Archive for 29 July 2010

Wujud lagi rupanya individu yang bernama Nizar Jamaluddin ni. Selepas kalah didalam pertikaian dengan DS Zambry didalam kes perebutan jawatan Menteri Besar, ramai yang menyangkakan Nizar dah meroyan dan dihantar ke Tanjung Rambutan.

Walaupun tak dihantar kemana-mana pusat sakit jiwa, Nizar tetap meroyan disetiap majlis atau ceramah yang dihadirinya. Amat menghairankan kerana masih ada lagi pengikut PAS yang sanggup menjemput kaldai DAP ini berucap.

Lihat sajalah ucapannya ketika dijemput merasmikan Mesyuarat Agung tahunan Pas Terengganu yang ke 35. Nizar meroyan mengatakan idea Kerajaan Perpaduan adalah hasil kerja APCO dan Yahudi !

Apakah Nizar tak tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan adalah datang dari Presiden PAS sendiri iaitu Hadi Awang? Apakah Nizar mahu mengatakan Hadi Awang sebagai ejen APCO dan juga Yahudi?

Ini yang menyebabkan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu menghantar surat bantahan kepada Nizar supaya menarik balik ucapannya dan memohon maaf.

Memang mangkuk tingkat betul Nizar Jamaluddin ni. Amat memalukan betul PAS kerana mempunyai Ahli Jawatankuasa Pusat yang tiga suku seperti Nizar ini !

Advertisements

Semasa mengambil alih pemerintahan negeri P.Pinang, DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang.

Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP.

Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid. Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.

Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.

Sepatutnya tanah wakaf di “transfer” keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?

Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu “security” kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.

Fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?

Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?

Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah. Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !

Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua “benefit” ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1’600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng.

KOTA BHARU, 28 Julai: Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

HarakahDaily

Kenyataan terbaru Nik Aziz ini bermaksud bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ciri-ciri yang sama dengan baginda Nabi saw. Kenyataan Nik Aziz ini juga bermaksud bahawa Anwar ini manusia hebat dan harus disanjung kerana menyamai Rasulullah didalam hal ketegasan diri.

Kenyataan Nik Aziz tentang Anwar ini telah membuktikan bahawa Nik Aziz memang merupakan seorang munafik politik yang hanya bercakap demi kepentingan serta hawa nafsunya sahaja.

Tindakan Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah ini juga telah menunjukkan betapa rosaknya akidah pemikirannya didalam mencari kemenangan. Ketaksuban Nik Aziz terhadap hal berpolitik membuatkan dia tak mampu lagi untuk membezakan antara yang benar dan juga yang salah.

Apakah individu sehina dan sejijik Anwar Ibrahim layak diangkat tarafnya menyamai ciri-ciri yang ada pada baginda Rasul? Anwar menjadikan BOHONG sebagai amalan politiknya, Anwar juga menjadikan PUTAR BELIT sebagai ibadah hariannya dan Anwar juga menjadikan ucapan janji palsu sebagai rutin hariannya.

Memang Nik Aziz sudah hilang akal dan juga tak waras jika sanggup mengatakan bahawa Anwar menunjukkan ciri-ciri menyamai Rasulullah saw. Nik Aziz sudah tidak lagi relevan jika Anwar yang penuh dengan noda dan dosa itu sanggup diangkat ke taraf menyamai Nabi hanya demi sebuah perjuangan politik kotor.

Malang bagi semua pengikut PAS kerana masih mengekalkan seorang tua nyanyuk dan tak waras berfikir seperti ini sebagai Mursyidul Am mereka.

Rugilah pengikut totok PAS kerana masih sanggup ber wala’ kan seorang tua yang sanggup merendahkan taraf Rasulullah untuk disamakan dengan seorang individu yang dikaitkan dengan kes liwat seperti Anwar Ibrahim !

Dan amat memalukan sekali bagi pengikut PAS kerana mereka masih dipimpin oleh seorang yang semakin hilang akidah pemikirannya akibat dari desakan nafsu untuk berpolitik sehingga tak mampu untuk membezakan yang mana halal dan juga yang mana ditegah oleh agama.

Kali ini bukan hanya Nik Aziz perlu bertaubat…, tetapi seluruh pengikut serta penyokong PAS yang menganggap diri mereka masih berimamkan Muhammad Rasulullah SAW itu harus bertaubat !!!