Archive for the ‘`’ Category

Risalah yg dibakar oleh pengikut PAS Pasir Mas.

Pada petang tadi, berlaku sedikit kekecohan di Rumah Selangor yang terletak di Lepan Jaya Gua Musang. Ianya berpunca dari sebilangan pengikut-pengikut PAS yang bertindak membakar risalah-risalah UMNO/BN yang disifatkan oleh mereka sebagai menghasut.

Pihak UMNO Selangor yang berada di tempat kejadian, sempat merakamkan insiden membakar flyers tersebut. Saya dikhabarkan, hampir tercetus pergaduhan kecil akibat dari provokasi yang dilakukan oleh para pengikut PAS disitu.

Mujurlah pihak Polis datang awal ke tempat kejadian bagi meredakan keadaan.

Salinan laporan Polis yang dibuat oleh UMNO Selangor

Satu laporan Polis telah dibuat oleh pihak UMNO Selangor terhadap PAS Pasir Mas kerana bertindak membakar risalah BN yang diletakkan di kedai berhampiran.

Bagi saya, perbuatan membakar risalah pihak lawan yang dilakukan oleh PAS ini membuktikan bahawa mereka takut dengan pendedahan tembelang mereka oleh UMNO/BN. Kalau tak salah, mengapa perlu PAS Pasir Mas ini takut dgn flyers tersebut?

Ini juga membuktikan bahawa PAS langsung tak menghormati hak lawan mereka didalam sistem demokrasi pilihanraya. Perbuatan membakar risalah ini juga memberitahu kita bahawa PAS tak mahu rakyat kampung tahu siapa mereka yang sebenar.

Betullah selama ini mereka asyik menipu orang-orang kampung. Sebab itulah mereka takut dengan kebenaran yang dibawa oleh UMNO/BN.

http://www.youtube.com/v/KWDDRq1tJLg?fs=1&hl=en_US&color1=0x006699&color2=0x54abd6

Sumber video dan gambar ehsan Dari – KitaGempur.com

p/s: Gambor tok guru sedang bagi “sodoqahh” ni jangan kita lupa pulak… Ini bukti bahawa MB Kelantan ni memang betul-betul wali…..terompah jamban. Hahahaha…