Archive for the ‘Nik Aziz’ Category

>

Wohaa… Selama ni gua tak tau pun PAS rupanya wujud di Singapore.. Kat republik tu, PAS gunakan nama Angkatan Islam dan pakai bendera cap timbang… Hahahahahahaha… bendera pun tiru BN…

Patutlah beria-ia betul Nik Aziz sambut Lee Kwan Yew masa dia melawat Malaysia dulu.. Siap tunjuk signal bagus lagi kat Kwan Yew… Lepas tu, bila bini Kuan Yew mati, Nik Aziz cepat-cepat pergi mengadap Bapak Komunis tu untuk tunjuk hormat… Rupanya ada skandal antara parti dorang…

Tapi yang bestnya, korang tau tak PAS cawangan Singapore ni tak pernah bertanding di Pilihanraya kat republik tu.. Gua rasa, dorang mesti dah buat kerajaan perpaduan dengan PAP kat situ..

Bezanya, syarat kerajaan perpaduan dorang ialah.., PAP jadi bos, dan Angkatan Islam@PAS jadi balaci.. Pasal tu lah PAS tak masuk bertanding kat Pilihanraya disitu…

Sekarang ni baru gua tau…, patutlaa kat Malaysia ni PAS langsung tak berani angkat muka kat depan DAP.., telor PAS dah dipicit oleh PAP di Singapore rupanya….

>

Orang tua nyanyuk Nik Aziz buat-buat heran bila Utusan kecam Anwar yang panggil Najib Pandikutty (babi kecik)… Apa nak herannya Pok Nik oiiii… Lu lagi lah lagi kuat mencarutnya…

Korang ingat tak lagi wali PAS ni maki wartawan dengan perkataan BARUA.. Lepas tu, dia jugak pernah mintak Tuhan bagi pecah perut Najib pasal duit royalti Petronas..

So, tak ada bezanya Anwar dengan Nik Aziz ni.. Sama saja bangsatnya mulut dorang tu… Jadi, Nik Aziz tak payahlah nak pura-pura heran bila Utusan hentam Anwar…, Lu tu lagi teruk maki hamun orang selama ni…

Pasal apa Nik Aziz kuat maki hamun? Pasal dia kata Tuhan pun sama jugak… Sebab tu lah semua lebai-lebai PAS suka maki hamun dalam ceramah… Pasal Pok Nik dah bagi green light…

Hahahahaha… bangang punya wali PAS!!

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pandi kutty’.

Menulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

“Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini (10 Mei), “Anwar Dikecam,” kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

“Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?” tulisnya.

Utusan Malaysia pada muka depannya semalam meletakkan tajuk ‘Anwar dikecam’ dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai ‘pandi kutty’ – perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.

>

Orang tua ni meroyan lagi nampaknya.. Itulah gua selalu kata, patutnya si tua ni dah lama dilupuskan dari kancah politik. Dah tak relevan lagi spesis minda ortodoks macam dia tu..

Makin tua.., makin teruk penyakit parkinson dia. Ye lah.. gua ni bukan ahli politik, tapi gua faham lah jugak apa yang dimaksudkan oleh Najib bila dia kata “harap dunia akan lebih aman dengan ketiadaan Osama”.

Macam mana lah si tua mangkuk tu tak pulak nak reti paham.. Ntah sama ada dia saja buat tak paham, atau saja buat-buat bangang tak nak paham…

Untuk pengetahuan Nik Aziz, Najib maksudkan ialah.., dengan ketiadaan Osama diharapkan Amerika tak lagi buat kacau sini sana.. Kalau tak selama ni Amerika buat huru hara dengan beralasan Osama Bin Laden.

Ini pun susah sangat ke Nik Aziz nak paham..? Takkan nak tunggu wahyu dari langit dulu baru nak faham beb? Macam ni punya minded pun still nak kekal jadi Menteri Besar ke? Cukup-cukuplah tu Pok Nik oiii… Letih la gua dengar lu punya merepek….

>

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.

Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.


Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H

p/s: Pemimpin hanya perlu ditukar kalau langgar syariat Allah??? Anwar tu macam mana?

Pembohong, penipu, mungkir janji, dituduh meliwat dan terbabit kes skandal main pelacur…., tu semua bukan langgar syariat ALLAH ke?

So bila Nik Aziz nak suruh Anwar ditukar? Hehehehe….

>

Kelibat Nik Aziz langsung tak kelihatan pada Majlis sambutan Keputeraan baginda Tuanku Sultan Ismail Petra yang diadakan pada 30 Mac 2011?

Bukankah dia sebagai Menteri Besar Kelantan, patut hadir bagi menunjukkan rasa hormat terhadap pihak istana..? Mungkin Nik Aziz lupa pada baginda Sultan Ismail setelah dia dapat Sultan baru?

Gua tak naklah kata Nik Aziz ni derhaka tapi perbuatan si tua ni menyisihkan bekas Sultan Kelantan tu bagi gua adalah keterlaluan.

Takkan Nik Aziz nak buat perangai “habis madu sepah dibuang”? Lagipun, ini berkaitan dengan taat kepada Raja beb… Kalau melayu tak hormat pada Raja Melayu, takkan nak suruh kaum lain hormat pulak?

So, gua suka nak dengar penjelasan Nik Aziz pasal isu ni.. Gua ada dengar yang si tua tu sakit, tapi kalau sembahyang hajat Anwar dia boleh pergi, takkan Majlis Keputeraan Sultan dia nak ngelat?

Jawab jangan tak jawab Pok Nik… Jangan jadi melayu derhaka macam Nizar di Perak yee…