Archive for the ‘Umum’ Category

>Selamat tinggal ikan patin…

Posted: 7 March 2011 in Umum

>

Hari ni gua akan bertolak balik dari bumi Kerdau selepas 12 hari gua berkampung disini. Alhamdulillah kerana matlamat gua untuk membantu memenangkan pihak kerajaan telah tercapai.

Walaupun ada beberapa insiden yang memang gua tak puas hati masa duduk kat sini, tapi perjalanan gua yang jaraknya hampir 800KM memang berbaloi.

Terima kasihlah kepada semua warga Temerloh, Mentakab dan khususnya Kerdau ni pasal entertain gua sepanjang tempoh gua disini. Masyarakat Pahang ni memang mesra dan peramah.

Kalau korang tanya gua apa yang paling gua pasal kenangan paling best kat sini.., of course lah masal lemak tempoyak Ikan Patin. Memang terbaik dan superb!!!

Lagi satu ialah, ubi kayu bakar cicah dengan ikan masin di perkampungan orang asli Gunung Senyum. Klasik giler tu baii… Sayang sebab gua tak sempat nak snap gambar dia.

So, selain daripada ucapan tahniah gua buat YB Kerdau yang baru iaitu Ustaz Syed Ibra, setinggi tahniah jugak kepada MB Pahang yang memang sempoi habis.

Walaupun muka nampak ganas, tapi hati MB Pahang ni memang baik. Siap ada taman botanic lagi… Hahahaha… Jangan marah ye Ayah Long.. Kalau ada umur, nanti kita jumpa dan sembang-sembang lagi.

Jadi, itulah saja kot untuk kali ni.. Gua pun tengah sibuk nak pack barang untuk start drive balik ke Tanah Jajahan regim komunis. Rindu pulak kat si khalifah Guan Eng tu rasanya… Hahahaha…

Doakanlah keselamatan perjalanan gua yee…

Advertisements

>Bantulah anak kecil ini….

Posted: 20 February 2011 in Umum

>

POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEBAHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI

Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!

>

Gua dapat berita, ibu kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Difahamkan, ibu kepada penceramah PAS ni meninggal kerana sakit tua dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum ini.

Kali terakhir serangan angin ahmar ialah pada minggu lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Bukit Mertajam.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Padang Menora dan dikebumikan selepas Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam di tempat yang sama.

InsyaAllah.., kalau tak ada aral, gua turut serta di Masjid Padang Menora nanti.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Fatihah buat ibu Mat Sabu ni. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai Allah swt. Aminnn.

>

Kecoh dikalangan sahabat gua mengatakan kerajaan akan membenarkan penyanyi kontroversi Iran, Mohsen Namjoo buat konsert di Malaysia.

So, di atas rasa tanggungjawab gua terhadap kesucian agama, gua sebarkan surat bantahan dari S.M. Mohamed Idris, pengerusi Citizens Intenational/Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang dihantar kepada Pak Menteri KDN.

Dan gua jugak berpendirian membantah konsert mamat lahabau ni di Malaysia. Dah tak ada penyanyi lain ke yang nak dijemput untuk buat konsert di negara ni baii..?

Korang baca sendirilah surat Pak S.M Mohamed ni yee… Kalau boleh, sampaikan kepada kengkawan korang..

28 January 2011


Y.B. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Minister of Home Affairs
Ministry of Home Affairs
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Dear Y.B. Dato’ Seri,


Ref: Stop Iranian Singer’s Concert


We have been informed that the Iranian singer Mohsen Namjoo who lives in Europe is to hold a concert in Kuala Lumpur Convention Center on Feb 18th, 2011. In October last year, he was prosecuted by the Iranian court and sentenced to a five-year jail term for ridiculing the Quran in a song. Although, initially before the sentence, he apologized saying that he did not mean to make fun of the Quran but subsequently he retracted his apology.


