Archive for August, 2010

Tuan Pemimpin,

Sudah banyak kami bersabar dan menaruh angan-angan kepercayaan, akhirnya kami semakin hilang percaya kerana tuan-tuan semua nampaknya semakin lemah dan tidak bermaya.

Cuba Tuan lihat, bila kaum lain perlekeh kami, tuan diam – dan kata bersabar itu separuh dari iman! Bila kami bertindak pertahankan harga diri, kami dikenakan tindakan dengan alasan kunun tuan nak jaga hati kawan.

Bila masjid dilontar kepala babi dan disembah cat, tuan kata itu konspirasi bangsa sendiri. Akhirnya kami persalahkan segala perbuatan dan membenarkan segala perbuatan orang lain.

Bila cina maki cikgu melayu dan bangsa melayu serta buat video maki hamun sambil berisyarat lucah, pak menteri hanya berani setakat amaran. Cuba kami yang buat, sudah tentu belum sempat ayam berkokok dan dikenakan tindakan.

Melayu perlu pemimpin yang bukan saja pandai tetapi juga keras keberaniannya. Bagai sebilah pedang bukan saja mesti tajam tetapi juga kukuh. Manakala perjuangan harus tetap pada perjuangan agama, bangsa dan negara.

Tuan Pemimpin,

Apa gunanya jadi SATU jika akan hilang Melayu? Sedarkah Tuan bahawa tidak akan ada pemimpin jika pengikutnya tiada. Pemimpin mesti adil dan saksama, jangan ada yang disisihkan kerana merasa sokongan mereka tak mampu menambah perkiraan.

Diberi RM300 untuk Peneroka, Penjawat Awam dapat RM500 juga, tetapi penduduk kampong tradisi dapat apa? Hanyalah selain harga barangan naik dan subsidi yang dipotong menggila?

Yang lawaknya, bila bawang putih naik harga, ada pak menteri kata jangan makan bawang putih. Bila harga ayam naik atas siling, pak menteri suruh boikot makan dan beli ayam. Semuanya rakyat kena buat sendiri. Pak menteri dan konco-konco rileks goyang kaki.

Tak fahamkah pak menteri semua bahawa itu menunjukkan mereka lari dari tanggungjawab. Jika hanya demikian jalan penyelesaian, tok mudim pun boleh jadi menteri.

Kami di kampong terpencil dan dipondok usang, berzikir diselepas matahari terbenam dan bertahajud sewaktu tengah malam. Keris yang diharapkan sudah tumpul untuk melawan, kami nampak bulan tapi semakin hilang disebalik awan.

Tuan Pemimpin,

Penyatuan bangsa melayu yang kami harapkan, bukannya kami yang mampu melaksanakan. Tuan-tuan yang memegang kuasa mampu merealisasikan. Tak ada bezanya antara tuan-tuan dengan yang disebelah pembangkang. Sama-sama melayu dan sama-sama Islam.

Kami sedar bahawa kuasa dan kedudkan yang tuan-tuan semua gaduh dan rebutkan. Tapi janganlah sampai rakyat serta nasib bangsa di kambing hitamkan.

Apa salahnya Tuan-tuan semua duduk semeja berkerjasama dan berkongsi kuasa yang ada. Demi Islam, Melayu dan Malaysia sepatutnya tuan-tuan memikirkan kepentingan masa depan. Bezanya sekarang, tuan-tuan berkelahi mengalahkan anak kecil berebutkan gula-gula sambil memaksa rakyat berseteru diantara sesama.

Salahkah jika pemimpin bersongkok hitam menjadi Perdana Menteri dan Timbalan, tetapi diwujudkan TPM 1 dan 2 untuk tuan-tuan pemimpin berserban? Salahkah jika Menteri-menteri kanan diisi oleh Tuan-tuan yang bersongkok hitam tetapi pada masa yang sama timbalan diberi kepada tuan pemimpin melayu yang berjubah labuh?

Cubalah berkongsi apa yang ada wahai tuan-tuan pemimpin semua. Demi meneruskan legasi kepimpinan dan penguasaan Islam/Melayu di bumi bertuah ini. Jangan hanya beretorik tentang penyatuan bangsa tetapi maharnya tak sanggup dikeluarkan.

Tuan Pemimpin,

Kami semakin hilang percaya…,
Rakyat juga semakin hilang percaya…,
Generasi muda bertambah tak percaya…

Wahai Tuan Pemimpin, masihkah Tuan-tuan semua belum nampak dan sedar? Masihkah tuan-tuan masih belum mahu bangun ketika keadaan semakin genting?

(Harakahdaily) – Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.


Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

“Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam,” tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.

