Archive for the ‘Siri Anwar’ Category

>

Part 7 – Skandal Anwar dan Shamsidar.

Semua pengikut-pengikut Anwar kata dia adalah sorang pemimpin yang Islamik pasal pandai baca sikit ayat Quran dalam ceramah. Anwar lagi beriman dari Mahathir kononnya dan Anwar lah lebih arif pasal hukum dan peraturan Islam.

Tapi kat sini gua nak tanya satu perkara pada penganut taksub yang mendewa-dewakan Anwar.., kenapa Anwar takut nak bersumah didepan Quran dan menafikan semua perkara yang dikatakan fitnah terhadap dirinya?

Bab main bontot kita ketepikan sekejap.., sekarang ni kita cerita bab skandal “menceroboh tanah tiga segi milik orang”…. Walaupun sedap…, tetapi haram dalam islam tu beb…

Kenapa Anwar tak pernah nak nafi perkara ni dalam ceramah dia ataupun dalam kenyataan media? Dan yang paling penting, kenapa Anwar tak mau bersaksikan Kitabullah untuk bersihkan namanya dari semua yang dikatakan fitnah ni?

Takkan Anwar anggap undang-undang Lord Reid lebih ampuh dan telus daripada kemuliaan Al Kitab?

Anwar yang kita tahu, amat suka main game saman menyaman. Kalau silap sikit, berjuta-jutalah saman yang difailkan oleh syarikat guaman kroni dia terhadap individu yang bernasib malang tu. Tun Mahathir pun pernah kena saman RM100 juta dengan mamat ni..

So, kalau benarlah Anwar tak pernah bercengkerama dengan Shamsidar di Trivoli Villa, kenapa Anwar tak saman saja Ummi Hafilda yang dedahkan cerita tersebut kepada Tun Mahathir dan umum? Ummi siap tulis lagi surat kepada PM masa tu pasal skandal Anwar yang bermukah dengan kaka ipar dia sendiri ni..

Pada masa perbicaraan Anwar dulu, pemimpin anugerah Tuhan ni dah dibenarkan bawak 2 pakar DNA dari luar negara dari luar iaitu Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi kesahihan DNA “air ghairah” atas tilam di Trivolli Villa yang dikatakan milik Anwar dan Shamshidar, langsung tak dapat disangkal.

Mungkin pasal ni lah Anwar tak berani nak saman Ummi Hafilda. Anwar tau.., pendedahan yang lagi besar menunggu dia kalau dia saman Ummi tu di mahkamah. Gua akan perincikan pasal kronologi pendedahan cerita cengkerama Anwar dan Shamsidar ni di part akan datang nanti.

So, dengan history sebagai lelaki yang suka “main pondok-pondok” dengan bini orang ni.., korang boleh terima ke Anwar ni sebagai pemimpin Islam? Yang gua tau, Islam melarang keras umatnya “menceroboh tanah milik orang lain”… Takkan Anwar “yang Islamik dan warak”, tak tau benda ni kot?

Nak kata benda skandal Anwar dengan Shamsidar ni fitnah, pun tak boleh jugak pasal Anwar sendiri tak pernah nak nafi dan saman orang yang mulakan cerita ni..

Isu main dengan bini orang bukan isu kecil beb… Isu ni melibatkan maruah seluruh institusi keluarga. Tambah pulak imej Anwar yang dikatakan sebagai seorang pejuang Islam yang hebat dan pemimpin Al Kahfi oleh pengikut-pengikut PAS, mana boleh ada skandal macam ni untuk jadi pemimpin..

Kalaulah episod “ghairah atas katil” Anwar dan Shamsidar ni “membenihkan hasil”, macam mana pulak nasib dan status hamba Allah tu di masa depan? Tambah-tambah pulak kalau yang terhasil tu berjantina perempuan… susah baii….

So, apa yang susah sangat nak tutup cerita skandal ni…, Anwar boleh saja bersumpah ikut cara Islam dengan lafazkan mubahalah di Masjid yang berlambak seluruh negara. Bukan lama pun masa yang diambik.., lima minit pun tak sampai…

Bawak saja ularmak-ularmak didalam PAS suruh jadi saksi, dan jugak para cerdik pandai Mufti-mufti negeri sebagai pemerhati.., confirm nama Anwar jadi suci macam budak yang baru lahir ke dunia.

Persoalannya…, kenapa Anwar takut nak masuk masjid untuk bersumpah…? Orang tua-tua kata.., berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi Anwar ni benar ataupun salah? Korang cuba nilaikan….

