CNMC Goldmine Limited yang berpengkalan di China tersebut telah berjaya menghasilkan Jongkong emasnya sendiri yang bernilai RM 400 ribu setiap satu di negara ini.

Walaupun di atas kertas, perlombongan emas ini adalah usahasama diantara Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK) dengan Syarikat tersebut, sebenarnya PKINK hanya bertindak sebagai badan pemantau dan tak terlibat secara langsung didalam proses pengeluaran emas.

Sebab itulah setiap tahun Syarikat China ini memberikan royalti sebanyak 3% kepada PKINK dan juga 5% kepada kerajaan negeri Kelantan.

Hasil dari perlombongan emas di Kelantan oleh Syarikat ini dianggarkan berjumlah RM 67 juta setahun manakala royalti yang diperolehi oleh kerajaan negeri adalah lebih kurang RM 3.3 Juta dan PKINK pula memperolehi sebanyak RM 1.27 Juta setahun.

Ini membuktikan bahawa Kelantan bukanlah sebuah negeri yang miskin jika semua hasil negerinya dicampurkan termasuklah hasil dari sumber balak negeri.

Namun apa yang menyedihkan, masih banyak rakyat negeri tersebut yang berada dibawah paras kemiskinan dan juga segala bentuk kemudahan asas negeri seperti air dan elektrik masih lagi umpama keadaan sebelum merdeka.

Tahun ini sahaja menyaksikan pendedahan tentang kemiskinan hidup rakyat Kelantan sehingga ada keluarga di Kota Bharu yang terpaksa menjumpang di reban ayam untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga sebuah keluarga di Pasir Puteh yang terpaksa menjadikan bangsal lembu sebagai tempat berteduh.

Dengan segala sumber hasil negeri yang melimpah ruah untuk Kelantan, Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan juga kepimpinan PAS negeri jelas tak mampu menguruskan sumber kewangan negeri dengan baik.

Hasil negeri yang mewah ini tak disalurkan kembali untuk kebajikan rakyat kerana jika ia di kelolakan dengan baik, pasti Kelantan tak mundur seperti sekarang.

Yang mewah hanya pemimpin-pemimpin PAS negeri tetapi rakyat Kelantan sendiri terpaksa hidup melarat akibat dari karenah birokrasi pemimpin-pemimpin PAS yang mentadbir negeri itu.

Pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Aziz hanya tahu mencari kesalahan dan menunding jarinya kepada kerajaan pusat bagi mengaburi mata rakyat tetapi sebenarnya tindakannya itu hanya semata-mata untuk menyembunyikan kerakusannya menyonglap hasil kemewahan didalam negeri.