Archive for the ‘FELDA’ Category

>

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberikan penerangan serta penjelasan berhubung isu Felda Kemahang 3. Sebelum ni, kaldai PAS si Mazlan Aliman bukan main menjaja isu ni yang kononnya Felda mengabaikan para peneroka di kawasan tersebut.

Ini bukti yang jelas bahawa Mazlan ni kerjanya asyik memfitnah dan juga mahu memburukkan Felda yang banyak membantu ekonomi orang melayu khususnya para peneroka.

Korang kena dengar apa yang Pak Menteri kita ni jelaskan tentang pembohongan Mazlan Aliman dan juak-juak PAS.

Dengan penjelasan dari pak Menteri ni, apa lagi yang Mazlan nak kelentong pula lepas ni? Tak habis-habis puak PAS nak meracun fikiran rakyat. Mereka ni bukannya nak memajukan lagi ekoomi orang melayu, tapi nak pelingkup lagi tu ada laa.

Ada khabar terbaru yang memberitahu bahawa pencacai-pencacai Mazlan melalui ANAK telah menyusup masuk ke Felda di DUN Tenang bagi berkempen awal pada peneroka.

Memang lahabau sungguh pencacai-pencacai PAS ni semua. Depa bukan boleh tengok bangsa melayu maju. Perangai hasad dengki dan juga busuk perut puak-puak ni sama dengan Israel.

Inilah akibatnya kalau suka sangat berkawan dengan komunis kiasu seperti DAP. Akhirnya depa pun berjangkit perangai serupa jugak.

p/s: Kalau betul anak jantan…, Mazlan tawarkan diri jadi calon PAS di Tenang! Kita tengok dia ni kena londeh ataupun tidak disana nanti….

>

Kerajaan telah meluluskan bonus insentif kepada peneroka sebanyak RM100.9 juta bagi menghargai sumabngan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara.

“…Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara…”

Pembayaran Bonus Intensif Produktiviti Peneroka 2010 tersebut akan dibuat di Pejabat Rancangan bermula Januari 2011.

Inilah bukti bahawa FELDA tak mengabaikan kepentingan para peneroka. Dan para peneroka yang kononnya dianiaya seperti yang didakwa oleh Mazlan Aliman, sebenarnya lebih bertuah dari kebanyakan penduduk didalam negara ini.

Peneroka FELDA dijaga bagaikan anak emas oleh pihak kerajaan melalui FELDA. Banyak faedah yang diperuntukkan kepada peneroka yang tak dapat dinikmati oleh orang lain.

Tetapi, inilah yang membuatkan individu seperti Mazlan Aliman ini tak puas hati. Sifat dengkinya membuak-buak apabila melihatkan kejayaan peneroka-peneroka lain dikawasannya sedangkan dia sendiri tak mampu berjaya. Nak berjaya macam mana kalau asyik nak mengata orang tapi malas berkerja.

Mazlan juga anak peneroka dan dia sendiri memangpun peneroka di Felda. Kenapa dia marah sangat kepada pihak FELDA dan kerajaan? Ini disebabkan dia tak mampu senang lenang menerusi FELDA sedangkan para peneroka lain mampu berjaya.

Jadi, dia membuat bising kononnya pihak FELDA mengabaikan peneroka dan juga menindas peserta FELDA. Semuanya hanya disebabkan perangai busuk hatinya dan mahu menutup kelemahan dirinya sendiri yang tak mampu berjaya.

Tambah-tambah pula apabila dia menyertai parti yang penuh hasad dengki seperti PAS. Makin tebal lah irihati si Mazlan ni terhadap kejayaan FELDA memacu ekonomi peneroka. Inilah yang ramai terlepas pandang.

>

Cubaan pembangkang untuk masuk ke Felda adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu. Pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda bagi menghancurkan Felda.

Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) meracuni dan mempengaruhi anak-anak peneroka Felda agar membenci kerajaan melalui ceramah-ceramahnya.

Ini dilihat seolah-olah merendah-rendahkan tahap pemikiran generasi kedua Felda. Apakah Mazlan ingat generasi kedua Felda ini bodoh?

Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini.

Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya. Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Sebaliknya, apa yang Mazlan Aliman dan pembangkang lakukan untuk kebajikan peneroka Felda? Anasir-anasir jahat dari PAS ini hanya tahu mempergunakan para peneroka hanya demi kepentingan politik mereka sahaja.

Peneroka dijadikan tunggangan oleh Mazlan Aliman dan PAS semata-mata untuk menjatuhkan imej kerajaan dan juga memundurkan ekonomi melayu didalam negara.

Jadi, apa faedahnya para peneroka percaya dengan dakyah-dakyah sesat pembangkang ini? Para peneroka perlu berfikir dengan matang. Jangan hanya kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar pula.

>

SAH!!! Memang Mazlan Aliman pengikut setia Parti Ajaran Sesat (PAS) yang sesat lagi menyesatkan. Beliau tidak akan berhenti untuk mempengaruhi peneroka supaya bersama-sama beliau didalam usaha untuk menyesatkan peneroka.

Mazlan kata selama ni FELDA dok telan duit peneroka. Mazlan juga kata FELDA langsung tak jaga kebajikan peneroka dan juga tak menyumbang kepada negara.

Memang wakil PAS sorang ni kaki putaralam. Belajar kat Nuar gamaknya kot? Kalau betul dia belajar kat Nuar, dia juga patut belajar skill “membontot sekali kat pemimpin anugerah tuhan tu.