Kononnya Adun Meru ni nak berbangga dengan kunjungan dia ke kuil hindu tersebut, tetapi dia sebenarnya menyerlahkan kejahilan dirinya sendiri tentang garis panduan didalam Islam.

……Dan mereka yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya….. ( Q25 :72 )

Jadi menghadiri atau menyaksikan perkara yang mungkar bukanlah merupakan sifat orang-orang yang beriman, sementara di tempat-tempat ibadat agama lain itu terdapat berbagai macam kemungkaran.

Kalaulah tidak ada kemungkaran lain selain bahawa itu adalah tempat kesyirikan, maka itu sepatutnya sudah cukup untuk menghalangi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk mengunjungi tempat tersebut.

Jadi, apakah wajar Adun Meru Md Rani ini menghadiri serta menyaksikan penganut agama hindu tersebut beribadat?

Umar ra berkata: “Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka” (Al-Adab Asy-Syar’iyyah 3/442).

Kalau masa hari perayaan kafir pun umat Islam dilarang masuk kedalam rumah ibadat mereka, apatah lagi kalau menyertai mereka ketika mereka sedang melakukan upacara ibadat.

Janganlah hanya kerana hendak mencari nama didalam fahaman politik yang dianuti, semuanya diredah serupa hingga membelakangkan apa yang ditegah dan di peringatkan didalam Islam.

Adun Meru ini sepatutnya tak menjadikan alasan dakwah sebagai topeng untuk meraih sokongan politik dari pihak kafir.

Nampaknya, MP Serdang, Teo Nie Ching telah menuruti jejak langkah Eli Lenjan dengan berjumpa Wali Selipar PAS untuk mendapat “pengampunan” di atas kesalahannya bertazkirah didalam Surau Al Huda, Selangor.

Perjumpaan tersebut dikhabarkan berlangsung di Surau Al Muhajjirin selepas waktu Majlis Berbuka Puasa Perdana yang dihadiri oleh MP kafir DAP ini.

Selepas mendapat pengampunan dan juga kebenaran dari Nik Aziz, dijangkakan kafir DAP Serdang ini termasuklah juga kafir-kafir DAP yang lain yang akan lebih giat lagi untuk mencemarkan institusi ibadat umat Islam di seluruh Tanah Melayu ini.

Mereka pastinya akan secara berleluasa berkeliaran di seluruh surau serta masjid untuk menagih undi dari umat Islam yang terpengaruh dengan dakyah serta ajaran kurafat PAS.

Dan kafir-kafir ini juga selepas ini akan menggunakan mimbar serta saf pertama tempat beribadat orang Islam sebagai ruang mereka untuk menyampaikan segala ucapan berunsur politik kepartian mereka.

Tiada lagi halangan buat semua kafir DAP kerana niat mereka telah dimakbulkan oleh wali agung PAS Nik Aziz. Wali PAS ini juga telah menganugerahkan “lesen besar” buat para kafir harbi DAP berbuat sesuka hati dengan rumah Allah di Tanah Melayu ini.

Inilah PAS yang terkenal dengan kejahilan mereka tetapi berselindung di sebalik serban dan jubah labuh. Inilah juga sifat sebenar Nik Aziz yang beriman tetapi tidak bertaqwa seperti yang dikatakan oleh Datuk Ibrahim Ali PERKASA.

Imej Islam nampaknya semakin kusam akibat permainan politik sempit Menteri Besar Tua nyanyuk ini. Segala yang dilakukan oleh Nik Aziz hanyalah berdasarkan kepentingan politik mereka semata-mata.

Sepatutnya dia sebagai seorang Islam, Nik Aziz bertanggung jawab mempertahankan kesucian rumah Allah dari dicemari permainan kotor politik terutamanya dari pihak kafir seperti DAP, bukannya menggalakkan kafir tersebut mempergunakan masjid serta surau hanya kerana mereka itu sahabat politiknya.

Khalifah bagi seluruh pengikut PAS Lim Guan Eng telah mula bersuara didalam isu MP Serdang Teo Nie Ching bertazkirah di Surau Al Huda Selangor.

Ketua Menteri berlidah biawak dari P.Pinang ini serta merta menuduh UMNO dan Barisan Nasional telah mempolitikkan isu kafir bertazkirah dalam rumah ibadat orang islam ini untuk kepentingan sempit.

Lim Guan Eng juga berkata bahawa dia mendapat ulasan dari “ulamak-ulamak” yang mengatakan perbuatan MP Serdang ini berceramah sambil berkebaya ketat dan tak bertudung di Surau Al Huda, adalah perkara biasa.

