>Tok Nan ambil kesempatan di Pekan Kerdau….

Posted: 2 March 2011 in UMNO

>

Dah masuk hari keempat berkempen di PRK Kerdau ni, baru semalam gua berkesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Kat sini, Menteri Besar Pahang ni lebih mesra dengan panggilan Tok Nan. Mana-mana tempat yang gua pergi, dorang akan sebut MB Tok Nan.

Tapi gua betul-betul tak sangka lahh.., Tok Nan ni muka memang nampak ganas.., pasal dulu Tok Nan ni bekas warden asrama…, tapi hati baikkk baii..

Gua tengok sendiri cara Tok Nan ni bergaul dengan masyarakat masa gua ikut dia ber”walkabout” di Pekan Kerdau bersama penduduk disitu.

Memang rakyat Pahang ni respek habis kat Tok Nan pasal keprihatinannya pada masalah rakyat.

Jadi, kalau puak-puak pembangkang kata Tok Nan gengster dan zalim pada rakyat Pahang.., memang dorang tu telah melakukan bidaah yang paling keji sekali.

Tak ada pun gua tengok penduduk yang tak suka bila rumah dia dikunjungi oleh Tok Nan masa program walkabout di Pekan Kerdau ni.. So macam mana puak pembangkang kata rakyat Pahang marah pada Tok Nan?

Calon UMNO/BN pun ikut sekali masa program Tok Nan mengunjungi masyarakat Pekan Kerdau. Apa yang gua nampak, calon ni pun lebih kurang macam Tok Nan jugak peelnya.

Mesra tak tentu arah sampaikan dengan budak kecik pun nak dibuatnya kawan…Hahahahaha…

Kesimpulannya yang gua nampak, patutlah PAS susah nak bertapak di negeri Pahang ni.., rupanya macam ni perangai MB dan juga pemimpin UMNO negeri…

Dengan ini, gua isytiharkan bahawa memang Tok Nan ni suka ambil kesempatan.., tapi ambil kesempatan untuk bantu rakyat lahhh… Bukan macam PAS yang suka ambil kesempatan menyusahkan rakyat dengan janji kosong..

So, lepas ni gua akan ikut lagi program bersama Tok Nan yang mesra rakyat ni. Nanti gua akan uploadkan gambar program Tok Nan yang gua ikut untuk dikongsikan bersama korang semua. Korang tunggu je lah yee…

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    >JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya. • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK. • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH. • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan. • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka. • Mereka juga tidak segan – silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH. • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s