Archive for November, 2010

Gambar ehsan M’siaKini

Ada khabar mengatakan bahawa minyak petrol jenis RON97 akan mengalami kenaikan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini. Walaupun begitu, tiada kenaikan untuk petrol jenis RON95.

Nasib baik saya merupakan “pengguna tegar” RON95, kalau tak susah juga untuk menampung kos bahanapi tersebut.

Didalam pengetahuan saya, hanya “orang kaya” dan berkereta mewah sahaja yang akan menggunakan petrol jenis RON97. Ada rakan yang memiliki kereta mewah memberitahu, RON95 tak sesuai untuk keretanya. Semput-semput kalau pakai petrol jenis ni.

Jadi, bagi pemilik-pemilik kereta “tak mewah” seperti saya ni, memadailah hanya petrol jenis RON95. Lagipun, kereta buruk saya pun hanya mampu memecut tak sampai pun 90km/jam jika di lebuhraya. Tak perlulah membazirkan wang untuk pakai petrol berprestasi tinggi.

Tapi, kenaikan harga RON97 ini mesti akan dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Blog-blog Pakatan dah pun mula mainkan isu ni. Biasalah.., dah nama pun pembangkang didalam negara, mestilah kerjanya membangkang saja.

Macam mana pun, tak ada sebab untuk menyalahkan pihak kerajaan sepenuhnya dalam hal kenaikan minyak ni. Kita diberikan alternatif untuk memilih diantara RON95 dan juga RON97. Samalah macam perjalanan melalui lebuhraya ataupun nak ikut jalan persekutuan.

Nak lebih selesa dan lebih senang, pakailah yang mahal. Tapi kalau tak mampu, gunalah yang lebih murah bagi menampung keperluan kita.Tiada paksaan pun.., asalkan matlamat penggunaan tercapai, itupun sudah cukup dan patut kita syukuri.

Kalau nak ikutkan cakap-cakap puak pembangkang, semuanya salah dan tak betul. Seolah-olah hanya mereka saja yang paling adil dan telus dalam negara ni.

Terlampau melalut sangat pemimpin-pemimpin pembangkang sampaikan adakalanya, dah nampak macam mereka tak tahu nak bersyukur pula…


p/s: politik hanya ideologi…tak perlulah taksub sangat.
Advertisements

Sebelum ini, cadangan mewujudkan Hub Hiburan Malam oleh kerajaan Barisan Nasional dibantah habis-habisan oleh pengikut-pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS. Mereka beralasan bahawa hiburan malam akan menambahkan maksiat didalam negara dan juga meningkatkan gejala sosial dikalangan generasi muda.

Yang paling lantang menghentam pihak kerajaan tentunya kerajaan Khalifah Lim di P.Pinang. Sebab itulah kebanyakan pengikut PAS amat menyanjungi Lim GE yang dikatakan memerintah negeri seperti Khalifah Agung Islam, Umar Al-Khattab r.a.

Tapi tahukah anda bahawa Lim Guan Eng hanya pandai berlakon bagi menipu umat Islam di negara ini dengan imej Khalifah Umar nya. Tahun lepas sahaja sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang.

Realitinya, dibawah pentadbiran Lim Guan Eng kini, P.Pinang sudah menjadi setanding dengan Thailand didalam bab hiburan malamnya. Tak percaya?? Lihatlah sendiri video dibawah yang dirakamkan di Mois Bristro P.Pinang.

http://www.youtube.com/v/NVTo6KuEDnk?fs=1&hl=en_US&color1=0xcc2550&color2=0xe87a9f


p/s: Mana exco agama Malik Kassim, Salleh Man dan juga Mujahid Rawa…Tolong komen sikit….

Selepas Nik Aziz diangkat dan dipuja laksana wali hidup dan juga karamah agung oleh para pengikut PAS, kini giliran Anwar Ibrahim pula menerima penganugerahan darjat yang sama dikalangan pengikut PKR.

Kata-kata Wan Azizah yang mendakwa bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai kepada rakyat Malaysia, turut diSAHkan oleh Nik Aziz yang menjawat jawatan Mursyidul AM PAS yang tarafnya sama seperti jawatan Ketua Umum didalam PKR.

Malah, Nik Aziz juga turut menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang kental menghadapi semua cabaran didalam menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.

Selepas ini, ramailah dikalangan pengikut PAS yang akan lebih taksub kepada Anwar Ibrahim dengan kenyataan pengesahan dari “Tok Guru” mereka ini. Ingat lagi bagaimana Guan Eng “dimahsyurkan” dengan gelaran Khalifah? Itu adalah jasa Nik Aziz kepada DAP yang tak mampu dibayangkan oleh seantero umat Islam di Tanah Melayu ini.

Mana pernah ada seorang kafir yang tak berminat kepada Islam dan juga langsung tak menunjukkan kecenderungan kepada Islam diangkat martabatnya setaraf dengan sahabat Nabi iaitu Umar Al Khattab r.a? Tapi itulah yang dilakukan oleh Nik Aziz serta gerombolan PAS di negara ini.

Dan kini giliran Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan hubungan sonsang sesama lelaki di mahkamah, dan juga pakar nombor wahid penjualan janji-janji kosong kepada rakyat, diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan kepada rakyat oleh Nik Aziz. Tak ke pelik semua benda ini?

