Archive for December, 2010

>

Kalau kita pergi sebut nama Mahathir di depan pengikut dan pemimpin Pakatan, dorang mesti buat bodoh saja. Kalau sebut nama Pak Lah, lagi lah dorang buat selamba. Sebut nama Najib, dorang akan gelak dan bersorak Altantuya ataupun APCO.

Tapi cuba sebut nama Saiful Bukhari kat depan pengikut dan pemimpin Pakatan khususnya Anwar, mesti senyap sunyi dan tersenyum simpul dorang tu semua.

Kerana apa dorang takut dan gerun pada Saiful Bukhari? Kerana hamba Allah ni lah yang berjaya mengheret Anwar ke Mahkamah. Hamba Allah ni juga yang menggemparkan negara apabila berani bermubahalah didalam masjid.

Bukan itu saja, Saiful Bukhari juga bakal menjadi penentu nasib dan juga karier politik Anwar Ibrahim hanya kerana lubang belakangnya. Nampak tak betapa rendahnya maruah Anwar yang “terjerat” hanya kerana lubang sebesar duit 50sen di punggung manusia.

Jadi, siapa kata Saiful Bukhari tak hebat?

Mahathir mungkin hebat kerana membangunkan Malaysia selama 22 tahun, tapi masih tak mampu menandingi Saiful. Pak Lah mungkin hebat kerana menjadi pak mertua kepada KJ tapi tak boleh lawan anak Bukhari sorang tu. Dan Najib juga hebat kerana 1Malaysianya tapi masih tak setanding populariti coffee boy Anwar ini.

Apa yang buat manusia bernama Saiful Bukhari ni hebat sangat? Dia hebat kerana berjaya menundukkan nafsu manusia yang didakwa Anugerah Tuhan Anwar Ibrahim. Dan hebatnya dia ialah kerana dia adalah seorang lelaki yang sedikit “jambu” dan mungkin mempunyai bahagian belakang yang mampu mencairkan iman Anwar.

Hadi, Nik Aziz, Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nizar, Saifuddin, Husam dan pemimpin-pemimpin Pakatan pun tak mampu buat seperti mana Saiful. Cuba suruh mereka-mereka ini tonggeng didepan Anwar, berselerakah Anwar terhadap lubang 50sen mereka?

Jadi, wajarlah Saiful Bukhari amat digeruni oleh pengikut serta pemimpin-pemimpin Pakatan. Sebut saja tentang Saiful Bukhari, pasti orang akan ingatkan Anwar. Dan sebut saja Anwar, pasti nama Saiful Bukhari juga muncul.

Tak hebat lagi ke macam tu? Macam gambar Saiful berdoa diatas tu lah…, ntah berapa ramai pengikut Pakatan yang meroyan dan mengigau malam hanya kerana gambar tu…Dahsyat kan?

>

Hari ni PAS Taman Kinta dan juga Adun TEJA Chan Lih Kang, membuat bantahan terhadap sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar miskin yang dibuat oleh UMNO/BN di kawasan tersebut.

Mereka membantah penggunaan logo Satu Malaysia dan UMNO serta bendera parti Barisan Nasional yang diletakkan dibahagian hadapan beg sekolah tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa beg sekolah ini dijadikan alat politik bagi meracuni pemikiran anak-anak sekolah.

Saya tak menyokong usaha yang dilakukan oleh UMNO di Perak ni. Bukannya apa, kalau UMNO dibenarkan bagi beg sekolah berlambangkan parti serta dipakai pula oleh budak-budak sekolah setiap hari, PAS, PKR dan DAP juga akan buat benda yang sama.

Saya pun tak suka kalau melihat anak-anak kita bawa bendera parti politik ke sekolah kerana kerana kita tak patut mempergunakan anak-anak kecil yang masih belum tahu apa-apa.

Jadi didalam hal ini, saya bersetuju dengan pihak pembangkang yang membantah penggunaan logo UMNO dan BN tersebut. Kalau guna logo 1Malaysia tu kira ok lah lagi sebab ia melambangkan perpaduan kaum didalam negara. Kalau logo parti tu rasanya tak payahlah.

Sedikit nasihat buat UMNO, kalau nak glamer sekalipun, tak payahlah buat benda-benda bangang yang boleh merosakkan imej parti. Kalau kita tak suka PAS, PKR dan DAP mempergunakan anak-anak sekolah didalam agenda politik haprak mereka, kita pun jangan lah jadi bahalol macam depa jugak.

Hari ni UMNO bagi sumbangan beg yang berlambangkan parti, besok PAS pula bagi derma kasut lambang bulan, lusa PKR bagi hadiah jam cop mata dan tulat DAP bagi sedekah talipinggang cap roket. Cuba bayangkan keadaan anak-anak kita bila pakai semua tu pi sekolah.

