Archive for July, 2010

Berikutan cadangan dari Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua yang amat rasis untuk menghapuskan diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan tanah di Selangor, PAS Selangor telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan cadangan tersebut.

Melalui Ketua Penerangan mereka Roslan Shahir, PAS Selangor menyifatkan kenyataan Tony Pua amat gelojoh dan tak sepatutnya dibuat. Tony Pua sepatutnya tidak membuat kenyataan yang mampu menjejaskan kepentingan Bumiputera dan juga mana-mana kaum sekalipun didalam negeri Selangor.

Namun, teguran PAS ini dilihat tidak ikhlas dan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Jika PAS benar-benar serius mengambil berat tentang hak Bumiputera, mengapa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain khususnya di Selangor langsung tak bersuara?

Agaknya mereka tak berani dan gentar untuk berhadapan dengan Ronnie Liu dan juga kepala-kepala kongsi DAP lainnya di Selangor. Sebab itulah Roslan Shahir yang baru setahun jagung ini dihantar bagi mengaburi mata masyarakat melayu Selangor didalam hal diskaun pemilikan tanah Bumiputera ini.

Lagipun, layakkah PAS yang hanya menjadi parti paling kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menegur DAP yang sememangnya menjadi “taiko” didalam gerombolan gabungan tersebut? Anwar Ibrahim sendiri pun menikus didepan DAP, apatah lagi nak diharapkan dengan PAS.

Suara PAS yang menentang cadangan Tony Pua ini pasti dianggap hanya seperti “dengungan lalat taik” yang mengganggu di tepi telinga sahaja bagi pemimpin-pemimpin DAP. Selain dari menyuarakan rasa tak puas hati, apa lagi yang PAS mampu lakukan bagi menjaga maruah dan hak Bumiputera dalam Pakatan? Jawapannya kosong !!

DAP dan Tony Pua pasti tahu bahawa PAS tak layak mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Bumiputera kerana PAS telah lama mengisytiharkan bahawa mereka hanya parti Islam, bukannya parti melayu.

Malah Nik Aziz juga mengatakan sesiapa yang melebihkan dan berjuang tentang hak melayu dan Bumiputera adalah Assobiyyah !

Inilah sebab utama pemimpin-pemimpin tertinggi PAS membisu dan pura-pura tak nampak dengan semua isu penindasan terhadap bangsa melayu di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.

Semua pemimpin-pemimpin melayu didalam PAS takut di cop Assobiyyah apabila mereka bersuara tentang kemelut yang dihadapi oleh bangsa melayu sekarang.

Dan begitulah seterusnya pendirian mereka selagi mereka kekal bersekongkol bersama parti yang terkenal rasis dan bermuka-muka seperti DAP !

PAS mungkin hanya mampu “menyalak”, tetapi sekali DAP sergah…, yang tinggal pada PAS cuma hanya kantung telor yang terbuai-buai dipukul angin sahaja.

Advertisements
Gerai peniaga kecil melayu ini dirobohkan tanpa simpati.

Khabar yang baru kami terima mengatakan bahawa kebanyakan gerai melayu di sekitar bulatan Queens Bay akan dirobohkan sepenuhnya selepas hari raya Aidilfitri ini oleh kerajaan negeri Ketua Pembohong Lim Guan Eng.

Gerai-gerai peniaga melayu disekitar bulatan Queens Bay ini sudah wujud sekian lama semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah P.Pinang lagi. Namun dibawah pentadbiran baru kerajaan zionis DAP, tiada lagi gerai-gerai melayu dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.

Alasan pihak kerajaan zionis DAP ini amat mudah, kononnya 3 persatuan telah membuat aduan tentang gerai-gerai di kawasan tersebut. Dan kata mereka lagi, sudah 2 tahun notis dikeluarkan kepada semua pemilik gerai disitu (sejak awal pemerintahan DAP).

Proses perobohan DoReMi Cafe

Persoalannya disini, mengapa hanya gerai peniaga melayu yang menjadi sasaran gerombolan Lim Guan Eng dan kroni-kroninya di P.Pinang? Mengapa gerai-gerai melayu yang menjual burger, Char Koay Teaw, nasi campur, air minuman dan sebagainya menjadi sasaran untuk dirobohkan?

Gerai-gerai ini bukannya besar manapun. Dan kebanyakannya tak langsung mengganggu lalulintas dan juga ketenteraman awam. Jadi mengapa ia disasarkan sebagai fokus utama kerajaan DAP negeri?

Jika peniaga-peniaga melayu yang tidak mempunyai lesen berniaga menjadi satu masalah besar kepada Lim Guan Eng dan kroni-kroninya, susah sangatkah untuk meminta pihak Majlis Perbandaran mengeluarkan lesen kepada mereka?