Advertisements

>

Part 6 – Anwar mempergunakan Islam

Dulu, penyokong Anwar didalam parti cap keris sentiasa kata kehadiran Anwar ialah untuk mengislamkan UMNO. Dorang kata Anwar tu cukup alim, cukup warak dan berpengetahuan didalam Islam setaraf dengan arwah Fadzil Nor.

Mahathir pulak digambarkan sebagai seorang yang kurang fokus kepada Islam serta lebih sekular. Korang tahu tak kenapa Anwar dilabelkan sebagai seorang yang lebih faham pasal Islam dari Mahathir?

Jawapannya ialah, Anwar adalah bekas pemimpin pelajar yang menerajui Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Selain tu, Anwar juga adalah bekas pemimpin ABIM. Dua perkara ni adalah merupakan lesen besar Anwar untuk mendabik dada bahawa dia adalah pejuang Islam di Malaysia.

Tapi, tahukah korang bahawa yang membentuk imej Islam Anwar ini ialah Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid? Semuanya bermula semasa Anwar belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1960-1966. Waktu tu, Sanusi Junid adalah senior kepada Anwar di Maktab tersebut.

Di Maktab Melayu ni, Anwar dilatih supaya menjadi pemidato Islam oleh Sanusi dan jugak senior-senior Anwar yang lain. Anwar juga dibimbing untuk menampilkan imej warak dan juga Islamik supaya boleh menjadi pelapis pemimpin pelajar di MMKK.

Sepatutnya, semua penyokong Anwar berterima kasih kepada Sanusi Junid yang mendorong Anwar mendekati Islam di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kalau tak.., siapalah Pak Syeikh Nuar tanpa Sanusi Junid… Hahahaha..

So, inilah permulaan Anwar mengenali dunia politik Islam. Semuanya semakin berkembang masa Anwar masuk ke dunia kampus di Universiti Malaya. Disinilah Anwar jadi Pemimpin Pelajar Islam dan juga menjadi Seiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia pada tahun 1972.

Dan pada tahun 1974, Anwar dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua bagi menggantikan Professor Dr Razali Nawawi. Anwar pegang jawatan Presiden ABIM ni sampailah dia masuk ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Waktu dalam ABIM, Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin pemuda Islam yang paling lantang. Dia dianggap sebagai bakal pemimpin Islam utama dalam negara oleh ahli-ahli PAS pada masa tu. Punyalah taksub ahli-ahli PAS kepada Anwar ni hinggakan dorang menggelar Anwar sebagai “Pemimpin Al Kahfi”.

Dan Anwar jugak dianggap pengganti kepada Arwah Ustaz Asri Muda sebagai Presiden PAS kerana dia dianggap mempunyai idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Kenapa pulak ahli-ahli PAS boleh taksub kepada Anwar? Kalau korang nak tahu, Anwar dan ABIM pernah membantu Arwah Ustaz Asri Muda dan PAS mempertahankan Kelantan dari UMNO pada Pilihanraya Umum tahun 1978. Pasal ni lah populariti Anwar meningkat dikalangan pengikut-pengikut PAS semua masa tu.

Ada rumors yang kata, Anwar memilih untuk berpolitik secara Islam di kampus pasal dia tak bijak dalam matapelajaran akademik. Kalau difikirkan, betul jugak rumors tu sebab Anwar hanya ambik Jurusan Pengajian Melayu yang dianggap jurusan paling mudah untuk dapat ijazah kepujian.

Walaupun ambik jurusan yang paling mudah, Anwar kantoi jugak untuk dapat Kepujian. Dia cuma dapat Ijazah Am saja. Jadi, taklah hebat sangat tahap intelektual manusia anugerah Tuhan ni yee…

So, sebenarnya tak ada apapun jasa Anwar yang boleh membuatkan dia diangkat sebagai seorang pemimpin Islam hebat. Bagi gua, Anwar tak ada beza langsung dari Nik Aziz yang selalu mempergunakan Islam untuk berpolitik.

Cuma gua respek satu je pada Anwar, dia tak hipokrit dengan berlakon pakai serban serta jubah labuh untuk bagitau orang yang dia tu berimej Islamik. Anwar cuma mempergunakan ayat kitab yang dia hafal supaya orang respek pada dia.

Inilah politik cara Anwar.., dia akan mempergunakan apa saja untuk mendapatkan kuasa dan nama. Siapa yang kurang berfikir, mesti akan terpedaya dengan sikap bermuka-muka Anwar ni. Dan siapa yang tak kuat mental.., mesti meleleh air liur bila dengar Anwar berpidato..

