Archive for 28 July 2010

Berikutan cadangan dari Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua yang amat rasis untuk menghapuskan diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan tanah di Selangor, PAS Selangor telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan cadangan tersebut.

Melalui Ketua Penerangan mereka Roslan Shahir, PAS Selangor menyifatkan kenyataan Tony Pua amat gelojoh dan tak sepatutnya dibuat. Tony Pua sepatutnya tidak membuat kenyataan yang mampu menjejaskan kepentingan Bumiputera dan juga mana-mana kaum sekalipun didalam negeri Selangor.

Namun, teguran PAS ini dilihat tidak ikhlas dan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Jika PAS benar-benar serius mengambil berat tentang hak Bumiputera, mengapa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain khususnya di Selangor langsung tak bersuara?

Agaknya mereka tak berani dan gentar untuk berhadapan dengan Ronnie Liu dan juga kepala-kepala kongsi DAP lainnya di Selangor. Sebab itulah Roslan Shahir yang baru setahun jagung ini dihantar bagi mengaburi mata masyarakat melayu Selangor didalam hal diskaun pemilikan tanah Bumiputera ini.

Lagipun, layakkah PAS yang hanya menjadi parti paling kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menegur DAP yang sememangnya menjadi “taiko” didalam gerombolan gabungan tersebut? Anwar Ibrahim sendiri pun menikus didepan DAP, apatah lagi nak diharapkan dengan PAS.

Suara PAS yang menentang cadangan Tony Pua ini pasti dianggap hanya seperti “dengungan lalat taik” yang mengganggu di tepi telinga sahaja bagi pemimpin-pemimpin DAP. Selain dari menyuarakan rasa tak puas hati, apa lagi yang PAS mampu lakukan bagi menjaga maruah dan hak Bumiputera dalam Pakatan? Jawapannya kosong !!

DAP dan Tony Pua pasti tahu bahawa PAS tak layak mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Bumiputera kerana PAS telah lama mengisytiharkan bahawa mereka hanya parti Islam, bukannya parti melayu.

Malah Nik Aziz juga mengatakan sesiapa yang melebihkan dan berjuang tentang hak melayu dan Bumiputera adalah Assobiyyah !

Inilah sebab utama pemimpin-pemimpin tertinggi PAS membisu dan pura-pura tak nampak dengan semua isu penindasan terhadap bangsa melayu di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.

Semua pemimpin-pemimpin melayu didalam PAS takut di cop Assobiyyah apabila mereka bersuara tentang kemelut yang dihadapi oleh bangsa melayu sekarang.

Dan begitulah seterusnya pendirian mereka selagi mereka kekal bersekongkol bersama parti yang terkenal rasis dan bermuka-muka seperti DAP !

PAS mungkin hanya mampu “menyalak”, tetapi sekali DAP sergah…, yang tinggal pada PAS cuma hanya kantung telor yang terbuai-buai dipukul angin sahaja.

Advertisements
Gerai peniaga kecil melayu ini dirobohkan tanpa simpati.

Khabar yang baru kami terima mengatakan bahawa kebanyakan gerai melayu di sekitar bulatan Queens Bay akan dirobohkan sepenuhnya selepas hari raya Aidilfitri ini oleh kerajaan negeri Ketua Pembohong Lim Guan Eng.

Gerai-gerai peniaga melayu disekitar bulatan Queens Bay ini sudah wujud sekian lama semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah P.Pinang lagi. Namun dibawah pentadbiran baru kerajaan zionis DAP, tiada lagi gerai-gerai melayu dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.

Alasan pihak kerajaan zionis DAP ini amat mudah, kononnya 3 persatuan telah membuat aduan tentang gerai-gerai di kawasan tersebut. Dan kata mereka lagi, sudah 2 tahun notis dikeluarkan kepada semua pemilik gerai disitu (sejak awal pemerintahan DAP).

Proses perobohan DoReMi Cafe

Persoalannya disini, mengapa hanya gerai peniaga melayu yang menjadi sasaran gerombolan Lim Guan Eng dan kroni-kroninya di P.Pinang? Mengapa gerai-gerai melayu yang menjual burger, Char Koay Teaw, nasi campur, air minuman dan sebagainya menjadi sasaran untuk dirobohkan?

Gerai-gerai ini bukannya besar manapun. Dan kebanyakannya tak langsung mengganggu lalulintas dan juga ketenteraman awam. Jadi mengapa ia disasarkan sebagai fokus utama kerajaan DAP negeri?

Jika peniaga-peniaga melayu yang tidak mempunyai lesen berniaga menjadi satu masalah besar kepada Lim Guan Eng dan kroni-kroninya, susah sangatkah untuk meminta pihak Majlis Perbandaran mengeluarkan lesen kepada mereka?

Selepas lesen diberikan, letakkanlah syarat dan peraturan berniaga berapa banyak sekalipun. Dan kalau kerajaan DAP laparkan sangat duit peniaga-peniaga kecil ini, bolehlah tetapkan bayaran yuran bulanan kepada mereka dengan kadar yang munasabah.

Gerai di sekitar Permatang Pauh juga tak dikecualikan

Mengapa pula merobohkan gerai dijadikan keutamaan sedangkan ada jalan penyelesaian lain yang boleh diambil oleh kerajaan negeri? Apakah kerajaan negeri sengaja mahu menghalau para peniaga kecil ini disebabkan tapak gerai mereka yang bernilai tinggi untuk memenuhkan kantung poket KM dan kroni?

Inilah bukti lagi bahawa kerajaan negeri DAP pimpinan Lim Guan Eng langsung tak mempunyai budi bicara apabila berhadapan dengan para peniaga kecil melayu. Sikap pembuli mereka jelas terserlah dan mereka langsung tak peduli tentang erti kemanusiaan.

CAT ataupun slogan Cekap, Adil dan Telus mereka telah lama dibakul sampahkan. Yang tinggal kini hanya slogan 3P iaitu PELINGKUP, PEMBOHONG dan PENINDAS !

Kepada semua peniaga-peniaga kecil di P.Pinang, Pakatan Rakyat takkan mampu membawa kebaikan dalam hidup anda semua. Mereka terbukti hanya membawa lebih banyak kecelakaan kepada seluruh keluarga anda !!!