Politik tu politik lah juga.., cuma berpolitik lah guna akal dikepala, bukan guna kepala lutut! Anak-anak kecil kita memang tak tahu apa pasal politik, tapi jangan pulak kita yang tua bangka ni akal mengalahkan budak-budak pula. Malu wehh…

p/s: Inilah jadinya bila ada ahli politik separuh masak didalam UMNO…

>Alahhhhh…Tuhan pun samseng laaa….

Posted: 22 December 2010 in PAS

>

Apa nak heran bila ada pengikut-pengikut PAS bertindak ganas melanggar belakang kereta Ustaz Saidi? Apa nak terkejut kalau puak-puak lahabau ni semua berkelakuan samseng?

Bukankah dulu Tok Guru tiga suku depa dah kata bahawa Tuhan pun samseng. Jadi, sekarang ni mereka semua ikut perangai macam tuhanlah jadi samseng!

Ini baru betul. Inilah yang dikatakan wala’ tak berbelah bagi kepada MurSamdol mereka didalam PAS tu. Tok Guru dah halalkan jadi samseng bila Tok Guru kata tuhan pun samseng.

Dulu pun orang tua yang depa panggil ulamak pewaris nabi tu kata PAS boleh kawan dengan syaitan. Sekarang ni semua pengikut PAS dan berperangai macam setan jugaklah akibat dari buat “perjanjian” dengan syaitan.

Nak kawan dengan syaitan kerana berperangai macam syaitan jugak la. Kalau syaitan suka mencarut celako, celaoko, celako…, pengikut PAS pun kena buat macam tu juga.

Kalau Syaitan suka pecahbelahkan umat Islam, PAS pun kena buat macam tu sama. Dan kalau Syaitan suka menggoda guna wanita, lebai-lebai kankong PAS pun kena bedal lah.., tunggu lagi kalau dah didepan mata.

Kalau terkantoi pun tak apa, Tok Guru wali keramat Pulau Melaka kan adaa… Dia sembahyang istiqarah saja, settle lah itu dosa semua…Pengikut-pengikut PAS takkan kata apa sebab dah terminum air rebusan selipar wali jamban yang berkat lagi keramat.

Habis kuat pengikut marah pun cuma setakat tercanguk-canguk macam ayam berak kapur saja. Kasi ceramah dua tiga das sambil sebut hadis putarbelit, oklah balik wala’ depa semua.

Kalau puak-puak beruk berserban PAS tuduh Najib ada penasihat APCO, depa pun apa kurangnya sebab dinasihati oleh bapak segala APCO iaitu SYAITAN.

Kalau nak bandingkan APCO dengan Syaitan tu, ganas lagi Syaitan sebab dia bapak kepada Yahudi Israel.

Dan perangai samseng taik kucing dan ganas melampau pengikut PAS ni semua adalah perangai syaitan yang pernah buat perjanjian dengan Nik Aziz dulu lah.

Korang tak percaya, pergi tanya orang tua tu sendiri. Bukan mati lagi pun dia..

>

Gambar Guan Eng dan DAP buat demo bantah Tol Sg Nyior

Ahli Parlimen Rasah yang juga Pemuda DAPsy, Antony Loke Siew Fook telah mendesak kerajaan Barisan Nasional menghapuskan tol diseluruh negara sama ada secara sekaligus ataupun secara beransur-ansur.

Keturunan cina pendatang ini juga berkata, DAP dan Pakatan haram akan menghapuskan tol jika mereka dapat memerintah negara selepas PRU13 akan datang. Ini terkandung dalam janji 100 hari mereka yang dibentangkan didalam Konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas Ahad lalu.

Apalah bangangnya puak-puak cina DAP ni? Nak hapuskan tol seluruh negara kalau menang PRU konon? Tu Tol Sg Nyior di P.Pinang bila Lim Guan Eng nak hapuskan? Dulu janji bukan main sampai buat demonstrasi kononnya kerajaan BN zalim buat Tol tu.

Saya adalah pengguna lebuhraya Butterworth Kulim Exspress(BKE) dan Jalan sungai Nyior yang ada tol tu. Boleh dikatakan selalu juga lalu jalan tu didalam membuat urusan mingguan.

Saya masih ingat lagi semasa nak PRU12 lalu. Dekat-dekat dengan tol tu ada dua tiga sepanduk dari pembangkang DAP. Masa tu Guan Eng belum jadi khalifah P.Pinang lagi, so kira pembangkang lah.

Teringat lagi nih tulisan-tulisan kat sepanduk tu.