Jadi.., gua nak tanya korang…, betul ke Anwar ni faham pasal Islam? Kalau dia betul-betul pemimpin Al Kahfi macam yang penganut Mahzab PAS kata.., takkanlah dia sanggup “mengerjakan bini orang” dan “meneroka” kawasan belakang jantan?

Yang paling penting, kalau Anwar betul pemimpin bertunjangkan Islam, kenapa dia takut nak bersumpah dihadapan Quran menafikan dakwaan Saiful Bukhari? Ini pun pengikut-pengikut Pakatan tak boleh nak fikir ke? Takkan selamanya dorang nak kena tipu dengan “Pak Syeikh” ni…. ? Hahahahahaha…

>

Part 5 – Pemecatan Anwar dari UMNO adalah konspirasi?

Pada tahun 1993, Anwar telah mengalahkan arwah Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang baru. Walaupun kemenangan Anwar pada masa tu penuh kontroversi, tapi apa boleh buat.., sapa yang boleh menolak godaan wang ringgit?

Korang kena tau.., di zaman Anwar ni lah politik wang subur dan berleluasa didalam UMNO. Duit menjadi perantara utama untuk membeli kuasa dan mengekalkannya.

Kalau kita tengok kronologi dalam kekalahan arwah Tun Ghafar, pelik bin ajaib bila veteran-veteran UMNO pun menolak beliau dan menjunjung serta memuja Anwar. Ada dua saja persepsi disebalik semua ni…, sama ada dorang nak bodek “anak emas” Tun Mahathir tu, ataupun dorang semua dah terpengaruh dengan “the power of money“…

Tapi bak kata pepatah, sekali air bah.., sekali jugak lah pasir berubah. Macam tu lah yang selalu berlaku dalam UMNO. Gua dah tengok banyak kali sangat benda ni..

Sewaktu Anwar dihadapkan ke lembaga disiplin diatas dakwaan salahguna kuasa dan main bontot jantan, semua yang menyokong Anwar masa dia menewaskan arwah Tun Ghafar berpaling tadah. Darpada 43 anggota MKT, ada laa dua tiga kerat yang cuba nak backing Anwar.

Tapi macam yang gua kata laa…, sapa berani nak argue dengan The Great Mahathir. Antara Anwar dan jugak Tun Mahathir, takkan lah MKT-MKT UMNO ni nak pilih Anwar yang berdepan dengan perlucutan jawatan? Dan dorang semua mana berani ambik risiko hilang pulak jawatan sendiri?

Sebelum mengundi untuk memecat Anwar dari UMNO, Tun Mahathir dah mengingatkan semua yang ada masa tu bahawa dorang diberi amanah dan tanggung jawab berjuta-juta ahli UMNO didalam Malaysia.

So, keputusan memecat Anwar bukanlah mudah, Tun Mahathir terpaksa buat jugak walaupun ia satu keputusan yang amat tak popular. Mungkin bagi Tun, biarlah rakyat dan ahli UMNO marah pada masa tu daripada dorang marah bila tahu dapat Perdana Menteri seorang kaki bontot!

Dan disinilah mulanya cerita dongeng yang menuduh ada konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin mulia dan warak seperti Anwar Ibrahim ni. Tahu tak sapa yang memulakan cerita-cerita bangang ni? Mestilah para juak-juak Anwar yang pernah termakan projek dan tender dari dia.

Dorang ni tuduh Tun Mahathir takut kepada pengaruh Anwar, dengki pada kelebihan Anwar yang berkawan dengan Amerika dan jugak tak suka Anwar lebih popular berbanding dirinya.

Bagi gua, dorang ni sengaja nak tutup cerita yang sebenar iaitu Anwar ada skandal yang membabitkan bini orang dan jugak skandal main bontot jantan. Tapi selama mana juak-juak Anwar ni nak tutup semua tu.., bangkai gajah mana boleh nak tutup beb…

Takkanlah Tun Mahathir yang bertanggung jawab naikkan Anwar, boleh pulak dengkikan populariti Anwar…? Takkanlah Tun Mahathir yang tak takut pada Ketua Polis Amerika, George Bush sr boleh takut kepada anak kelahiran Cherok Tok Kun tu..?

Ni semua tak masuk akal lah baii… Tapi memang Anwar patut kena pecat kalau dia ada habit suka mengendeng dengan bini orang dan jugak main bontot kaum sejenis. Yang ni memang tak ada ampun punya.. Macam mana nak jadi Ketua negara kalau perangai pun macam puaka hutan? Hancur negara nanti beb…

Jadi, mana ada konspirasi? mana ada frame up dan rancangan untuk menjatuhkan Anwar? Semua yang jadi adalah pasal nafsu songsang Anwar sendiri.

