Archive for the ‘Ucapan’ Category

>

Takziah dari MPP buat seluruh keluarga arwah blogger Abdul Aziz Baharom 56 tahun ataupun lebih dikenali sebaga blogger YangGambi. Arwah telah kembali kepada Penciptanya pada jam 11.10 malam tadi akibat jangkitan kuman dalam paru paru.

Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Gua terasa sangat apabila mendengar berita pemergian YangGambi semalam dari sahabat-sahabat blogger Pahang yang sms gua. Bagi gua, kehilangan blogger hebat seperti YangGambi tak mungkin dapat diganti.

Selain dari idea-idea penulisan bernas didalam blog, arwah juga banyak menyumbangkan penulisan bagi mempertahankan FELDA dari tohmahan pembangkang sejak dulu lagi. Ini yang membuatkan arwah amat gua hormati didalam dunia blog.

Sedikit imbasan kenangan bersama YangGambi, gua mula kenal blogger hebat ini pada awal tahun 2008, iaitu tahun awal gua mula menulis blog sebelum adanya blog MediaPermatangPauh ni.

YangGambi adalah merupakan rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada gua untuk terus menulis dengan komen-komen bernasnya pada setiap artikel yang gua hasilkan.

Dan arwah merupakan antara orang pertama yang tak bersetuju gua berhenti menulis dan menutup blog pertama gua pada tahun lepas.

Walaupun perkenalan gua dengan arwah YangGambi amat singkat di dunia siber, bagi gua arwah adalah seorang yang tabah dan setia kepada perjuangannya. Walaupun arwah agak terkilan kerana langsung tak dibantu oleh pihak yang diperjuangkannya, arwah tetap istiqamah dengan tujuan penulisan blognya.

Inilah satu perkara yang paling gua respek pada arwah yang bagi gua, amat sukar dicari ganti.

Harimau pergi meninggalkan belang. YangGambi pergi meninggalkan jasa kepada agama, bangsa dan juga tanahairnya.

Biarpun jasa arwah dipandang kecil oleh sesetengah pihak, tapi dimata gua ia tetap besar kerana YangGambi telah melakukan apa yang pihak Penerangan UMNO Pahang tak boleh capai didalam dunia maya.

Inilah yang dikatakan Juara yang tak didendang. Inilah juga yang dikatakan pejuang yang tak mengharapkan nama dijulang. Al-fatihah buat arwah. Semoga roh arwah dirahmati Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai.

p/s: Hari ini gua berehat dari menulis bagi menghormati pemergian sahabat gua ini.

Advertisements

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila beliau terbabit dalam kemalangan hari ini.

Mendiang adalah merupakan bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS). Beliau telah meninggalkan seorang balu dan juga 4 orang anak.

Takziah kepada keluarga beliau.

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware – perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari ‘Innity’ sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan ‘Google Safe Browsing’, Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan “cookies” daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Media Permatang Pauh.

Ampun dan maaf dipohon andainya ada yang terkasar bahasa dan tersilap bicara yang dilakukan didalam blog ini oleh saya secara sengaja ataupun tak sengaja.

Saya juga ingin mengkhaskan ucapan Aidilfitri ini kepada semua rakan-rakan bloggers yang sama-sama berjuang digelanggang yang sama. Enjoy your holiday my bro and sis..

Tak lupa juga ucapan Maaf zahir dan Batin buat sahabat-sahabat bloggers dari kem assobiyah hijau dan juga biru muda. Semoga anda semua berbahagia disisi keluarga di hari kemenangan ini. Anda semua adalah sumber inspirasi saya didalam menghasilkan artikel.(kosong-kosong yeee.. lepas raya ni kira akaun baru pulak..)

Dan buat pemimpin-pemimpin Pakatan yang berbangsa melayu dan beragama islam sahaja khususnya Nik Aziz yang menjadi idola penulisan saya, semoga tuan-tuan semua akan beroleh hidayah serta petunjuk dari Allah swt di hari yang mulia ini.

Akhir sekali, tak dilupakan seluruh pemimpin kerajaan yang diamanahkan Allah untuk mentadbir negara. Berkerjalah dengan ikhlas dan juga berbaktilah kepada rakyat. Ingatlah wahai tuan pemimpin.., tanpa rakyat, tuan-tuan tak akan berada d kedudukan seperti sekarang.

Pemimpin yang bijak, berani serta berkualiti pasti akan disayangi dan dihormati oleh Rakyat. Tetapi pemimpin yang hanya bijak berjanji dan memanipulasi, bacul serta tak berkualiti pasti akan dicerca serta dipandang rendah oleh masyarakat.

Renung-renungkanlah….

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya di Media Permatang Pauh… Maaf Zahir dan Batin…