Archive for the ‘Uncategorized’ Category

>

Puak-puak PAS ni bila dah nak kalah, macam-macam yang dorang buat untuk cover line. Bila dah habis modal, dorang pun start lah kelakuan keji dorang yang diwarisi sejak turun temurun.

Maki hamun, provokasi dan jugak cop orang lain sebagai kafir. Yang tu je dorang pandai baii.. So, korang tengok je lah video kat bawah ni..

Yang baik tu korang jadikan pengajaran…, dan yang buruk tu korang buatlah sempadan yee..

>

Isu MC laki cikgu Mala ni nampaknya telah berjaya buatkan semua jentera PAS di Tenang terkincit-kincit nak menjawabnya. Blogger-blogger dorang pun dah macam ayam berak kapur je terkebil-kebil nak jawab isu ni.

Bagi gua, isu MC ni dah jadi satu pukulan TKO buat calon PAS dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang datang berkempen kat sini. Walaupun bukan si Maarof ni yang jadi calon, tapi dia sanggup tipu MC pasal nak kempen untuk bini dia. Salah tetap salah baiii…

Hari ni, doktor pakar yang mula-mula bagi MC kat laki cikgu Mala pulak bagi kenyataan mempertahankan kesahihan MC dia. Doktor ni lah yang mula-mula bagi MC 2 hari pada Maarof dengan alasan demam, batuk dan jugak selsema.

Tapiii…, dia menafikan bagi MC kat Maarof kerana masalah kemurungan. Doktor pakar ni kata, dia hanya advise kan Maarof pergi jumpa dengan Pakar sakit jiwa berikutan dengan masalah tekanan yang dihadapinya.

So, kenapa pulak si Maarof ni tak pergi ke Pakar Psikitrik tetapi sebaliknya hanya pergi ke Klinik kesihatan biasa untuk cari MC? Yang ni lah bukti si Maarof ni sengaja nak menipu semata-mata untuk tolong bini dia berkempen.

Gua ni bukannya doktor, tapi gua ada kawan yang kerja di Klinik Kesihatan kat tempat gua. Setahu gua.., Klinik Kesihatan tak boleh keluarkan MC lebih dari 3 hari. Dan kes tekanan atau kemurungan tak boleh di kendalikan oleh Klinik Kesihatan.

Haaa…, korang nampak tak betapa penipunya puak-puak PAS ni hanya kerana nak berpolitik. Jadi, selama ni puak-puak dorang kata dorang tu mengamalkan prinsip kebenaran, ketelusan dan jugak keadilan.

Bila dah menipu secara terang-terangan macam ni baii…, kebenaran apa kejadahnya tuu? Yang si Normala tu pun tak tahu ke laki dia menipu MC? Kalau laki sorang pun tak boleh dijaga.., macam manalah dia nak jaga satu kawasan? Hahahaha….

Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, di sini menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

“Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selsema.

“Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata ia berkaitan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

“Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” katanya.

Dr Siti Juriah berkata, berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau cadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu ke Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

“Bimbang masalah tekanan itu berterusan, saya mencadangkan beliau berjumpa doktor,” katanya.

Bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam. – SH




Dalam minggu ini , pelbagai isu yang berlaku di PP dan orang Melayu terutamanya terus ditindas oleh kerajaan DAP Sosialis diketuai Lim Guan Eng . Semalam satu CERAMAH PENTAS PEMUDA BONGKAR & DEDAH dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di Jalan IKS Bukit Minyak sebagai rangkuman segala-galanya untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku isu politik semasa di PP .
Ceramah semalam menampilkan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua UMNO Bahagian Bkt Mertajam ) , Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim ( MP Bebas Bayan Baru ) , Sdr Fauzi Muda ( bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Timur ) . DAP terutama Guan Eng dan PKR diserang habis -habisan oleh 3 orang penceramah hebat ini .
Kehadiran rakyat terutama orang Melayu di sekitar Bkt Mertajam ke ceramah semalam merupakan permulaan cukup baik dan ini merupakan langkah yang tepat menerangkan kelemahan dan penindasan kerajaan Pakatan di PP . Kalau di Selangor boleh diadakan roadshow Selamatkan Negeri Selangor , negeri yang ditadbir pembangkang seperti PP juga perlu lebih kerap diadakan lagi siri ceramah mengenai kezaliman dan pembohongan oleh kerajaan Guan Eng kepada rakyat .

Anwar bakal kena ISA ?

Posted: 12 July 2010 in Uncategorized

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

“Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Hishammuddin berkata beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata.

Katanya wakil-wakil rakyat pembangkang juga telah menyedari agenda peribadi Anwar sehingga memaksa mereka keluar daripada parti itu.

KL Today

Anwar Ibrahim sepatutnya tidak dibebaskan dari penjara Sg Buloh oleh Tun Abdullah. Anwar Ibrahim juga sepatutnya diharamkan terus daripada mencampuri politik dalam negara. Itu lebih baik kerana dengan adanya Anwar Ibrahim selepas dia dipecat dari UMNO, dia telah bertukar menjadi pengkhianat nombor satu negara.

Demi angan-angan untuk berkuasa, Anwar sanggup menjual negara. Demi impian untuk bertahta di Putrajaya, Anwar sanggup menggadaikan bangsanya. Demi kepentingan dirinya juga, dia sanggup untuk melacurkan agamanya bersama-sama PAS.

Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada masyarakat hanya kerana undi. Anwar sanggup bermuka-muka kepada rakyat hanya kerana matlamat sendiri. Dan Anwar juga sanggup menjadi pemutarbelit nombor satu hanya semata-mata demi kerusi Perdana Menteri.

Inilah ‘belang’ Anwar Ibrahim yang sebenar. Individu pelbagai wajah dan mempunyai seribu tipu helah didalam permainan politik kotornya di negara ini.


PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu,” katanya.

Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat,” tegasnya.

Nampaknya PAS mula meroyan bila dituduh Parti Ajaran Sesat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal . Malah kepala geng penghasut PAS di FELDA , Mazlan Aliman kasi panas lagi dengan mempersoalkan adakan ahli PAS seramai sejuta dianggap sesat dianggap sesat dan mencabar untuk berdebat dengan pemimpin UMNO ini .

Kenyataan Mazlan kaki penghasut FELDA ini tidak ubah seperti anjing menyalak bukit sahaja . Adakah beliau sudah lupa dulu PAS pernah keluarkan fatwa menyatakan UMNO KAFIR ?? Nik Aziz pernah menyatakan UMNO Syirik , UMNO Celaka , UMNO sekular ,blogger celaka ..

Adakah pemimpin UMNO buat laporan polis seperti Mazlan samdol ini ?? Kalau samdol ini cakap sejuta ahli PAS dikatakan sesat, bagaimana pulak dengan 3 juta ahli UMNO yang dituduh Kafir , sekular, syirik,sesat ?? Sehingga sekarang PAS tidak pernah minta maaf dan manarik balik pun dakwaan yang dilemparkan oleh mereka .

Kalau samdol ini cakap orang Pas tidak boleh terima sama sekali tuduhan itu , ahli UMNO seramai 3 juta pun tidak boleh terima fatwa2 pemimpin PAS yang menuduh UMNO kafir dan syirik !!

Ini bukti PAS SESAT !!


AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku

PAS ternyatan sesat dan menyesatkan !!