Kalau Tun Mahathir yang merupakan seorang great thinker in politics pun boleh percaya dan yakin Anwar main bontot, sapa lah kita ni yang ditahap politik kampung untuk menafikan perangai Anwar?

Tun Mahathir didik dan pimpin Anwar selama 18 tahun didalam sepak terajang politik Malaysia.., mestilah dia lebih tau pasal Anwar dari kita. So, based on track record, sapa yang kita nak percaya? Fikirlah sendiri braderrr… Hahahaha…

>

Part 4 – Dari orang biasa-biasa.., ke manusia luar biasa.

Anwar Ibrahim adalah sekadar orang biasa.. Tapi dia jadi luar biasa bila diangkat oleh Tun Mahathir masuk ke dalam UMNO dan diberikan jawatan didalam kabinet kerajaan.

Semasa Anwar jadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.., dia cuba nak tonjolkan jiwa melayu dia dengan mempopularkan tarian Inang, zapin, wayang kulit dan makyong di tv.

Tak heranlah dengan apa yang Anwar buat masa tu sebab dia memang sukakan hiburan sampailah sekarang. Pasal tu lah dia sanggup menyanyi lagu “Ajijah ku datang..” di Indonesia sambil berjoget dangdut. Korang boleh cari video tu dalam YouTube.

Selepas Anwar tak efisyen jadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.., dia dipindahkan untuk jaga binatang ternakan dan jugak pokok sayur dan buah di Kementerian Pertanian.

Mungkin disebabkan semua lembu, kambing, ayam daging dan ikan talapia tak sukakan Anwar, jangka hayat dia di Kementerian Pertanian tak lama. Anwar hanya sempat berjasa memperkenalkan Pasar Tani yang kekal hingga sekarang.

Anwar kemudiannya diangkat jadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986. Masa ni lah pengaruh Anwar disebarkan seluas mungkin. Anwar tau bahawa pengaruhnya terhadap para guru, pelajar dan jugak golongan intelektual akan dapat menaikkan lagi imej dia.

Sebab tu lah Anwar betul-betul jaga imej warak dia masa jadi Menteri pendidikan ni. Dan satu perkara yang perlu korang ingat…, siapa yang jadi Menteri Pendidikan masa tu, akan berpeluang besar untuk jadi Perdana menteri. Yang ni lah Anwar paling suka…

Kalau korang teliti balik, semua bekas Perdana menteri yang ada pernah menjadi Menteri Pendidikan. Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir pun pernah jaga kementerian tu dulu. Jadi Anwar memang dah konfiden sangat yang dia akan jadi PM selepas Tun Mahathir.

Dan kemuncak kehebatan Anwar jadi manusia luar biasa ialah masa dia dapat jaga Peti Duit negara.

Anwar yang dilantik jadi Menteri Kewangan pada tahun 1990 menjadi sangat berpengaruh didalam ataupun diluar negara. Gandingan Anwar dan Mahathir pada masa tu disifatkan sebagai Harimau Asia. Tapi yang sebenarnya, Anwar cuma menumpang kehebatan Tun Mahathir saja.

Pada masa ni, sesiapa yang pernah berjasa pada Anwar semuanya akan jadi “jutawan segera”. Semuanya hasil berkat dari usaha mengipas dan menyapu bontot anak kelahiran Cerok Tok Kun ni semasa dia melobi jawatan tersebut.

Bukan senang ooo nak jaga peti duit negara niii… semua “pink form” ada dibawah jagaan Anwar. Ikut suka hati dialah nak agih-agihkan kepada sesapa yang dia suka… Nak bagi projek pada ipar dia ke.., nak bagi tender pada sahabat handai ke.. ikut suka dialah… Dia kan penjaga harta negara… Hahahaha..

Dan masa jadi Menteri Kewangan ni.., imej warak Anwar sudah hilang beb. Anwar tak mainlah pakai baju murah. Paling minima, suit berjenama antarabangsa yang bernilai hampir RM17K. Anwar pun dah tak makan nasik campur kat restoran murahan.., kalau nak makan, paling koman pun kena kat Hotel.

Kawan-kawan pun dah tak class kalau dari dalam negara. Sebab tu lah Anwar cari kawan yang berpengaruh di Amerika. Yahudi pun yahudi lahhh… janji Anwar bahagia.