Untung-untung, boleh nama masuk dalam Wikileaks. Popular seluruh donia nama Mazlan nantii…PAS bolehlah tumpang berbangga.

Fakta tentang sumbangan FELDA kepada peneroka dan negara..

FAKTA 1 : FELDA TELAH MEMBAYAR CUKAI KEPADA
LHDN SEBANYAK RM314.96 JUTA (2004), RM205.99 JUTA
(2005), RM151.94 JUTA (2006), RM186.55 JUTA (2007)
DAN RM443.74 JUTA (2008)

FAKTA 2 : FELDA TELAH MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
SEBANYAK RM5.78 JUTA (2005), RM6.62 JUTA (2006),
RM10.08 JUTA (2007), RM12.77 JUTA (2008) DAN
RM14.92 JUTA (2009)

FAKTA 3 : PENDAPATAN FELDA BUKANLAH DARI PENEROKA
TETAPI DARI 3 SUMBER UTAMA IAITU LADANG TANPA
PENEROKA YG DIURUS SECARA KOMERSIAL, PELABURAN
DAN SUMBER DALAMAN.

FAKTA 4 : FELDA MEMBELANJAKAN UNTUK
PENEROKA SEJUMLAH RM588 JUTA (2007), RM516 JUTA
(2008) DAN RM474 JUTA (2009). INI TIDAK TERMASUK
BELANJA MENGURUS DAN KEMUDAHAN WARGA PENEROKA.

 Macam ni agaknya rupa gelang sakti…

Saya ada terbaca mengenai seorang artis yang membuat kekayaan dengan menjual “gelang sakti”. Harga bagi gelang yang dijualnya ini pun bukannya murah, cecah ribu jugaklah kalau nak dapat satu. Tapi kalau ikut “kesaktian” dan khasiat gelang tu, memang ramai yang akan beli walaupun mahal.

Yang bagusnya, dah sampai tahap jutawan artis ni hanya dengan menjual “gelang sakti” tu saja. Baguslah kalau melayu pun dah boleh jadi jutawan dengan berniaga.

Tapi yang tak berapa seronoknya, ada pulak terdengar kisah artis ni menipu dalam penjualan gelang yang kononnya “sakti” tersebut. Harganya yang sebenar tak sampai pun seratus ringgit tapi dijual berkali ganda hanya dengan “topup” elemen “sakti” didalam pemasarannya. Jadi, yang “sakti” tu cuma tipu jelah, cuma gelang je yang betul.

Dunia ni dah akhir zaman gamaknya. Kalau tak menipu, dah tak sah dalam kehidupan. Ramai sungguh kaki kapur dan kaki putar alam sekarang ni. Dimana-mana saja kita boleh jumpa manusia spesis berukkera macam ni kalau kita tak bernasib baik.

Pada pandangan saya, yang paling banyak penipu dan juga kaki putar alam ialah didalam dunia perniagaan dan juga politik. Dalam bidang lain tu pun ada tetapi “kadang-kadang” saja kita jumpa. Saya sendiri pernah berniaga, dan sekarang lebih berminat didalam menganalisis politik. Mungkin sebab tu saya kata ramai kaki kapur dalam dua bidang ni.

Baik di pihak pemerintah, termasuklah pihak yang gila nak memerintah, bersepah-sepah pakar manipulasi yang hanya cari makan anak bini dengan “kencing atas kepala orang”.Bagi puak-puak ni, dosa pahala ditolak ke tepi, halal haram belakang kira.., yang penting duit masyukkk. Lepas bohong, buat muka toya saja.

Semalam, ketika saya baca blog Flying Kick tulisan sahabat Cucu Tok Wan, saya dapat tahu kisah Pengerusi ANAK, si Mazlan Aliman yang nak buat demonstrasi besar-besaran tahun depan jika pihak pemerintah tak melayan kehendaknya. Bagi saya, inipun macam cerita jual “gelang sakti” juga. Bezanya Mazlan tak jual gelang.., dia cuma jual “air kencing”.

Saya ada saudara yang telah menjadi peneroka FELDA sejak sekian lama di Jengka Pahang. Saya sedia maklum bahawa para peneroka FELDA sudah ada saluran untuk disuarakan masalah dalaman mereka iaitu JKKR yang menggabungkan suara peneroka dan pentadbiran Felda.

Peneroka sendiri mempunyai wakil ke GABUNGAN JKKR dan wakil gabungan pula berada di JKPP (Jawatankuasa Perunding Peneroka) yang sentiasa membincangkan suara akar umbi untuk diambil tindakan oleh pihak Felda dan Kerajaan.

Jadi, apa gunanya lagi ANAK dan Mazlan Aliman? Nampak tak bagaimana NGO seperti ANAK ni digunakan oleh Mazlan Aliman bagi “mengencing” para peneroka untuk karier politiknya?

Inilah yang saya katakan bahawa didalam politik banyak yang kaki kapur dan kaki putar. Salah satunya si Mazlan inilah. Sekarang ni dia paling champion jual kisah peneroka FELDA. Untuk apa? Nak jadi kaya lahh…, apa lagi!  Si Mazlan ni pun nak jadi jutawan macam artis yang jual gelang sakti tu jugak.

p/s: Nama saja wakil dari parti politik Islam, tapi dimana Islamnya pun tak tahulah.