Anwar benci…, tapi sebenarnya rinduuuu….

Posted: 18 October 2010 in Anwar Ibrahim

Tempat jatuh lagikan dikenang.., inikan pulak tempat memaki hamun PAS dan pembangkang.

Mungkin itulah yang bermain difikiran Anwar disaat dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk dalam Dewan Merdeka di PWTC.

Malu tapi mahu…, Benci tapi rindu… Itulah ayat yang paling sesuai apabila Anwar buat sekian lama telah kembali menjejakkan kaki ke bangunan UMNO tersebut pada Jumaat lalu.

Walaupun kehadiran Anwar adalah sebagai memenuhi jemputan bagi Majlis Ulangtahun Jubli Emas Parlimen Malaysia, ianya pasti sedikit sebanyak akan mengembalikan nostalgia dihati kecil Anwar sewaktu “saat-saat manisnya” bersama-sama rakan didalam UMNO.

Apatah lagi apabila Anwar duduk semeja pula dengan Perdana Menteri DS Najib dan juga Timbalannya TS Muhyidin berserta bekas PM Tun Abdullah. Anwar pasti akan terkenangkan “keampuhan” mereka bersama sewaktu ber”tag team” menghentam kepimpinan PAS dan DAP.

Namun itu semua tinggal kenangan hampir 12 tahun dulu. Tetapi tak salah untuk Anwar bernostalgia sambil menunggu acara makan-makan.

Apa yang pasti, berita Anwar kembali masuk ke PWTC hampir membuatkan jantung segenap ahli dan pemimpin Pakatan gugur bertaburan.

Mereka pasti risau dan bimbang kalau-kalau “dewa pujaan” mereka bertukar haluan daripada kawan menjadi lawan.

Meroyanlah mereka kalau itu jadi kenyataan kerana kejadian liwat Anwar sudah ularmak-ularmak mereka “halalkan”.

Comments
  1. yb Raz says:

    kenapa keruh semacam je muka anwar tu..dah macam lebam pun ada..langsung tak bercahaya..

Leave a comment