Kalau Wan Azizah nak puji suaminya sendiri sebagai apa sekalipun, itu kita boleh faham kerana mungkin Wan Azizah mahu menjadi seorang isteri yang baik kepada Anwar. Tetapi apabila Nik Aziz mengesahkan pujian “Anugerah Tuhan” ini kepada Anwar.., apa yang Nik Aziz maksudkan sebenarnya?

Apakah Nik Aziz mahu sekali lagi menyelewengkan pemikiran umat Islam di Malaysia dengan memaksa mereka menerima Anwar Ibrahim sebagai insan pilihan Tuhan yang wajar dijadikan pemimpin negara Malaysia? Apakah Nik Aziz mahu umat Islam di Malaysia mengamalkan “pendewaan” sesama manusia pula?

Nik Aziz ternyata amat suka kepada hal-hal yang mengarut sebegini. Inikah yang dikatakan oleh pengikut PAS sebagai Tok Guru yang mempunyai ciri-ciri ulamak pewaris nabi?

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau. – Harakah.

p/s: Semua manusia adalah anugerah tuhan di muka bumi ni…bukan anwar sorang saja…

Lori Harakah hilang dicuri APCO?

Posted: 28 November 2010 in PAS

Saya baru mendapat berita yang amat mengejutkan. Sebuah lori syarikat percetakan yang menghantar akhbar Harakah edisi Isnin didapati hilang selepas selesai menurunkan akhbar Harakah pagi tadi kira-kira jam 7.oo pagi.

Apakah ini satu sabotaj dari pihak yang dengkikan “populariti” akhbar tersebut? Harakah kini semakin menonjol dan memang menjadi sumber berita “tepat & telus” rakyat Malaysia (mengikut kata pengikut PAS).

Jika benar terdapat unsur-unsur sabotaj, ia semua mesti ada kaitan dengan APCO ataupun CIA serta Mossad yang diupah bagi melumpuhkan operasi penyebaran Harakah.

Pemandu lori akhbar tersebut menyatakan, selepas selesai menurunkan semua akhbar Harakah di pejabat Harakah, Jalan Pahang jam 4 pagi.., beliau bersama kelindannya berehat dan tertidur dalam pejabat Harakah. Bila keluar jam 7 pagi, lori tersebut telah hilang yang diparking di hadapan pejabat Harakah.

Dipercayai, ini satu lagi usaha terdesak pihak-pihak yang berkenaan bagi memadamkan pengaruh hebat akhbar Harakah ini dikalangan rakyat. Ini juga merupakan satu cubaan bagi menghalang pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin “memuncak” ketika ini.

Lori tersebut nombor pendaftarannya ialah WQM 5313 , model Hicom Perkasa 4.3 (kepala merah)Kepada sesiapa yang menjumpai lori tersebut sila hubungi saudara Hasan no tel 013-2263329, saudara Khairul 019-3087498.

Laporan polis telah dibuat di balai polis Putra berdekatan Pekeliling.

*Kredit kepada MisaiMerah.

p/s: Kepada pihak APCO yang curik lori Harakah ni…tolong lah pulangkan balik…nanti tak pasal2 semua pengikut PAS kena baca Utusan…

Memang syahdu.., cukup menyayat hati…, mungkin itulah perasaan pengikut PAS ini ketika menghasilkan sajak buat idolanya iaitu Khalifah Lim Guan Eng.

Malah lebih syahdu lagi apabila Lim Guan Eng disamakannya pula dengan Obama Presiden Amerika. Mesti Lim Guan Eng akan meleleh air hingus akibat terlampau sebak apabila begini hebatnya penghargaan yang diberikan oleh pangikut tegar PAS Ini.

Apa hebatnya Lim Guan Eng yang berfahaman DAP ini dimata pengikut PAS? Apa yang dibuat oleh Khalifah kafir ini sehingga Zakaria sanggup berdoa untuknya?

Di mata saya, hebat Guan Eng cuma satu yang menjadi kebanggaan PAS, iaitu menentang UMNO dan pemimpin-pemimpin melayu/Islam negara. Inilah yang amat disanjung oleh pengikut PAS sekalian.

Bak kata Nik Aziz, Syaitan yang dilaknat pun sanggup dijadikan kawan jika menentang UMNO. Inilah yang menjadi pegangan mereka selama ini.

Mungkin selepas ini, jika binatang babi mampu menunjukkan kebenciannya terhadap UMNO, ia pastinya akan disamak untuk “dihalalkan” malah mungkin dijadikan maskot bagi puak-puak PAS!

Lim Guan Eng Ketua Menteri
Obama Presiden

Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Obama di Amerika

Mereka orang nombor satu
Nombor satu di negeri
Nombor satu di negara

Zakaria doakan Lim Guan Eng
Sarah Omar doakan Obama

Siapa pun Lim Guan Eng
Siapa pun Obama
Siapa pun Zakaria
Siapa pun Sarah

Pendengar doa mereka
Adalah
ALLAH YANG MAHA ESA

Ya Allah…
Doa kami bersama doa mereka
p/s: Sayang sungguh puak-puak karat hijau ni kat Guan Eng..