>HANGIT!! KITOL kena hentam dengan anak Che Det..

Posted: 9 May 2011 in UMNO

>

Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.

“Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.

Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan…tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara.

“Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban. DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara,” tegas beliau.

p/s: Dalam maksud ucapan anak CheDet tu… Lepas ni KJ kenalah buat kerja untuk mantapkan Pemuda UMNO. Dulu Pemuda UMNO terkenal dengan kepala-kepala perang dorang.., tapi sejak KJ pegang, Pemuda UMNO dah macam hilang tenaga batin..

Yang gua nampak berani sikit sekarang ni, cuma Ketua Pemuda Penang si Shaik tu.. Tengok macam mana dia lawan Guan Eng hari ni di Bagan.. Semua KP UMNO patut contohi dia ni…

Pemuda UMNO mesti berani berubah untuk hentam pembangkang.. Kalau tak berubah jugak, eloklah KJ tukar je uniform Pemuda jadi kaler pink.. Barulah sesuai exco-exco Pemuda tu nak mengeram telor masing-masing…

2nd p/s: Sikit masa lagi, gua akan dedahkan bukti DAP memang tengah giat menyebarkan fahaman kristian tanpa disedari oleh kebanyakan pengikut serta penyokong PAKATAN.. Ini termasuklah kepada pengikut PAS. Gua akan sertakan bukti yang gua dapat masa di PRN Sarawak.. InsyaAllah..

Advertisements
Comments
  1. Anonymous says:

    >pemuda UMNO telah memilih ketua yg salah dalam memimpin mereka… saya tidak melihat KJ mempunyai karisma sebaai pemimpin tulen. kalau ketua pemuda sendiri takut bersuara, apatah lagi org bawahan? ini dah terbalik org bawahan pulak lagi berani menunjukkan kejantanan… abis ketuanya mcm mana? STOP BEING SO METROSEKSUAL LA KJ… kalau takat terjun dari kapaltobang tu dah rasa anak jantan… nenek tua pun boleh buat ler…

  2. Anonymous says:

    >salam,kj ni spesis tak sedaq diri. dia rasa dia baguih sgt kot. keja cari glamour ja. musibat.aku pun dulu jenuh masuk routu,masuk wataniah, tak peghak pun. berapa ramai pemimpin melayu terjun kapaiterbang .. tak poyo pun. takat pegang senapang tembak lapang sasar toksah dok peghak.mangkok. pejuang dulu masuk hutan tembak komunis, tembak musuh bejuang mati2an tak poyo pun.ada yg sampai cacat putuih kaki tangan tak mintakpun jawatan dlm kabinet. dia ni mau hantaq pi sempadan siam-myanmar dok tengah2 askar depa dok perang tu baguih. dak kalu hantaq pi hutan amazon bagi bercampoq dgn monyet.siye punya berok.terima kasih. puas hati aku.

  3. Anonymous says:

    >betul apa yang diluahkan oleh mukriz tu….KJ bangkitlah…atau berdepan dengan protes rakyat agar undur diri dari ketua pemuda!!!

  4. hangkedee says:

    >Pak mertua pun orang meluat dan benci tak kan tak faham lagi melaun..oiii

  5. Anonymous says:

    >Dulu Pemuda melahirkan Singa & Harimau. Sekarang Pemuda melahirkan ayam-ayam untuk sembelihan…

  6. Anonymous says:

    >mukhriz apa pula dibuat?

  7. jebola says:

    >Kitolol betol la pemuda sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!dah2 la..berenti la…dok rumah tgk tv 3D cukup la……..duit dah banyak..tak cukupo lagi……layari http://iklanekamalaysia.blogspot.com/untuk gambar vi wikileaksosama terkini dan my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s