Archive for the ‘anwaribrahim’ Category

>

Anwar Ibrahim semalam mengingatkan najib jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri Selangor daripada Pakatan.

Anwar cakap macam ni selepas Najib dikatakan mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata.

Najib juga diingatkan agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.

“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas… Perak rampas… Selangor nak rampas… mana boleh macam ini.

Najib jangan bongkak… insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya umum ke-13.

p/s: Still ada hati nak jadi perdana menteri ye Mat Bontot ni.. Hahahahahaha….

Published with Blogger-droid v1.6.8