Archive for the ‘MPP’ Category

Kalau PAS dan PKR selalu membuat kutipan derma dan juga kutipan dana untuk pemimpin serta perjalanan politik mereka, apa salahnya blogger MPP pun buat kutipan derma juga bagi menampung bil broadband dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kalau PAS dan PKR selalu kata kutipan derma dari penyokong dan ahli yang dibuat mereka adalah ‘jihad’, apa salahnya MPP juga melakukan ‘jihad’ yang sama dengan meminta bantuan derma pada sesiapa yang sudi membantu untuk terus menghasilkan penulisan dan kekal di alam maya.

Bila MPP fikir-fikirkan balik, apa nak dimalukan dengan memohon sumbangan ikhlas untuk membantu menyara hidup MPP yang memang kurang berkemampuan.

Mungkin ada yang terfikir, mengapa MPP tak mohon bantuan pada UMNO dan Kerajaan memandangkan blog ini adalah blog yang pro kerajaan. Tapi untuk pengetahuan tuan2 dan Puan2, semua usaha tersebut telah dilakukan dan hasilnya, MPP ditendang macam bola ke sini dan ke sana. Bantuan yang dipohon, haram satu pun tak dapat ! Semua usaha hanya ibarat menunggu buah yang tak gugur !

Bak kata seorang sahabat MPP yang terkenal kerana ‘tajamnya’, bloggers ni diibaratkan umpama macam bohsia oleh pemimpin atasan. Cukup sekadar topup RM 5 dan bawak ronda2 naik motor.., dah boleh ‘pakai’ depan belakang”. Habis syok ‘pakai’.., ditinggalkan begitu saja. Dan bloggers akan dicari semula apabila “ayaq naik kepala””. Itulah hakikatnya definasi bloggers di mata pemimpin atasan.

Ada juga pemimpin UMNO dan NGO yang MPP jumpa telah berkata, bloggers ni langsung tak memberi impak didalam politik negara. Dan ada yang pertikaikan tentang berapa banyak sangat pembaca blog yang dihasilkan oleh bloggers pro kerajaan?

Tapi, dalam pada dok perlekehkan hasil usaha bloggers tu, ada pulak pemimpin bahagian UMNO yang pernah mengaku bahawa blog Media Permatang Pauh ini dia yang uruskan pada pemimpin atasan. Padahalnya, nak bantu sesen pun kedekut tapi kredit dia nak pulak. Apa punya perangai laa..

Jadi, MPP menegaskan disini, memang blog Media Permatang Pauh ini baru lagi dihasilkan, tetapi admin MPP sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia blog dan gerak kerja maya semenjak dari sebelum PRU 12 lagi. Dan sepanjang tempoh masa tersebut, semua pembiayaan ditanggung sepenuhnya hasil dari poket sendiri. Sesen pun tiada bantuan dari UMNO apatah lagi kerajaan.

Dan, kalau ada pihak-pihak yang sudi membantu, bolehlah salurkan terus ke dalam akun milik MPP diatas. MPP amat berbesar hati dan bersyukur ke hadrat Allah Taala jika ada yang sudi. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bolehlah dihantar ke unitmediapp@gmail.com.

Semoga dengan bantuan semua, MPP dapat meneruskan penghasilan artikel bagi mendedahkan salahlaku politik tipuhelah Pakatan serta analisis mengenai senario politik negara.

Ibarat kata, “keldai yang kuat menanggung beban kerja, kalau tak cukup makan pun akan berhenti buat kerja”. Macam tu lah juga dengan blogger pro kerajaan yang menanggung tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pihak Penerangan Umno dan kerajaan di alam maya.

Harapan MPP, segala usaha ini akan diberkati olehNya sempena bulan baik ini. Terima kasih dan Selamat menunaikan ibadah puasa dari MPP.

p/s: Ada can lah kot anak2 MPP berbaju baru pada hari raya tahun ni.