Selepas lesen diberikan, letakkanlah syarat dan peraturan berniaga berapa banyak sekalipun. Dan kalau kerajaan DAP laparkan sangat duit peniaga-peniaga kecil ini, bolehlah tetapkan bayaran yuran bulanan kepada mereka dengan kadar yang munasabah.

Gerai di sekitar Permatang Pauh juga tak dikecualikan

Mengapa pula merobohkan gerai dijadikan keutamaan sedangkan ada jalan penyelesaian lain yang boleh diambil oleh kerajaan negeri? Apakah kerajaan negeri sengaja mahu menghalau para peniaga kecil ini disebabkan tapak gerai mereka yang bernilai tinggi untuk memenuhkan kantung poket KM dan kroni?

Inilah bukti lagi bahawa kerajaan negeri DAP pimpinan Lim Guan Eng langsung tak mempunyai budi bicara apabila berhadapan dengan para peniaga kecil melayu. Sikap pembuli mereka jelas terserlah dan mereka langsung tak peduli tentang erti kemanusiaan.

CAT ataupun slogan Cekap, Adil dan Telus mereka telah lama dibakul sampahkan. Yang tinggal kini hanya slogan 3P iaitu PELINGKUP, PEMBOHONG dan PENINDAS !

Kepada semua peniaga-peniaga kecil di P.Pinang, Pakatan Rakyat takkan mampu membawa kebaikan dalam hidup anda semua. Mereka terbukti hanya membawa lebih banyak kecelakaan kepada seluruh keluarga anda !!!

Politik kuku besi DAP !

Posted: 27 July 2010 in DAP

Di Pulau Pinang, dialah bapak kepada segala pembohong dalam negeri. Di Selangor pula, dialah taiko yang menyonglap semua khazanah rakyat.

Tetapi di dalam negara Malaysia, gerombolan parti berfahaman komunis ini mahu menjadi juara kaumnya didalam menafikan serta menghapuskan seluruh hak dan maruah bangsa MELAYU !

Di Pulau Pinang, gerai melayu, kampung melayu dan penjawat awam melayu diserang bertubi-tubi oleh gerombolan zionis DAP seangkatan Israel ini. Di Selangor pula mereka begitu rakus menyedut hasil kekayaan bumi bagi memenuhkan kantung mereka dan kroni.

Tetapi di peringkat negara Malaysia, gerombolan zionis DAP ini sebenarnya mahu merebut kuasa pemerintahan dari bangsa melayu yang bukan sekepala dengan mereka.

Pulau Pinang mahu dijadikan Singapura Kedua, Selangor mahu dijadikan pusat pengumpulan harta dan Malaysia mahu ditukar milik menjadi hak mereka.

Gerombolan zionis DAP ini tahu bahawa bangsa melayu mulai sedar tentang niat mereka di Pulau Pinang dan Selangor. Mereka juga tahu bahawa kebanyakan bangsa melayu sudah kembali bangun mempertahankan hak bangsanya.

Sebab itulah kini mereka melipatgandakan usaha penaklukan serta kerja-kerja menyonglap hak melayu sebanyak mungkin di negeri-negeri yang mereka kuasai. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan konco-konconya terpaksa menggunakan gear Turbo. Di Selangor Ronnie Liu dan geng jahatnya terpaksa menggunakan enjin SuperCharge.

Ini semua bagi memastikan mereka berjaya memenuhi matlamat mereka biarpun jika mereka ditakdirkan kalah pada PRU13 nanti. Damage has done! Inilah hasil daripada kurang kesedaran tentang berpolitik didalam mindset bangsa melayu. Inilah juga hasil dari kurangnya kesedaran tentang kuasa mengundi yang perlu ada pada setiap individu melayu.

Kaum mata sepet ini kuat hanya kerana kuasa undi mereka biarpun mereka hanya minoroti dalam negara. Tetapi bangsa melayu yang merupakan majoriti dalam negara begitu lemah kerana tak faham dan juga tak menghargai kuasa undi mereka.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian langsung tak berguna !

Lihatlah sendiri betapa pembohongnya bekas banduan dari Melaka yang diangkat menjadi Ketua Menteri P.Pinang ini. Siapa yang berLIDAH BIAWAK sekarang ini ????

Lihat juga bagaimana kafir harbi ini menunjukkan sikap DIKTATOR yang bersulamkan amalan pemerintahan komunis nya terhadap apa jua yang berkaitan bangsa melayu di P.Pinang. Dia sanggup berbohong dan juga menipu seluruh rakyat negeri malahan juga negara bagi melaksanakan agenda “penghapusan melayunya” di negeri P.Pinang.