So, sapa sangka orang biasa dari Cerok Tok Kun ni boleh jadi manusia luar biasa sehingga ke luar negara? Ini semua kerja tuhan.. Kalau tuhan nakkan sesuatu tu terjadi, sapa boleh nak halang. Kita sebagai umat Islam kena percaya ketentuan Tuhan semua ni.

Dan kalau manusia biasa boleh jadi luar biasa macam Anwar ni kita boleh percaya…, takkanlah kita tak boleh terima bila Anwar mempunyai nafsu songsang gemarkan bontot jantan?

Sedangkan dalam kitab pun dah cerita pasal kaum Nabi Luth a.s yang ditenggelamkan Allah hanya pasal kegiatan merodok lubang belakang ni… Takkanlah mustahil ia terjadi dizaman sekarang?

Dari  biasa ke luar biasa… kenapa susah sangat nak percaya…?

>

Part 3 – Kenapa Tun Mahathir percaya pada Anwar.

Anwar Ibrahim memang confident gila dia akan jadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir. Bertahun-tahun dia berlatih berpidato macam Soekarno.., belajar pelbagai bahasa untuk menambahkan kehebatan pidatonya dan jugak menghafal beberapa hadis untuk menunjukkan dia tu Islamik.

Tapi bagi gua, pidato Anwar tak ubah macam orang jual ubat menguatkan burung pipit di tepi jalan. Kita yang dengar pidato dia akan terlopong, ternganga dan terangguk-angguk macam burung terkukur.

Bukan pasal apa yang Anwar cakap tu semua betul, tapi pasal kita terpegun dengan putar belit dan skill mengencing anak kelahiran Cerok Tok Kun ni. Dalam tak sedar.., semua basah kuyup dan balik rumah dengan satu macam punya bau hancing.

Dikalangan tukang-tukang kipas Anwar.., dorang mencanangkan bahawa tiada sapa yang mampu menghalang kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagi dorang ni, Anwar adalah merupakan tokoh politik yang paling bijak, yang paling hebat dan paling berpengaruh didalam ataupun diluar negara.

Padahal, dorang semua buat macam tu sebab berada dibawah pengaruh “pink form” dan juga tender-tender projek dibawah jagaan Anwar. Cuba tengok masa Anwar jatuh…, berapa kerat sangat yang “setia” pada laki kepada Wan azizah tu?

Itulah realiti politik parti cap keris. Sesapa yang berkuasa, akan dilambung-lambung dan dikipas sampai terapung.

Berdengung-dengung bunyi tukang-tukang kipas ni mengalahkan bunyi lalat menghurung taik. Tapi bila kuasa sudah hilang, puaka-puaka hutan ni semua pun ghaiblah… Dorang cari pulak mangsa baru..

Macam tu jugak nasib Anwar.., kembali jadi orang biasa setelah hilang kuasa. Tak ada trompet ataupun kompang yang sambut dia bila balik ke Cerok Tok Kun masa tu.

Persoalan besar yang bermain diseluruh minda rakyat Malaysia pada September 1998, apa dosa yang dah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga Tum Mahathir sanggup memecatnya dari semua jawatan didalam UMNO dan kerajaan?

Beb.., didalam sejarah Malaysia, tak pernah ada Menteri Kanan dipecat seluruhnya dari jawatan kabinet ataupun parti…, Anwar sorang saja yang kena macam tu. So apa dosa besar yang dia dah buat sampai Tun Mahathir pun sanggup tolak dia?

Korang kena tau, Tun Mahathir lah yang bertanggung jawab bawak Anwar masuk ke kancah politik negara. Tun Mahathir jadikan Anwar Menteri Kabinet pada tahun 1982.

Sapa kata ahli politik lain dalam UMNO tak cemburu pada Anwar masa tu? Tapi apa boleh buat.., sapa berani lawan The Great Mahathir?

Kerana apa Tun Mahathir percaya sangat pada Anwar? Anak Pak Berahim tu bukannya pandai sangat pun…, cuma setakat pandai cakap saja.

Tapi korang kena tau satu perkara.., Anwar Ibrahim ni ada semacam magik bila dia bercakap. Kemampuan Anwar menarik crowd serta kepakaran dia “membakar” isu-isu menjadi antara salah satu faktor dia diangkat oleh Tun Mahathir didalam UMNO.

Malangnya…, Anwar Ibrahim adalah jenis manusia yang tak tahu bersyukur dan jugak berterima kasih. Dan manusia macam ni dah memang dijanjikan untuk dihumban ke lembah kehinaan.

Korang tengoklah sendiri apa nasib Anwar sekarang…. lu fikirlah sendiri beb. Hahahaha…