Archive for the ‘UMNO’ Category

>

Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.

“Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.

Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan…tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara.

“Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban. DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara,” tegas beliau.

p/s: Dalam maksud ucapan anak CheDet tu… Lepas ni KJ kenalah buat kerja untuk mantapkan Pemuda UMNO. Dulu Pemuda UMNO terkenal dengan kepala-kepala perang dorang.., tapi sejak KJ pegang, Pemuda UMNO dah macam hilang tenaga batin..

Yang gua nampak berani sikit sekarang ni, cuma Ketua Pemuda Penang si Shaik tu.. Tengok macam mana dia lawan Guan Eng hari ni di Bagan.. Semua KP UMNO patut contohi dia ni…

Pemuda UMNO mesti berani berubah untuk hentam pembangkang.. Kalau tak berubah jugak, eloklah KJ tukar je uniform Pemuda jadi kaler pink.. Barulah sesuai exco-exco Pemuda tu nak mengeram telor masing-masing…

2nd p/s: Sikit masa lagi, gua akan dedahkan bukti DAP memang tengah giat menyebarkan fahaman kristian tanpa disedari oleh kebanyakan pengikut serta penyokong PAKATAN.. Ini termasuklah kepada pengikut PAS. Gua akan sertakan bukti yang gua dapat masa di PRN Sarawak.. InsyaAllah..

>

Dahsyat beb.. Gua dah nampak ada keluar api kat kepala Ustaz Kamal Saidin di ceramah ni..

Nanti gua akan update full version untuk korang. Gua tengah syiok dengar Ustaz ni balun puak-puak jumud Pas..

Mana tau kot-kot keluar tanduk pulak kat kepala dia.. Marah sungguh nampak dia kat Dap dan Pas..

Published with Blogger-droid v1.6.8

>

Selama ni puak Pakatan ingat UMNO Penang dengki pada Guan Eng sebab bagi duit RM100 pada warga emas. Dan selama ni, Pakatan tuduh UMNO Penang sengaja nak menipu warga emas kata duit RM100 tu haram..

Tapi semua tu hanyalah fitnah semata-mata. UMNO Penang ni memang suka sangat bila warga emas dapat duit free RM100 tu.. Ye lahh.., dah orang nak bagi, ambik je lahhh… Rezeki jangan ditolak beb..

Yang kecoh sikit tahun lepas tu adalah pasal UMNO Penang dapat tau kata sumber duit tu adalah dari duit sumbangan judi.. Tu lah pasal dorang bising pasal takut warga emas makan duit haram.. Memang prihatin sungguh UMNO Penang ni kann..

So.., tahun ni tak pulak jumpa sebarang kekhilafan dari sumber duit untuk 115K warga emas di negeri ni.. Sebab tu lah UMNO Penang sokong pemberian wang ehsan oleh Regim DAP…

Korang tak percaya ke cerita gua ni? Tolonglah percaya kerana ini semua adalah cerita benar…. UMNO Penang dah kamceng dah dengan Regim DAP di Penang ni beb didalam isu wang ehsan ni….

Sebagai bukti gua ni cakap benda yang berfakta…, korang tengoklah sendiri borang permohonan wang ehsan ni… Check betul-betul sapa yang SAHkan borang tu…. Kan ADUN UMNO tuuuu….

Ini membuktikan bahawa UMNO Penang dah berdamai dengan Regim DAP di Penang ni beb… Horrayyyyy… Macam Haram!!!

>

Memang saja nak cari pasal sungguh la pemimpin UMNO Selangor sorang ni… Dah la datang dari luar kawasan, lepas tu nak cari pasal pulak di Felda Jengka 23…
Macam mana gua tak kata Noh Omar cari pasal baii…, ada ke patut dia bagi pinjaman mudah kat warga Felda 23 ni semua.., dah tu bukannya sikit…, RM3000 setiap sorang pulak tu..
Bila dah dapat pinjaman mudah dari TEKUN Nasional ni.., mestilah orang Felda semua suka kannn… Kalau semua suka, mesti dorang akan undi calon UMNO/BN kannn…. Hahahaha… Bijakkkk, bijakkkk…
So, itulah kerja jalan-jalan cari pasal oleh Noh Omar semalam di kawasan Felda Jengka 23.. Pandai jugak pemimpin Selangor yang sorang ni atur program yee…
Sambutan memang superb… Bukan kata melayu je yang datang, kaum lain pun ada jugak. Ini yang buat PAS kat Felda Jengka 23 ni pitam baii…
Jadi sapa kata TEKUN ni rasis??? Semua kaum dapat pinjam jugak apa..? Gua ni yang kroni dorang pun tak pernah dapat pinjaman dari TEKUN ni baii… Pasal apa tau tak? Pasal gua tak pernah apply borang pinjaman…. Hahahahahaha….

>

Dah masuk hari keempat berkempen di PRK Kerdau ni, baru semalam gua berkesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Kat sini, Menteri Besar Pahang ni lebih mesra dengan panggilan Tok Nan. Mana-mana tempat yang gua pergi, dorang akan sebut MB Tok Nan.

Tapi gua betul-betul tak sangka lahh.., Tok Nan ni muka memang nampak ganas.., pasal dulu Tok Nan ni bekas warden asrama…, tapi hati baikkk baii..

Gua tengok sendiri cara Tok Nan ni bergaul dengan masyarakat masa gua ikut dia ber”walkabout” di Pekan Kerdau bersama penduduk disitu.

Memang rakyat Pahang ni respek habis kat Tok Nan pasal keprihatinannya pada masalah rakyat.

Jadi, kalau puak-puak pembangkang kata Tok Nan gengster dan zalim pada rakyat Pahang.., memang dorang tu telah melakukan bidaah yang paling keji sekali.

Tak ada pun gua tengok penduduk yang tak suka bila rumah dia dikunjungi oleh Tok Nan masa program walkabout di Pekan Kerdau ni.. So macam mana puak pembangkang kata rakyat Pahang marah pada Tok Nan?

Calon UMNO/BN pun ikut sekali masa program Tok Nan mengunjungi masyarakat Pekan Kerdau. Apa yang gua nampak, calon ni pun lebih kurang macam Tok Nan jugak peelnya.

Mesra tak tentu arah sampaikan dengan budak kecik pun nak dibuatnya kawan…Hahahahaha…

Kesimpulannya yang gua nampak, patutlah PAS susah nak bertapak di negeri Pahang ni.., rupanya macam ni perangai MB dan juga pemimpin UMNO negeri…

Dengan ini, gua isytiharkan bahawa memang Tok Nan ni suka ambil kesempatan.., tapi ambil kesempatan untuk bantu rakyat lahhh… Bukan macam PAS yang suka ambil kesempatan menyusahkan rakyat dengan janji kosong..

So, lepas ni gua akan ikut lagi program bersama Tok Nan yang mesra rakyat ni. Nanti gua akan uploadkan gambar program Tok Nan yang gua ikut untuk dikongsikan bersama korang semua. Korang tunggu je lah yee…