Penjawat awam berbangsa melayu seperti Nik Ali dari kerajaan Persekutuan difitnah dan juga dihina dengan pelbagai makian oleh Ketua Menteri DAP bertujuan untuk memberikan tekanan dan juga mengusir beliau dari pentadbiran kerajaan negeri. Malah gerombolan zionis ultra kiasu ini sanggup memperalatkan portal haprak mereka MalaysiaKini bagi menabur serta menyebarkan dakyah bagi menjatuhkan imej SDO Nik Ali.

Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang kini terbukti RASIS, CAUVINIST, ULTRA KIASU, dan juga mengamalkan corak pemerintahan KOMUNIS di negeri ini.

Apakah semua ini termasuklah amalan BERBOHONG yang merupakan kepakaran gerombolan saki baki PAP Singapura ini terkandung didalam buku riwayat Kepimpinan Gaya Khalifah Umar r.a yang dihadiahkan oleh PAS? Dan apakah Lim Guan Eng yang terbukti kaki bohong dan juga amat kurang ajar ini mahu diangkat sebagai Khalifah bagi pengikut PAS seluruhnya?

Pemimpin-pemimpin PAS serta seluruh pengikutnya ternyata buta perut dan bodoh untuk menilai yang mana halal dan juga haram hinggakan makhluk sehina bekas banduan Melaka ini sanggup mereka junjung dan sanjung. Begitu juga melayu-melayu didalam PKR yang sanggup menjilat serta mengampu kafir harbi bermata sepet ini hanya semata-mata kerana kedudukan dan kuasa pemerintahan dalam negeri.

Dengan pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri P.Pinang ini hanya bagi memenuhkan sifat bencinya kepada bangsa melayu, diharap para totok PAS dan PKR akan berterusan menjilat kaki kafir ini bagi membuktikan sifat kaldai yang ada pada mereka.

Dan pada masyarakat seluruh negara khususnya di negeri P.Pinang, inilah bukti bahawa individu dari parti chauvinis super racist DAP yang memegang jawatan tertinggi negeri ini adalah merupakan seorang yang paling haprak dan paling menjijikkan didalam sejarah senarai Ketua Menteri negeri.

Apakah rakyat negeri P.Pinang masih lagi mahukan makhluk berperangai jijik serta hina ini berterusan menjadi pemerintah didalam negeri?

Teliti sedalam-dalamnya dan nilaikan dengan akal yang waras. Tepuk dada dan terjemahkannya didalam PRU yang akan datang !

Kenyataan yang dipetik dari laman MalaysiaKini menyatakan bahawa Ketua Menteri P.Pinang menerusi peguamnya Karpal Singh mahu menyaman Utusan dan juga SDO negeri Nik Ali Mat Yunus. ( Baca DISNI )

Saman ini akan diambil kerana Lim Guan Eng dan Karpal menyifatkan pihak Utusan dan juga Nik Ali telah berbohong didalam mengeluarkan kenyataan yang Ketua Menteri P.Pinang itu pernah menggunakan perkataan “lidah biawak” dan juga isu kenyataan berkaitan penyediaan kerusi untuk Ketua Menteri tersebut.

Lim Guan Eng mendakwa bahawa dia langsung tidak pernah menyebut tentang kedua-dua hal ini tetapi mendakwa ianya sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali bagi memburukkan imej Ketua Menteri DAP tersebut.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang Ng Wei Aik juga telah mencabar Nik Ali supaya menunjukkan bukti-bukti bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pernah bercakap demikian didalam laman web rasmi DAP. ( Lihat SINI )

Dengan ini, kami di Media Permatang Pauh secara terbuka mencabar kembali Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Ng Wei Aik meneruskan saman mereka ke atas Utusan serta SDO Nik Ali.

Jika mereka berasakan mereka berada di pihak yang benar, jangan hanya pandai bercakap berdegar-degar didalam media massa tetapi buktikan kepada semua rakyat P.Pinang bahawa Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Ng Wei Aik mempunyai keberanian mempertahankan dakwaan mereka yang Nik Ali serta Utusan membuat fitnah.

Kami di Media Permatang Pauh memberikan masa sehingga pukul 12 tengahari kepada DAP P.Pinang terutamanya kepada Lim Guan Eng bagi mengemukakan samannya menerusi Karpal Singh.

Ketua Menteri dan juga kroni-kroni zionis nya di P.Pinang ini terbukti pengecut dan juga bacul tak bertelor jika tiada saman yang difailkan kepada Utusan Dan juga SDO Nik Ali pada tepat jam 12 tengahari nanti.

Dan pada 12.05pm nanti, kami akan dedahkan ekslusif satu perangai yang paling haprak dan paling bangsat yang pernah dipertontonkan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri di P.Pinang ini.

Nantikannya tepat pukul 12.05 minit tghari nanti !