Later, in Berlin, he said that he will not continue self-censuring himself and read one of his ‘poems’ which he said he had written before, called: ‘the pretty Jurist (or leader)”, referring to Iran’s leader. In this ‘poem’ he is not only insulting Iran’s leader and Imam Khomeini, but commits blasphemy when, in language that is very vulgar and disgusting, he insults God, our beloved Prophet (saw) and other prophets. We understand that this rubbish is available on you-tube.


On a flattering review in WordPatch of Namjoo’s third album OY, the reviewer writes:


“Binazir (Unique) deserve a meticulous attention in which blues guitar accompanies Namjoo’s spoken words about a sexual intercourse and its aftermath. Namjoo touches each taboo (in Iranian society) honestly and transparently. He truly does not shy away from depicting each one in great details, be it the supreme leader in the last song “Gladiators” or singing the Koran versus again (which he has stated that, it’s not his intension to insult or cause offence), in Shams ”, or describing a sexual intercourse in Binazir.” A copy of the review is attached.


We urge you to take urgent and immediate action to stop this blasphemous singer from holding a concert in Malaysia.


Thank you.


Wassalaam.


Yours sincerely,

……………………………………
S.M. Mohamed Idris
Chairman

>Hanya kerana minyak masak…

Posted: 8 January 2011 in Umum

>

Korang tahu tak apa yang dinamakan dengan kufur nikmat? Kufur nikmat ni sebenarnya adalah perangai yang tak tahu menghargai rezeki atau kemudahan yang dikurniakan oleh Allah swt.

Ramai manusia sekarang ni yang tergolong didalam kategori kufur jenis ni. Cuba korang tengok tabiat makan manusia zaman sekarang.., berlebih-lebihan sampai membazir.

Ada pulak yang jenis tak tahu nak hargai rezeki tuhan akibat dari perutnya yang buta akibat semata-mata nak cari untung.

Apa yang nak gua cerita kat sini ialah pasal krisis minyak masak yang ramai dok meroyan sekarang. Heran sungguh…, mana pi Pak Menteri yang sebelum ni beria-ia benar nak pantau harga dan juga operasi tauke-tauke cina sorokkan barang keperluan?

Mungkin Pak Menteri ni menyorok dalam kabinet dapur gamaknya kot? Tapi ini bukan isu kufur nikmat.

Yang kufur nikmat ialah sorang mamat ni yang beragama Islam dan berbangsa melayu tapi perangai tak mencerminkan agama dan bangsanya.

Islam menggalakkan kita amalkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Bangsa melayu juga penuh dengan adap sopan, prihatin kepada orang yang didalam kesusahan.

Tapi korang tahu tak apa yang mamat ni buat? Dia sebenarnya menjadikan kekurangan minyak masak sebagai alasan untuk membuang bertandan-tandan pisang dari kebunnya.

Baii…, kenapa lu buang itu pisang? Lu tak boleh fikirkah? Kenapa lu tak sedekah ke masjid ataupun lu balik suruh mak atau bini lu buat lepat? Lepat tak guna minyak baii…

Dan lepas tu, lepat-lepat pisang tu lu sedekah laa pada budak-budak di kampung lu ataupun lu letak saja di masjid. mesti ramai yang makan baiii…

Ini pun lu tak tahu fikir ke? Dah tua bangka pun masih bengap lagi rupanya. Inilah akibat asyik fikirkan untung jee…, amal jariah lu nak suruh sapa fikirkan? Takkan nak suruh Ismail Sabery fikir kot baii?

Korang tengok…, inilah contoh manusia yang kufur nikmat. Apa ke bengapnya pegi buang semua pisang tu? Bukankah rezeki tuhan yang patut dikongsi dengan sekalian makhluk? Apa la punya jenis pemikiran mamat sorang ni…

GEORGE TOWNSeorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas ketika tinjauan foto BERNAMA di sini, hari ini. Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. –Bernama