>Pemimpin langgar syariat Allah perlu ditukar – Nik Aziz

Posted: 20 April 2011 in Nik Aziz

>

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.

Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.


Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H

p/s: Pemimpin hanya perlu ditukar kalau langgar syariat Allah??? Anwar tu macam mana?

Pembohong, penipu, mungkir janji, dituduh meliwat dan terbabit kes skandal main pelacur…., tu semua bukan langgar syariat ALLAH ke?

So bila Nik Aziz nak suruh Anwar ditukar? Hehehehe….

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    >Wahai saudara/Saudari ku,Benarkah:UMNO- pelopor dan penyebar budaya KORUP/RASUAH, FITNAH, LUCAH, TAHYUL, GANAS? UMNO- pendokong POLITIK ASSOBIYYAH, POLITIK WANG dan SALAHGUNA KUASA?UMNO- mabuk KUASA, tamak HARTA dan gila WANITA? UMNO- perosak dan pengkhianat Agama, Bangsa & Negara?Layakkah lagi:UMNO memimpin Umat Islam & rakyat Malaysia?UMNO diberi mandat ketuai Negara demokrasi & bertamadun?Seluruh rakyat yang waras, adil dan insaniah… perlu muhasabah kecurangan dan kejalangan perjuangan UMNO kini dan usah diundi kepada pemimpin mereka yang DURJANA ini!Hayati sumpahan keramat Dato’ Laksamana Hang Jebat & Dato’ Laksamana Bentan: “RAJA ADIL, DISEMBAH. RAJA ZALIM, DISANGGAH”“Tanpa UMNO, bersama PAS & rakan2 – Islam Syumul, Malaysia Sejahtera”

  2. anselmo says:

    >Mana perginya Negara Islam, Hudud dan Qisas, Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong? Mana janji membina negara Islam? Mana janji tegakkan hudud dan qisas bila dapat kuasa? Wahai penyokong PAS dan syaitan bisu dalam PAS, ini janji yg diluahkan kepada saya ditahun 1982-1990. Ini janji Nik Aziz, Hadi, Ibrahim Libya, Fadil Nor kepada Allah. Bila dapat kuasa kamu PAS menjadi syaitan berjubah. Maka jadilah PAS anjing kepada Cina/DAP yg terang2 memusuhi Islam.

  3. Pak Tam says:

    >Tanpa Nama yg bahlul dan tolol. Buka mata awak besar2, koyak telinga awak luas2. Awak masih mangkok ayun sedangkan orang lain dah berubah!

  4. Anonymous says:

    >pada nik ajis, hanya org UMNO jer yg langgar syariat ALLAH S.W.T..kalau dari juak PR buat lah apa pun tak langgar syariat punya.. sbb tu lah nik ajis ni dipanggil ayah ajis.. sbb dia dah setaraf ayah pin.

  5. >Wahai2 puak2 khawarij Pas yang menentang pemimpin Islam…mahukah anda menjadi anjing neraka di akhirat? dan menjadi anjing Dajjal di dunia?Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: \"Orang-orang Khawarij adalah anjing-anjing neraka.\"- sunn ibn majah 169

  6. >Wahai2 puak2 khawarij Pas yang menentang pemimpin Islam…mahukah anda menjadi anjing neraka di akhirat? dan menjadi anjing Dajjal di dunia?Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: \"Orang-orang Khawarij adalah anjing-anjing neraka.\"- sunn ibn majah 169

  7. Yb Raz says:

    >ehhh kali ni aku sokong Tok Nik..tapi bukan saja pakcik nuar WAJIB ditukar, Tok Nik sendiri pun WAJIB ditukar kerana melanggar syariat Allah iaitu umat islam harus bersaudara, bukannya berpecahbelah.Enough Is Enough. Jom Tukar Tok Nik

  8. anti bohmau says:

    >right on the spot, yb raz!!! i'm with you!

  9. nonbal says:

    >Tanpa nama mangkok hayun tu kata, 'benarkah' ini bermaksud dia dapat ststement tu dari harakah, yang dah tentu fitnah dan pembohongan. Dia pun tak pasti. Tapi kebebalannya memang ketara. Tanpa UMNO, PAS dan rakan2 iaitu DAP akan laksana hukum hudud didalam mimpi. Jawablah pemimpin dan penyokong PAS diakhirat nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s