“TOL SUNGAI NYIOR CEKIK DARAH!!!”

“HAPUSKAN TOL SUNGAI NYIOR!!!”

Boleh dikatakan selalu saya lalu dan baca apa yang ditulis di sepanduk tu. Sayang masa tu saya tak ada kamera DSLR. Nak tangkap gambar pakai handphone pun tak boleh sebab pakai yang jenis cap ayam tak berkamera. Kalau tak, mesti ada gambar yang disimpan untuk buat kenangan.

Dan bila sampai waktu kempen PRU, ada tertulis dalam manifesto DAP dan Pakatan Haram yang berbunyi “JIKA KAMI MENANG, TOL SUNGAI NYIOR AKAN DI HAPUSKAN”. Tapi janji hanya tinggal janji. Sampai sekarang Tol Sungai Nyior masih wujud dan masih lagi beroperasi. Dan banyak lagi janji-janji mereka dalam manifesto tidak terlaksana.

Hari ni, setiap kali saya lalu di Tol Sg Nyior, saya akan segera teringatkan kebangangan cina-cina keturunan pendatang DAP ni semua. Inilah bukti yang amat jelas bagi saya bahawa cakap cina-cina DAP memang langsung tak boleh dipercaya. Khususnya King Of Spin Lim Guan Eng.

Hari ni juga kaum keturunan pendatang yang pernah merempat di Tanah Melayu ni datang lagi dengan janji bodoh mereka untuk hapuskan Tol. Kali ni untuk hapuskan Tol seluruh negara pulak. Tol yang kecik di Sg Nyior ni pun tak mampu nak selesaikan, ada hati janji nak hapuskan Tol seluruh negara? Puiiiii…

Siapa yang selepas ini termakan dengan janji kaum tak bersunat ni, dia memang dua kali bangang dari kaum-kaum mata sepet DAP. Bukan setakat 2x bangang, tapi bodoh mengalahkan tiang!

>

Hebat betul sahabat saya Dr Novandri ni. Walaupun dia adalah blogger elit dan tersohor manakala saya hanyalah blogger cap ayam, ini tak menghalang untuk saya seringkali duduk makan-makan dengan beliau.

Hari ni meletup cerita artikel beliau didalam Utusan yang menulis tentang Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng yang semakin perkauman. Secepat kilat MalaysiaKini menghubungi pejabat Ketua Menteri dan meminta respon dari kerajaan DAP.

Hasilnya, meroyanlah balaci-balaci Guan Eng untuk menjawab isu yang amat sensitif ini. Guan Eng sendiri tak berani jawab, tetapi dia menghantar SU akhbarnya untuk buat penjelasan.

Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim -seterusnya.

Entri MalaysiaKini seterusnya melaporkan Cheong telah memetik kembali ucapan Lim dalam konvensyen di Pulau Pinang itu yang didakwa beliau tidak pernah mempertikaikan kerakyatan mana-mana warganegara Malaysia.

Malangnya, MalaysiaKini gagal (atau disengajakan?) melaporkan satu perenggan utama di dalam ucapan tersebut yang menimbulkan pelbagai persoalan. Jika kita rujuk blog Guan Eng, beliau berkata tentang ‘siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?’.

Di antara lain Guan Eng mengatakan :-

Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Perenggan ini yang gagal dilaporkan oleh MalaysiaKini dan tidak ditekankan oleh Setiausaha Akhbar Lim Guan Eng. Kenapa? Why? 为什么 ?

Saya menyokong kenyataan didalam artikel Dr Novandri biarpun saya hanya seorang blogger nyamuk. Dan saya amat bersetuju bahawa Guan Eng memang seorang cina yang tebal sifat perkaumannya.

Ingin saya cadangkan kepada Guan Eng, kalau dia rasa tak bersalah dengan kenyataan bahawa pembaca Utusan bukan rakyat Malaysia sebenar, dan menyifatkan artikel Dr Novandri langsung tak berasas, sila saman Dr tersebut.

Itupun kalau dia berani lah.. Sebelum inikan Guan Eng dan DAP P.Pinang suka saman Utusan, jadi tunggu apa lagi? Samanlah kalau rasa tak bersalah!

Sebut pasal saman.., bila agaknya Adun Selinsing dan Nik Aziz nak saman blogger Gomo dan Nadi Rakyat?

Kalau tiada sebarang tindakan atau penjelasan tentang isu khalwat dan juga kenyataan saksi Ustaz Saidi Hussin tu, saya dan seluruh rakyat negara ini akan beranggapan bahawa ia memang benar-benar terjadi!

Kalau tak salah, saman. Kalau memang salah, duk diam sajalah ye Guan Eng, PAS dan Nik Aziz.