Entah “ulamak” mana agaknya yang bercakap sedemikian kepada Pastor kristian Lim Guan Eng ini? Ini mesti kerja-kerja ulaRmak-ulaRmak PAS seperti Abg Zack yang memang memuja Pastor Kristian ini hingga sanggup berdoa untuknya didalam khutbah Jumaat.

Dalam kenyataannya juga, Lim Guan Eng menyifatkan MP Serdang Teo Nie Ching berpakaian elok dan sopan. Baginya, hanya UMNO dan BN sahaja yang mahu membesar-besarkan isu aurat.

Lebih menarik lagi, Ketua Menteri bertaraf PEMBOHONG tegar ini mempersoalkan pula mengapa media tak mempertikaikan isteri Ahli Parlimen yang berpakaian lebih “menonjol (Isteri baru Bung Mokhtar agaknya).

Apa-apapun, yang pasti selepas ini akan bertepuk soraklah semua totok PAS apabila mendengar kenyataan Khalifah pujaan mereka ini. Makin bertambah sayang dan semakin teballah rasa cinta mereka kepada kafir berkulup ini yang mereka angkat sebagai setaraf dengan Umar Abdul Aziz r.a.

Apa yang Lim Guan Eng katakan ini akan ditelan bulat-bulat oleh seluruh totok PAS tanpa mengira samaada ia benar ataupun tidak. Lim Guan Eng seumpama hero hindustan bagi mereka. Lim Guan Eng juga adalah “maksum” dimata semua totok PAS.

Jangan hairan jika satu hari nanti, ada penganut ajaran PAS yang sanggup curi selipar jamban Lim Guan Eng untuk diambil berkatnya. Maklumlah, totok PAS sudah sinonim dengan ketaksuban melampau mereka.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — PAS mengkaji tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan pihak-pihak terbabit termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu kontroversi kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata laporan akhbar arus perdana itu yang mengatakan Teo memberikan bantuan kepada ahli PAS di surau tersebut adalah satu penipuan dan fitnah yang sengaja diperbesarkan. – MalaysianInsider

Mahpus Bean telah puas agaknya memegang watak menjadi pelawak. Sebab itulah dia kini mahu menjadi hero pula bagi episod sinetron PAS yang kini sedang hangat di pasaran berjudul “DAPig…, mimbarku mimbarmu jua..”.

Dalam sinetron terbaru ini, Mahpus yang diberi tanggungjawab sebagai hero untuk membela seorang perempuan kafir yang berkebaya ketat pendek serta tak bertudung berceramah disebelah mimbar surau. Personaliti Mahpus yang ala-ala bangang itu amat sesuai sekali dengan watak hero cap ayam dalam episod terbitan Tok Guru Production kali ini.

Perempuan kafir tersebut yang juga merupakan ahli politik dari parti komunis telah menimbulkan kemarahan masyarakat sekitar akibat kebebalan Jawatankuasa Surau tempat dia berceramah. Malah, Sultan pun murka juga dengan keletah perempuan kafir ini.

Apabila keadaan menjadi semakin tak terkawal, ketika inilah muncul Mahpus yang mengugut untuk menyaman semua pihak yang marah kepada perempuan kafir tersebut. Dengan gaya poyo dan juga skemanya, lakonan mantop Mahpus pasti membolehkan dia bakal meraih anugerah pelakon lelaki terbangang pada tahun ini.

Cuma agak menghampakan kerana Mahpus Bean telah terlupa untuk menyenaraikan nama Sultan sekali didalam list samannya. Bukankah Sultan juga telah murka kepada perempuan kafir yang menjadi pujaan hati Mahpus Bean tersebut? Ini merupakan anti klimaks dari Mahpus Bean.

Namun yang pasti, Mahpus Bean telah membuktikan dirinya adalah seorang yang amat versatile kerana mampu membawakan apa sahaja watak yang diberikan padanya. Sebut saja apa watak yang Mahpus tak pernah bawa.., pencacai? barua? kaki ampu? kaki jilat? pak lawak? orang gila? pak angguk? hang kebun? Semuanya Mahpus pernah lakonkan dengan begitu bersahaja sekali.

Kini cubaan Mahpus Bean untuk menjadi hero pula bakal menggerunkan semua hero-hero tua didalam dunia perfileman negara. Selepas ini, sebut saja nama Mahpus Bean, pasti berdiri bulu ketiak Rosyiam Nur, Azhari Suleyman, Jalaldin Husin dan beberapa hero tua lagi.

Semuanya terkesima dengan kehebatan lakonan Mahpus yang bertaraf bodoh melantun-lantun berkategori 18XXX nya. Bukan semua boleh jadi melantun-lantun macam Mahpus Bean tauu…. Bakat semula jadi tuuuu….

kehkehkehh…