Archive for October, 2010

Ada jugak rupanya hamba Allah di bumi Kelantan ni yang tak suka “perkahwinan” diantara DAP dan PAS. Tambah-tambah pulak ianya adalah bekas pemimpin PAS Kelantan.

Tahniah kepada Ustaz Nor Idris yang begitu berani menyatakan pendiriannya dihadapan Nik Aziz.

Ternyata Nik Aziz hanya maksum dikalangan ahli PAS sahaja, tetapi tidak kepada mereka-mereka yang telah “bertaubat” dari menjadi pengikut PAS.

Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. – Hrk.

Kalau mengikut kata Presiden “budak-budak” GAMIS didalam media cetak, kedatangan mereka ke PRK Galas bukanlah mewakili atau berkempen untuk mana-mana parti politik sebaliknya cuma ingin berasa pengalaman terlibat dalam politik.

Tapi, mengapa pulak budak-budak Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia berkempen dan mengedarkan risalah bersama-sama dengan Muslimat PAS?

Saya juga difahamkan, budak-budak GAMIS ini telah ditempatkan bersama-sama petugas-petugas PAS dan berkempen menyebarkan risalah dibawah naungan Bridged Muslimat PAS.

Kalau bukan datang untuk berkempen atau berpolitik bagi PAS, atas alasan apakah GAMIS datang menyibuk di PRK Galas ini? Nak merasa pengalaman berpolitik? Bukankah mahasiswa dilarang untuk menyertai sebarang kempen politik?

Presiden GAMIS juga cuba berlagak pandai kononnya mahu menerangkan kepada masyarakat Galas tentang Budget 2011 yang baru dibentangkan. Siapakah GAMIS untuk menerangkan tentang Budget tersebut? Adakah mereka diberikan tauliah untuk menjadi ejen penerangan daripada kerajaan?

Semua alasan-alasan yang diberikan oleh Presiden GAMIS ini adalah amat dangkal dan tak langsung mencerminkan minda intelektual seorang mahasiswa. Pemikiran Presiden GAMIS ini hanyalah bertaraf budak tadika sahaja. Inilah akibatnya jika seseorang itu telah terkena “nasi kangkang” PAS.

Nasihat saya kepada budak-budak GAMIS ini, belajarlah dulu sampai habis sebelum nak menceburi bidang politik negara. Sedarlah bahawa awak semua tu masih lagi ditanggung oleh duit ibu bapa untuk belajar. Diri sendiri belum “aqil baligh” lagi tapi dah tak sabar-sabar nak berpolitik.

Tak payahlah “menggatal” kononnya nak merasai pengalaman berpolitik. Tunaikan lah dulu kewajipan sebagai seorang pelajar. Jangan bazirkan duit biasiswa yang disediakan oleh kerajaan hanya semata-mata untuk menjadi alat kepada politik gampang parti yang bertopengkan islam seperti PAS.

Apakah budak-budak GAMIS ini semua sanggup membiarkan minda mereka “diliwat” secara rakus oleh parti cap bulan ini hanya semata-mata kerana mahu merasai pengalaman berpolitik?

Jangan memalukan ibu bapa anda semua dengan menjawab “ya” kepada soalan-soalan tersebut!

4 orang pelajar dari kumpulan ‘Jentera Mahasiswa PRK Galas’ ditahan oleh polis selepas membuat satu sidang media di Gua Musang. Kumpulan 200 orang pelajar telah tiba di Gua Musang dan bertindak sebagai pemerhati dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Menurut Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan, kedatangan mereka bukanlah mewakili atau berkempen untuk mana-mana parti politik sebaliknya cuma ingin berasa pengalaman terlibat dalam politik. Pada masa yang sama, Syazwan juga berkata, mereka datang untuk menerangkan kepada rakyat sejauh mana mereka memahami tentang Bajet 2011 serta imbuhan yang bakal mereka perolehi daripada bajet berkenaan.

“Rakyat juga perlu tahu tentang Menara Warisan Merdeka… apa yang rakyat dapat, jadi kami bertindak sebagai agen semak dan timbang,” katanya. (mStar Online)

Semasa berlangsungnya beberapa PRK yang lalu, kebanyakan blog pro-PR menghentam UMNO/BN apabila parti itu dikatakan membayar pengundi untuk mengundi parti itu. Kali ini PAS pula secara terang menyatakan bahawa parti itu akan membayar kos balik kampung pengundi luar sehingga RM250.

Menurut berita yang dilaporkan, ada kira-kira 1557 orang pengundi Galas diluar Kelantan. Jika BN sebelum ini dituduh membeli undi, PAS pula kini cuba melakukan hal yang sama di DUN N45 ini.

Apabila PAS berjanji untuk membayar sejumlah wang untuk kemudahan pengundi luar, maka hal ini sudah mewujudkan rasuah kepada pengundi yang bakal menerima wang tersebut.

Walaupun PAS tak mengakui mereka memberi rasuah, tetapi rasuah tetap juga rasuah walau bagaimanapun ia ditafsir dan juga dilabelkan.

PAS nampaknya semakin terdesak untuk mempertahankan DUN Galas ini sehingga sangup melakukan apa saja bagi memperolehi kemenangan. Ugutan, penipuan, fitnah dan juga yang terbaru rasuah, semakin berleluasa didalam kempen PAS di Galas.

Cara terdesak ini adalah bukti menunjukkan bahawa PAS semakin hilang keyakinan untuk memenangi undi masyarakat disini. Sebab itulah kempen terdesak begini dilakukan sebagai langkah terakhir mereka.

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah. Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

“Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

“Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus,” katanya. Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka,” katanya dalam satu sidang media hari ini. – MalaysiaKini

Satu Program Gotong Royong bersama pemimpin UMNO/BN bagi membersihkan masjid telah diadakan bertempat di Masjid Razaleigh, Bandar Lama pada tengah hari tadi. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Razali Ibrahim bersama para sukarelawan BN telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Ramai kariah Masjid tersebut turut bersama-sama dengan pemimpin UMNO/BN tersebut didalam gotong royong yang diadakan ini.

YB Razali juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat serta menikmat jamuan petang yang disediakan setelah selesai Majlis Gotong Royong tersebut.


p/s: Tahniah YB Razali kerana sanggup turun padang bersama masyarakat di DUN Galas.

Pagi tadi, bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1, Gua Musang Kelantan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Razali Ibrahim bersama-sama calon UMNO/BN di Galas iaitu Abdul Aziz Yusoff, telah meraikan lebih 1000 penyokong bolasepak Kelantan yang akan bertolak ke Stadium Bukit Jalil.

Lebih 17 buah bas disediakan bagi penyokong pasukan tersebut yang tak mempunyai kenderaan sendiri.

Perjalanan secara konvoi tersebut diiringi juga oleh lebih 50 buah kenderaan persendirian dan juga van-van yang disewa khas untuk penyokong-penyokong bolasepak Kelantan.